Ticker

6/recent/ticker-posts

Kamu Boleh Buat Maksiat Tapi Bersyarat, Jika Lepas Syarat Nie Dipersilakan Untuk Melakukan Maksiat

 Assalamualaikum



Hai semua ,kembali lagi acik kesini, hari nie bermacam dugaan yang datang tapi anggap jelah itu pengalaman . Hari nie acik mahu kongsikan sesuatu yang menarik kepada kamu semua.

Apa itu maksiat?? Kalau ditanya pasal maksiat mesti ramai yang berfikir bahawa maksiat itu seperti berzina, berdating dan sebagainya. Namun, maksiat ini mempunyai skop yang lebih luas. Segala perkara yang boleh mendatangkan dosa adalah maksiat. 

dalam kitab al-tazkirah fi ahwal al mawta wa umur al-akhirah oleh imam al-qurtubi,diceritakan berkenaan seorang lelaki yg dalam perjalanan untuk mencari hidayah telah bertemu dengan seorang sufi yg hebat,iaitu Ibrahim Adham.

beliau bertanya,apakah ada ruang kepada beliau untuk melakukan maksiat.

lalu dijawab oleh Ibrahim Adham," kamu boleh melakukan maksiat dengan syarat" :


1) Jangan kamu makan rezeki ALLAH.
- kerana tidak  layak org yg makan rezeki ALLAH derhaka kpd ALLAH.

2) Jangan kamu tinggal di bumi ALLAH.
- kerana tidak layak org yg tinggal di bumi ALLAH melakukan maksiat dan penderhakaan kepadaNYA.

3) Buatlah maksiat di tempat yang ALLAH tidak nampak akan kamu.

4) Sekiranya malaikat maut datang hendak mencabut nyawamu,maka katakan kepada malaikat maut untuk menangguhkan sedikit masa lagi umurmu supaya engkau sempat bertaubat. sekiranya engkau dapat melakukan perkara tersebut,maka dipersilakan untuk melakukan maksiat.

5) sekiranya malaikat zabaniah penjaga neraka datang hendak mengheretmu ke dlm neraka,maka katakan kepadanya bahawa kamu tidak akan mengikutnya. sekiranya engkau dapat berbuat demikian,maka dipersilakan untuk melakukan maksiat.

setelah mendengar kata-kata tersebut,lelaki itu menangis teresak-esak kerana dia sedar bahawa tidak layak bagi seseorang hambaALLAH untuk melakukan maksiat kpdNYA.

Akhirnya,lelaki itu menemui jalan hidayah.Dia bertaubat dgn bersungguh-sungguh.Sejak itu,dia bersegera menuntut ilmu dan beramal dengannya serta menjadi hamba ALLAH yg soleh.

Catat Ulasan

2 Ulasan

YouSOF berkata…
Astaghrifullah.. Hinanya kita..



Betapa banyaknya nikmat yang Allah bagi tapi secara tak sedar kita macam tak syukuri nikmat² tu.. ;|
Akupenghibur.com berkata…
semoga kita menjadi orng yg bersyukur