Ticker

6/recent/ticker-posts

Kenapa Allah Menjarak Cinta Kita ??

Assalamualaikum 



Betul kata orang menunggu itu satu peyiksaan , memang seksa!! hehhehehe sebenarnya acik nak daftar subjek untuk sem depan tapi masih tak boleh lagi..ishhh geram tapi dalam masa yang sama acik terasa sayu terhadap seseorang yang rakan facebook , dia ada juga menceritakan masalahnya dan minta pandangan acik.Setiap manusia itu mempunyai kisah cinta yang tersendiri ,terkadang bahagia dan terkadang sepi yang kita rasa. Makna ‘Cinta Sejati’ terus dicari dan digali. Manusia dari zaman ke zaman seakan tidak pernah bosan membicarakannya. Sebenarnya? apa itu ‘Cinta Sejati Manusia " ?


Hari nie acik  kongsikan sikit tentang kisah yang terkadang buat kita terfikir bahawa cinta itu terkadang mampu buat kita bahagia walaupon kita tak tahu pengakhirannye.

Siti : Assalamualaikum acik request something boleh ?

Acik : Walaikumusalam : Apa dia ?? 

Siti : Boleh tak acik tulis kt blog acik tentang ape yg sedang saya rase sekarang .. saya tak mampu nak hipokrit & tipu perasaan saya sendiri yang saya sayangkan seseorang walaupun hakikatnye kami berhubung tpi kami ta buley bersame sekarang...ramai yang suruh saya tinggalkan dia tapi saya tak boleh tipu diri saya yg saya sayang kn dia.


Hubungan kami memang diketahui oleh keluarga masing-masing , memang tak dinafikan kedua-dua keluarga kerana memang rapat. Tapi dalam bercinta nie mestinya kita akan di duga oleh ALLAH .Dalam diam dia cemburu dengan saya kerana saya bersama dengan rakan-rakan lelaki ,mereka adalah kawan sekelas yang saya anggap seperti adik beradik. BF saya pon tak pernah tunjukkan yang dia cemburu, jadi hanya dia simpan dalam hati. Tiba-tiba dia mendiamkan diri selama 2 bulan .Saya tetap sabar menunggu dia & tetap ziarah family dia.Tetapi dalam masa  yang sama saya sembunyikan masalah ini dari keluarga dia.Saya tak mahu keluarganya tahu masalah kami. Hampir setiap hari saya tanya dia kenapa dia diam tanpa sebarang berita.
 
 Allamdulilah tadi saya dia baru balas mesej  yang saya hantar padanya sekian lama menyepikan diri.
 
Saya sujud syukur kerana doa di makbulkan dan dia meluahkan semuanya yang terbuku di hatinya.Tapi apa yang dia kata adalah kami terpaksa berjauhan .Dalam masa yang sama dia tak mampu ungkapkan untuk lepaskan saya.Dia tahu saya sayangkan dia  dan itu sebab dia terpaksa buat macam gini. dalam masa yang sama saya nak kenal hati budi masing-masing.Kami dekat tapi hakikatnye kami jauh..kami masing-masing hanye lihat dri jauh saje.
 
saye hanye mampu berdoa & saye buat solat hajat agar semuanye kembali pada asal.. itulah yg saye sedang lakukankn sekarang.Tak ada siapa yang mampu tolong kerana hanya Allah saja yang dekat dgn kita & Dia saje yg mampu tolong.

"Demi cinta Allah yang ku kejar, kuatkan hatiku untuk bertahan, berikan ku kecerdasan akal untuk sentiasa berfikir tentang kuasaMu, hulurkan pertolonganMu di saat-saat aku hampir tewas, sinarkan nur hidayahMu untuk aku terus di jalanMu. Ya Allah! Aku memohon keampunan kepadaMu

Tahukah engkau yang sebenarnya jarak itu ada hikmahnya Supaya kita tidak banyak melakukan dosa, Tahukah engkau Allah menjarakkan kita supaya kita mencintaiNya lebih dari segalanya.

Dan tahukah engkau yang Allah menjarakkan kita supaya kita merinduiNya dahulu sebelum kita merindui sesama sendiri.


Sesungguhnya aku bersedih apabila dijarak tetapi aku bersyukur kerana jaraklah aku meletakkan cintaku padaNya lebih daripada dirimu.

Dan aku redha dengan segalanya kerana ALLAH adalah perancang terbaik.

Dan tidak mustahil kita akan bertemu kembali keranaNya. Aku kembali bangun dari jatuh tersungkur karena Allah sayangkan aku.

Walaupun aku rasa Allah jauh tetapi sebenarnya Dia dekat dihatiku. Selalu mendengar rintihan dan doa-doa yang kupanjatkan. Sesungguhnya jika kita kembali bersatu atas jalan cinta yang diridhaiNya, Cuma satu pesanku, janganlah engkau menjadikan jarak ini sebagai satu penghalang untuk cinta yang diridhaiNya karena apabila Allah mengkehendaki sesuatu, maka jadilah ia.

Walau jauh kita berpisah, walau jarak yang menjadi penghalang cinta kita, percayalah kalau sudah tertulis di Luh MahfuzNya yang engkau adalah untukku, sejauh mana kita berpisah sekalipun, kita akan disatukan kembali karenaNya....... Aamiin

 

Catat Ulasan

1 Ulasan

Tanpa Nama berkata…
saye kopi paste letak lam blog saye eh :) missshahidasaidi.blogspot.com :)