Ticker

6/recent/ticker-posts

Biar Kita Kehilangan Sesuatu Kerana Allah, Jangan Kita Kehilangan Allah Kerana Sesuatu.

Assalamualaikum


Hai semua hari nie hari yang tenang dan menenangkan.. tapi ,tapi tapi sakit kepala bila memikirkan untuk daftar subjek di uitm... ishhh pening meh...Petang tadi hampir 46 orang menghantar mesej sama ada email mahupon PM atau wall to wall. Semuanya kata lebih kurang macam gini..


bila kita sayang dekat seseorang,
kenapa dia sanggup buat macam-macam dekat kita?
kenapa dia tak hargai kasih-sayang kita pada dia?
kenapa dia perlu lukakan hati orang yang menyayangi dirinya?
kenapa dia tak bersyukur atas kasih-sayang yang diterima?
kenapa dia buat orang yang menyayanginya rasa susah hati?
kenapa dia curang ??
aku cinta dia lebih dari apa pon tapi kenapa pengakhirannye bukan kebahgiaan..


Ehemm.. Cinta tak semestinya memiliki.. Ayat yang dah macam penawar bagi insan insan yang kecundang di arena percintaan. Ayat yang mampu menampal balik kepingan-kepingan hati yang berkecai. Hehe.. Betul tak? 

Memang pahit untuk terima semua ini tapi kena terima juga dengan hati yang redha. Sebab dalam hidup ini kita tak banyak pilihan apatah lagi soal perasaan.Memang susah nak lupakan semua ini dan perlukan waktu untuk itu semua.


Kalau kita betul sayangkan seseorang , kita akan sentiasa doakn dia bahagia walaupon bukan bersama kita. Kebahgiaan dia adalah kebahgian kita juga.Biar kita kehilangan SESUATU kerana Allah, Jangan kita KEHILANGAN Allah kerana sesuatu.

Kita memang tak dapat memiliki insan tersebut, tapi kita dapat memiliki kenangan . Kenangan kenangan yang pernah buatkan kita rasa seronok, buatkan kita bersemangat, buatkan kita menanti dan bermacam macam kenangan lagi la.. Bukan ke kita memiliki kenangan dengan imej insan tersayang tu dalam kenangan kita tu.. Kenangan tu pun cintakan

Walaupun percintaan kita kecundang di tengah jalan, kita still memiliki sesuatu.. Percaya tak kita memiliki kekuatan dari cinta itu untuk teruskan hidup kita. Kekuatan yang sukar dijelaskan dengan kata kata, kalau nak tulis dalam ni lagi la susah nak dijelaskan.. Huhu. Tapi, percaya lah kekuatan tu la yang buatkan kita akan lebih faham tentang rentak cinta kita di masa akan datang.. Serius ...Apa pon kita kena musahabah diri kita juga, kadang kala perpisahan itu bukan hanya ada dari pihak ke tiga.. atau kepada dia tapi kadang kala ada juga kesalahan dari diri kita.


Ujian adalah guru yang tidak bercakap, tetapi ia sangat mengajar dan mendidik. Ujian terkecil apalagi terbesar adalah takdir Allah. Yang mempunyai maksud tertantu. Kerana jahilnya kita, apabila ditimpa ujian samada secara langsung dari Allah atau melalui orang lain, kita mula melatah. Terasa Allah tidak adil, sengaja hendak menyusahkan kita. Atau kita menyalahkan orang yang mendatangkan ujian tersebut. Hati berdendam hati buruk sangka pada Allah yang mendatangkan ujian itu.

Allah Maha Pengasih; jauh sekali Allah takdirkan ujian hanya untuk menyusahkan hamba-Nya. Marilah kita sama-sama  cungkil  hikmah di sebalik ujian yang ditimpakan. Ujian sebenarnya melatih kita untuk mendapatkan sifat-sifat yang terpuji. Sabar, redha, tawakkal, baik sangka, mengakui diri sebagai hamba yang lemah, mendekatkan diri dengan Allah, harapkan pertolongan Allah, merasai dunia hanya nikmat sementara dan sebagainya. 

Berasa diri berdosa adalah juga sifat terpuji. Sebab itu bagi orang yang sudah banyak melakukan dosa atau lalai daripada mengingati Allah, maka Allah datangkan ujian kesusahan kepadanya. Supaya hamba-Nya tadi tidak tenggelam dalam dosa dan noda. 





Bagi orang yang Allah kasih, di dunia lagi Allah hukum, tidak di akhirat. Yakni dengan didatangkan kesusahan, penderitaan, kesakitan, kemiskinan, kehilangan orang tersayang, kecewa cinta dan sebagainya. Sekiranya kita boleh bersabar dan redha, maka itulah ganjaran pahala untuk kita. Sebaliknya kalau kita tidak boleh bersabar dan tidak redha, malah merungut-rungut, mengeluh dan memberontak, hanya akan menambahkan lagi dosa kita. Begitulah Allah Yang Maha Pengasih kepada hamba-hambanya, tidak mahu hukum kita di akhirat, kerana penderitaan di Neraka berpuluh-puluh kali ganda lebih dahsyat daripada penderitaan di dunia. 
  
kita ditimpakan kesempitan hidup, kecewa dengan cinta, putus tunang dan macam-macam lagi. Sengaja Allah takdirkan demikian kerana Allah sayang pada kita. Allah hendak melatih kita menjadi orang yang bersabar dan redha dengan takdir-Nya.


Catat Ulasan

4 Ulasan

Suliza Ilias berkata…
Sengaja Allah takdirkan demikian kerana Allah sayang pada kita. Allah
hendak melatih kita menjadi orang yang bersabar dan redha dengan takdir-Nya... :( sngat2 benar..
Suliza Ilias berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Syaza berkata…
tabah menempuhi dugaan :")
Usu berkata…
betul tu acik...usu sokong apa yg acik kata...redha dengan segala dugaan yg Allah bagi..Allah Maha MMengetahui segala sesuatu...kehilangan merupakn satu kesakitan....tapi bila kita redha,Allah tenangkan hati kita...