Assalamualaikum..
Alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar tapi tak tahulah kenapa hari nie mood kurang baik dan rasa sayu di hati. Tapi ada yang minta pandangan dari acik tentang couple nie..Yelah soal cinta memang merumitkan, acik pon seperti kamu juga pernah lalui semua ini tapi bila kita timba ilmu baru kita sedar yang pengetahuan kita masih cetek dan banyak yang kita tak tahu tentang perhubungan dalam islam.
Kita dapat lihat bila seseorang itu tiada pasangan hidup di anggap " tak laku " dan bermacam andaian. Dulu ingat lagi zaman sekolah siapa yang tak ada girlfriend di kirakan ketinggalan zaman dan tak up to date person. Kita anggapkan couple itu sesuatu yang suka-suka padahal pekara ini perlu di ambil serius.
Adakah budak-budak sekolah bercouple dengan tujuan untuk
berkahwin suatu hari nanti dibolehkan?
Adakah pasangan remaja yang belum tahu hala tuju hidup
sendiri layak mengekspresikan cinta seteguh gunung padahal belum ada apa-apa
persiapan ke arah itu?
Tiada sebarang persediaan, tiada sebarang jaminan,
tetapi begitu berani menyunting sekeping hati menabur hamparan janji.
Eh, kalau dah
bertahun-tahun bercouple tu dah bukan untuk kahwin namanya. Dah lunyai
usung ke sana ke mari macam dah kahwin pun. Entah apa lagi yang nak
ditunggu.
Dunia ini penuh dengan babak-babak yang tak terduga. Kadang-kadang kita mencipta skrip, cuba menjalani kehidupan dengan plot yang kita suka. Namun belum sampai klimaksnya tiba-tiba sudah sampai penamatnya. Terpaksa mencipta skrip dan plot cerita yang baru.Kita hanya merancang dan Allah menentukan apa yang lebih baik buat kita.
Mata aku jadi saksi. Betapa banyak kisah cinta yang
terjalin bertahun kecundang musnah saat gerbang bahagia telah terbuka luas.Rupanya semua fatamorgana. Khayalan yang nampaknya
indah tapi hilang lenyap bila menghampiri. Perjanjian cinta zaman sekarang cukup mudah. Cukup
sekadar janji manis yang belum tentu kesahihannya untuk menjalin satu hubungan.
“Dia jodoh
aku. Dialah orang yang dicipta untuk aku” begitu lantang dan yakin
kata itu dilafazkan (kat status facebook pun ada) padahal baru berkenalan dan
berhubung tanpa apa-apa ikatan.Lakonan di pentas dunia cukup hebat. Tak dapat
dibezakan antara lakonan dan realiti.
Time couple semuanya nampak baik, romantis dan indah. Kenapa?
Sebab semuanya hanya lakonan. Semuanya cuba
menonjolkan sisi baik diri sendiri dan pada masa yang sama sisi gelap cuba
ditutup sebaik mungkin.Maka terpedayalah pasangan mereka. Saling memperdayakan
dan menipu.
Bila tiba saatnya, semua terbongkar. Dan perasaan
dikhianati menjengkelkan hati. Lantas pergaduhan tercetus dan membawa
kehancuran kisah romantis yang terjalin sekian lama. Dalam sekelip mata.Dan saat itu dirasakan dunia bagaikan terbalik,
mengulang kisah bagaimana bumi diterbalikkan sehingga terbentuknya Laut Mati.Segala pengorbanan selama ini dirasakan sia-sia. Tidak
berbaloi. Kisah cinta yang dicanangkan terkubur sepi tanpa nisan. Gelap.
Jodoh di tangan Allah, bukan di tangan kita.
Ramai yang couple, tapi tak ramai yang kawin dengan couple pertama.
Lepas tukar beberapa kali couple, baru jumpa jodoh. Ada orang yang tidak
pernah couple, tiba-tiba ada saja orang masuk meminang. Rupanya lelaki
itu sudah merisik si gadis melalui keluarga dan sanak saudara. Maksudnya
apa? Jodoh di tangan Allah, even kita tak couple pun ... insya allah
jodoh akan datang juga.
Ingat. Orang kahwinpun, boleh cerai, orang bertunang boleh putus. Inikan pula orang couple. Nampak sangat murah harga dirinya. Boleh test, kalau tak puas hati boleh tukar. Macam passing bola.
Ingat. Orang kahwinpun, boleh cerai, orang bertunang boleh putus. Inikan pula orang couple. Nampak sangat murah harga dirinya. Boleh test, kalau tak puas hati boleh tukar. Macam passing bola.
Apa yang perlu bezakan ialah berkenalan dan couple. Berkenalan secara biasa memang DIHARUSKAN dalam islam. Berkenalan itu maksudnya bertemu atas tujuan umum dan bukan urusan hati atau peribadi. Manakala hubungan COUPLE memang dilarang. Maknanya apa? Kalau nak pilih jodoh, tengok asas-asas agamanya secara umum sahaja. Bukan berkenalan sampai masuk hal yang terlalu peribadi. Sebab manusia boleh berlakon, boleh berubah dan selepas kenal 5 tahun kita tidak tahu apa akan jadi terhadap pasangan kita. Even kita couple lama2, kita tidak akan kenal seseorang itu 100%. Jika kita kenal dia pun, orang itu masih berkemungkinan boleh berubah selepas duduk lama dengan kita.
Sebab itu, kenal ala kadar. JANGAN couple. Lebih penting untuk cari jodoh ialah dengan minta kepada ALLAH melalui istikharah dan berdoa. Hanya Allah Maha Mengetahui siapa yang terbaik untuk kita.Cinta Lepas Nikah Lebih best ..percayalah
"Dan janganlah kamu
mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan
suatu jalan yang buruk."
-Al
Israa' ayat 32-
15 Ulasan