Ticker

6/recent/ticker-posts

Doakan Aku Menjadi Lelaki Yang Baik

Assalamualaikum




Alhamdulilah Allah kuatkan hati ini untuk acik lalui hari-hari yang mendatang , walaupon kadang kala sepi itu datang menyapa sehingga buatkan hati tak bermaya dan bagaikan hilangkan kekuatan. Di mata mereka aku bagaikan seruling menyanyi riang tapi dalam hati bagaikan sepi tanpa melodi.Aku juga ingin menjadi seperti mereka yang dapat melihat keindahan dengan sempurna walaupon hanya dalam mimpi.

Ya Allah aku tahu ,aku bukan insan sempurna bukan juga yang baik untuk mereka.Mungkin pernah aku menyakiti hati orang yang berada di sekeliling dalam sedar mahupon tidak sedar. Kadang kala sesuatu yang kita lakukan bukan dapat menyenangkan hati mereka semua dan bukan jua kepada mereka yang membaca blog ini.. 

Ya Allah aku tahu aku bukanlah lelaki yang baik yang mampu menyerikan hidup mereka dengan penuh kasih sayang.Kadang kala aku terleka kerana mencari sesuatu yang aku sendiri tak pasti. Ada mengatakan pada aku, aku bukan lelaki yang baik kerana aku menolak cinta mereka dan aku di anggapkan mempermainkan hati mereka .Tapi Demi ALLAH aku katakan,aku tak pernah berniat untuk melukakan hati manusia kerana aku sendiri tak ada pilihan dan kerana perasaan takut untuk jatuh cinta. 


Ya Allah, semakin aku mendengar ceramah dan belajar ilmu agama semua ini, makin aku ketahui bahawa diri aku yang hina ini terlalu cetekkk tentang ilmu agama.aku sedang cuba merubah diri ke arah yang lebih baik. Dari semua sudut.  Pakaian, tatasusila, adab, akhlak, ibadat, muamalat dan semua. Insya Allah. Aku mohon doa dari semua, semoga hati aku istiqomah dan apa perubahan yang aku lakukan moga-moga diterima Allah. Amin. 


Ini adalah contoh ciri-ciri lelaki pilihan perempuan
  1. Kemas dan mengancam.
  2. Romantik dan caring.
  3. Gentleman.
  4. Bijak & matang (boleh buat keputusan).
  5. Pintar buat keputusan.
  6. Bertolak ansur.
  7. Mampu bimbing wanita (jadi Imam).
  8. Tidak terlalu ego.
  9. Tak mudah merajuk.
  10. Kelakar.
  11. Tak kedekut.
  12. Layan semua orang dengan baik.
  13. Ada sifat yang boleh dibanggakan.
  14. Pendengar yang baik (guna telinga, mata dan hati)
  15. Ada persamaan yang bermakna dengan wanita. (cth: wanita suka kucing, lelaki itu juga suka kucing)
  16. Penyayang.
  17. Bersih dan wangi.
  18. Seimbang.
  

ciri-ciri aku sendiri tak tahu sama ada aku ada semua nie atau tidak .

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Tuhan yang mencipta sekian Alam, Aku mengangkat sepuluh jariku memohon kepadamu, jadikan aku lelaki yang mampu memimpin hidupku,keluargaku, jadikan aku imam yang baik ya ALLAH. kuatkanlah hati ini untuk menghadapi setiap apa jua rintangan. Temukan aku pada seorang wanita yang mencintaiku kerana agamaku dan tumbuhkan cintaku kepada sesama manusia dan alam sekitar. Aku tahu aku bukan lelaki yang baik untuk kerana pernah menyakitkan hati-hati mereka. Maka dengan itu ,kuatkan hati ku, peliharalah pancaindera yang Kau berikan dan biarkan aku hidup bersama mereka mencintai keranaMu..

Rasulullah s.a.w bersabda: Doa seorang hamba Allah tetap dikabulkan selama ia tidak berdoa untuk suatu perbuatan dosa atau memutuskan silaturahim atau tak terburu-buru segera dikabulkan. Seorang sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, apakah maksud terburu-buru? Rasulullah menjawab: Ia mengatakan, “Aku telah berdoa tapi aku tidak melihat doaku dikabulkan”, sehingga ia mengabaikan dan meninggalkan doanya itu. (H.R. Muslim)


 

Catat Ulasan

3 Ulasan

Cendol berkata…
ye,semoga acik jd lelaki yg baik.
ciri2 tu mcm bapak cendol. he is a good guy walaupun dia kdg2 suke merajuk.haha im proud of him.
Nabila Aina berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.