Hampir Jadi Mayat Kerana Ingin Buat Kejutan Kepada Kekasih | Kejutan merupakan perkara yang disukai oleh kaum wanita. Oleh itu, seorang lelaki China dikenali sebagai Hu Seng hampir mati ketika ingin memberi kejutan sempena hari ulang tahun kekasihya. Hu Seng telah bertindak kurang bijak dengan masuk ke dalam kotak untuk ‘dikirim’ kepada teman wanitanya, Li Wang. Ini semua dilakukan demi cinta sejatinya.
Idea kurang bijak Hu Seng memakan dirinya
sendiri apabila kotak tersebut tertutup rapat dan menyebabkan dia
mengalami kesukaran bernafas. Tambah menyulitkan keadaan, kotak tersebut
lewat dihantar ke pejabat Li Wang selama 3 jam. Hu Seng ditemui dalam keadaan pengsan oleh teman wanitanya sebaik sahaja Li Wang membuka kotak tersebut. Sepasukan paramedik berkejar ke pejabat Li Wang dan Hu Seng diberi rawatan kecemasan dengan segera.
Setelah sedar, Hu Seng mengaku bahawa dia
cuba membuat lubang pada kotak tersebut namun gagal kerana kotak tu
terlalu tebal. Dia tidak mahu menjerit meminta tolong kerana bimbang
kejutannya gagal.
P/S: yer pon berpadalah nk bagi kejutan jangan sampai membahayakan diri.Namun perkara yang paling utama sekali adalah memastikan kejutan itu
tidak mendatangkan risiko baik diri kita mahupun orang yang menerima
kejutan tersebut. Maka, kita perlu sentiasa berhati-hati.
7 Ulasan
Kejutan la sangat...