Assalamualaikum
Hai semua hari nie hari yang tenang dan menenangkan.. tapi ,tapi tapi sakit kepala bila memikirkan untuk daftar subjek di uitm... ishhh pening meh...Petang tadi hampir 46 orang menghantar mesej sama ada email mahupon PM atau wall to wall. Semuanya kata lebih kurang macam gini..
bila kita
sayang dekat seseorang,
kenapa dia
sanggup buat macam-macam dekat kita?
kenapa dia
tak hargai kasih-sayang kita pada dia?
kenapa dia
perlu lukakan hati orang yang menyayangi dirinya?
kenapa dia
tak bersyukur atas kasih-sayang yang diterima?
kenapa dia
buat orang yang menyayanginya rasa susah hati?
kenapa dia curang ??
aku cinta dia lebih dari apa pon tapi kenapa pengakhirannye bukan kebahgiaan..
Ehemm..
Cinta tak semestinya memiliki.. Ayat yang dah macam penawar bagi insan insan
yang kecundang di arena percintaan. Ayat yang mampu menampal balik kepingan-kepingan hati yang berkecai. Hehe.. Betul tak?
Memang pahit untuk terima semua ini tapi kena terima juga dengan hati yang redha. Sebab dalam hidup ini kita tak banyak pilihan apatah lagi soal perasaan.Memang susah nak lupakan semua ini dan perlukan waktu untuk itu semua.
Kalau kita betul sayangkan seseorang , kita akan sentiasa doakn dia bahagia walaupon bukan bersama kita. Kebahgiaan dia adalah kebahgian kita juga.Biar kita kehilangan SESUATU kerana Allah, Jangan kita KEHILANGAN Allah kerana sesuatu.
Kita memang tak dapat memiliki insan tersebut, tapi kita dapat memiliki
kenangan . Kenangan kenangan yang pernah buatkan kita rasa seronok, buatkan
kita bersemangat, buatkan kita menanti dan bermacam macam kenangan lagi la..
Bukan ke kita memiliki kenangan dengan imej insan tersayang tu dalam kenangan
kita tu.. Kenangan tu pun cintakan
Walaupun percintaan kita kecundang di tengah jalan, kita still memiliki
sesuatu.. Percaya tak kita memiliki kekuatan dari cinta itu untuk teruskan
hidup kita. Kekuatan yang sukar dijelaskan dengan kata kata, kalau nak tulis
dalam ni lagi la susah nak dijelaskan.. Huhu. Tapi, percaya lah kekuatan tu la
yang buatkan kita akan lebih faham tentang rentak cinta kita di masa akan
datang.. Serius ...Apa pon kita kena musahabah diri kita juga, kadang kala perpisahan itu bukan hanya ada dari pihak ke tiga.. atau kepada dia tapi kadang kala ada juga kesalahan dari diri kita.
Ujian adalah guru yang tidak
bercakap, tetapi ia sangat mengajar dan mendidik. Ujian terkecil
apalagi terbesar adalah takdir Allah. Yang mempunyai maksud tertantu.
Kerana jahilnya kita, apabila ditimpa ujian samada secara langsung dari
Allah atau melalui orang lain, kita mula melatah. Terasa Allah tidak adil, sengaja
hendak menyusahkan kita. Atau kita menyalahkan orang yang mendatangkan
ujian tersebut. Hati berdendam hati buruk sangka pada Allah yang
mendatangkan ujian itu.
Allah Maha Pengasih; jauh sekali
Allah takdirkan ujian hanya untuk menyusahkan hamba-Nya. Marilah
kita sama-sama cungkil hikmah di sebalik ujian
yang ditimpakan. Ujian sebenarnya melatih kita untuk
mendapatkan sifat-sifat yang terpuji. Sabar, redha, tawakkal,
baik sangka, mengakui diri sebagai hamba yang lemah, mendekatkan diri
dengan Allah, harapkan pertolongan Allah, merasai dunia hanya nikmat sementara
dan sebagainya.
Berasa diri berdosa adalah juga sifat terpuji.
Sebab itu bagi orang yang sudah banyak melakukan dosa atau lalai daripada mengingati Allah,
maka Allah datangkan ujian kesusahan kepadanya. Supaya hamba-Nya tadi
tidak tenggelam dalam dosa dan noda.
Bagi orang yang Allah kasih, di
dunia lagi Allah hukum, tidak di akhirat. Yakni dengan didatangkan
kesusahan, penderitaan, kesakitan, kemiskinan, kehilangan orang tersayang, kecewa cinta dan sebagainya. Sekiranya kita boleh bersabar dan redha, maka itulah ganjaran
pahala untuk kita. Sebaliknya kalau kita tidak boleh bersabar dan tidak
redha, malah merungut-rungut, mengeluh dan memberontak, hanya
akan menambahkan lagi dosa kita. Begitulah Allah Yang Maha Pengasih
kepada hamba-hambanya, tidak mahu hukum kita di akhirat, kerana
penderitaan di Neraka berpuluh-puluh kali ganda lebih dahsyat daripada
penderitaan di dunia.
kita
ditimpakan kesempitan hidup, kecewa dengan cinta, putus tunang dan macam-macam lagi. Sengaja Allah takdirkan demikian kerana Allah
sayang pada kita. Allah hendak melatih kita menjadi orang
yang bersabar dan redha dengan takdir-Nya.
4 Ulasan
hendak melatih kita menjadi orang yang bersabar dan redha dengan takdir-Nya... :( sngat2 benar..