Assalamualaikum
Hai semua ,kembali lagi acik kesini, hari nie bermacam dugaan yang datang tapi anggap jelah itu pengalaman . Hari nie acik mahu kongsikan sesuatu yang menarik kepada kamu semua.
Apa itu maksiat?? Kalau ditanya pasal maksiat mesti
ramai yang berfikir bahawa maksiat itu seperti berzina, berdating dan
sebagainya. Namun, maksiat ini mempunyai skop yang lebih luas. Segala perkara
yang boleh mendatangkan dosa adalah maksiat.
dalam kitab al-tazkirah fi ahwal
al mawta wa umur al-akhirah oleh imam al-qurtubi,diceritakan berkenaan
seorang lelaki yg dalam perjalanan untuk mencari hidayah telah bertemu dengan
seorang sufi yg hebat,iaitu Ibrahim Adham.
beliau bertanya,apakah ada ruang kepada
beliau untuk melakukan maksiat.
lalu dijawab oleh Ibrahim
Adham," kamu boleh melakukan maksiat dengan syarat" :
1) Jangan kamu makan rezeki ALLAH.
- kerana tidak layak org yg
makan rezeki ALLAH derhaka kpd ALLAH.
2) Jangan kamu tinggal di bumi
ALLAH.
- kerana tidak layak org yg tinggal
di bumi ALLAH melakukan maksiat dan penderhakaan kepadaNYA.
3) Buatlah maksiat di tempat yang
ALLAH tidak nampak akan kamu.
4) Sekiranya malaikat maut datang
hendak mencabut nyawamu,maka katakan kepada malaikat maut untuk menangguhkan
sedikit masa lagi umurmu supaya engkau sempat bertaubat. sekiranya engkau dapat
melakukan perkara tersebut,maka dipersilakan untuk melakukan maksiat.
5) sekiranya malaikat zabaniah
penjaga neraka datang hendak mengheretmu ke dlm neraka,maka katakan kepadanya
bahawa kamu tidak akan mengikutnya. sekiranya engkau dapat berbuat
demikian,maka dipersilakan untuk melakukan maksiat.
setelah mendengar kata-kata
tersebut,lelaki itu menangis teresak-esak kerana dia sedar bahawa tidak layak
bagi seseorang hambaALLAH untuk melakukan maksiat kpdNYA.
Akhirnya,lelaki itu menemui jalan
hidayah.Dia bertaubat dgn bersungguh-sungguh.Sejak itu,dia bersegera menuntut
ilmu dan beramal dengannya serta menjadi hamba ALLAH yg soleh.
2 Ulasan
Betapa banyaknya nikmat yang Allah bagi tapi secara tak sedar kita macam tak syukuri nikmat² tu.. ;|