Assalamualaikum
KUALA LUMPUR, — Amran (bukan nama sebenar),
berusia 25 tahun, tinggal di perumahan rumah pangsa di Vista Angkasa,
Kuala Lumpur baru melangsungkan perkahwinan dengan isterinya kira-kira
setahun lalu.Namun begitu, hantaran perkahwinan yang terlalu tinggi menyebabkan
beliau kini berhutang hampir RM25,000 dan diburu oleh ‘Ah Long’.
“Saya tidak ada banyak pilihan,” jelas Amran seorang penyelia kilang
di Petaling Jaya yang hanya memperoleh gaji RM1,500 sebulan.
“Tiap-tiap bulan saya terpaksa menghabiskan lebih dari separuh gaji saya hanya untuk membayar hutang.
“Puncanya, keluarga sebelah isteri saya meletakkan hantaran sebanyak
RM12,000 kerana isteri saya seorang graduan diploma di universiti
tempatan, dan termasuk belanja kahwin dan kenduri, semuanya berjumlah
RM25,000.
“Jadi dengan pendapatan saya yang berjumlah RM1,500, dengan tolak
bayaran sewa rumah dan ansuran kereta, saya tidak mampu untuk menanggung
hutang sebegini,” kata Amran lagi.
Dalam adat perkahwinan Melayu - Islam di Malaysia, terdapat dua jenis hantaran iaitu mas kahwin dan hantaran perkahwinan.
Mas kahwin, juga dikenali sebagai ‘wang belanja tubuh’, telah
ditetapkan oleh jabatan agama Islam peringkat negeri, berbeza dengan
hantaran perkahwinan.Bayaran mas kahwin ini diwajibkan dalam agama Islam, manakala
hantaran perkahwinan pula bersifat adat resam dan tidak ada kewajiban
untuk membayarnya.
“Hantaran perkahwinan inilah yang membebankan orang ramai dari
perkahwinan,” menurut Azri Mukhris, 27 tahun, seorang yang bakal
melangsungkan perkahwinan pada hujung tahun ini.Kata Azri, beliau dan pasangannya terpaksa mengikat perut sejak tahun
lalu bagi memastikan mereka dapat berkahwin sebelum hujung tahun ini.
Ini kerana tekanan masyarakat itu sendiri menyebabkan ahli keluarga terpaksa meletakkan harga sedemikian.
“Semasa upacara merisik, kami membincangkan tentang harga hantaran,
memandangkan pasangan saya merupakan seorang graduan ijazah sains, maka
harganya lebih tinggi.
“Jadi sebab itu, mahu tidak mahu, saya perlu menyimpan agar dapat
menyempurnakan majlis perkahwinan yang akan berlangsung pada hujung
tahun ini,” kata Azri lagi.Bila ditanya berapa harga hantaran perkahwinan, Azri enggan memberi jumlah keseluruhannya.
“Apabila berkahwin ni, banyak komitmen yang perlu diberikan,
antaranya perlu membayar hutang membeli rumah, membeli kereta, kemudian
pinjaman peribadi untuk melangsungkan perkahwinan, dan beberapa tahun
lagi apabila sudah mempunyai anak, kena membeli persiapan untuk
kelahiran anak pula.
“Belum lagi apabila anak itu sudah membesar dan sudah mula bersekolah,” kata Azri lagi.
Masalah kewangan dan kos sara hidup yang tinggi dikenal pasti sebagai punca utama kes perceraian pasangan muda di ibu kota.
Ketua Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk
Che Mat Che Ali, berkata kebanyakan pasangan muda yang berusia 30 tahun
ke bawah bercerai kerana kurang persediaan dalam memikul tanggungjawab
berumah tangga terutama membabitkan soal kewangan.
Biasanya pasangan terbabit adalah mereka yang berhijrah ke Kuala Lumpur untuk memulakan hidup baru.
Mereka khususnya suami tidak bersedia dalam aspek kewangan,
lebih-lebih lagi sara hidup yang tinggi di ibu kota berbanding
pendapatan yang mereka peroleh.Menurut kenyataannya kepada Berita Harian hari ini, bilangan kes
perceraian di ibu kota yang direkodkan JAWI turun secara mendadak
apabila sehingga Julai tahun ini hanya membabitkan 64 kes berbanding
1,828 kes sepanjang tahun lalu.Beliau berkata, pasangan yang berkahwin di ibu kota setiap tahun
dianggarkan 20,000 orang dengan kira-kira 10,000 orang adalah golongan
muda.
Tujuh tahun pertama usia perkahwinan adalah tempoh paling kritikal
kerana hampir 28 peratus perceraian berlaku dalam jangka waktu
berkenaan.Kebanyakan kes perceraian dalam tempoh itu pula membabitkan pasangan muda berumur bawah 30 tahun ke bawah,” katanya.
Statistik dalam laman web Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga
Negara (LPPKN), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat
mencatatkan penceraian pada tahun 2011 telah menurun iaitu 27,355 kes
berbanding tahun 2010 iaitu 28,035 kes.Bagaimanapun, menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri,
Datuk Dr Mashitah Ibrahim, kadar itu masih membimbangkan biarpun
penurunan sebanyak 2.5 peratus.
Dr. Mashitah berkata, Selangor mencatatkan jumlah perceraian paling
tinggi iaitu sebanyak (4,409 kes), diikuti Johor (3,021 kes) dan
Kelantan (2,429 kes).Hadzrien (bukan nama sebenar), 26 tahun, bercerai dengan isterinya
yang tiga tahun lebih muda berkata, masalah kewangan adalah punca
perceraian dia dan isterinya.
“Saya telah berkahwin dengan bekas isteri saya setahun yang lalu,
tetapi oleh kerana belanja perkahwinan yang tinggi, disamping masalah
kewangan serta pinjaman bank terlalu tinggi menyebabkan saya terpaksa
bercerai dengannya.“Saya telah cuba berjimat cermat, tetapi tuntutan kehidupan di kota
yang mahu perbelanjaan yang tinggi menyebabkan saya tidak mampu untuk
menanggung isteri saya lagi, lalu kami membuat keputusan untuk
bercerai,” kata Hadzrien lagi.
Katanya, pinjamannya yang berjumlah hampir RM20,000 itu terlalu sukar
untuk dibayar, hinggakan dia terpaksa menjual kereta Proton Satrianya.“Walaupun sudah bercerai, namun beban untuk membayar hutang bank akibat wang hantaran tinggi dahulu masih lagi perlu saya bayar.“Perkahwinan sepatutnya menjadi masa yang terindah, tetapi kerana
pinjaman serta kadar bunga tinggi, kerana hantaran perkahwinan yang
tinggi menyebabkan ia menjadi azab dalam hidup saya,” kata Hadzrien lag
3 Ulasan
(Surah An-Nisa ayat 4)
Menurut Islam pengantin perempuan dibenarkan malah berhak dan memiki kuasa vito untuk menetukan maharnya sebab dia yang akan melalui perkahwinan itu bukan keluarganya ... Wallah hu a'lam