PETALING JAYA – Seorang wanita dipercayai ibu kepada bayi yang
ditemui mati di Blok 1, Desa Mentari kelmarin ditahan reman sehingga 23
September ini bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Daerah Petaling
Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, wanita berusia 21
tahun itu ditahan dalam rumah di situ dan dipercayai baru melahirkan
bayi perempuan yang cukup sifat itu.
Menurutnya, suspek yang bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang tinggal bersama keluarganya.
“Siasatan awal mendapati suspek belum berkahwin dan keluarga tidak mengetahui mengenai kandungannya.
“Kita percaya bayi itu masih hidup sebelum dia dicampak dan meninggal dunia akibat cedera parah di kepala,” katanya.
Beliau berkata, bayi yang masih bertali pusat itu dicampak dari tingkat tiga melalui bahagian dapur rumah suspek.
Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Dalam
kejadian kira-kira jam 11 pagi kelmarin, seorang penduduk terkejut
apabila menemui mayat seorang bayi perempuan ketika sedang membaiki
motosikal di kawasan tempat letak kereta pangsapuri terbabit.
Penduduk
terbabit menyedari ada bunyi benda jatuh namun tidak menyangka ‘benda’
itu adalah bayi yang dicampak dari bangunan tempat tinggalnya.
Mayat
bayi dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat dan
siasatan dijalankan menjurus pelbagai aspek termasuk mengenal pasti
motif sebenar kejadian. – SinarHarian
3 Ulasan
kalo kurang pegangan agama pun kena fikir panjang, jgn ikut hati n nafsu.. org yg kuat agama pun kalo xdapat kawal hati dan nafsu memg akan terkandas juga. fikir baik buruk sebelum melakukan sesuatu perkara