Ticker

6/recent/ticker-posts

Luahan Perempuan: Aku Bukak Tudung Sebab Nak Jadi Diri Sendri Dan Tak Mahu Pura-Pura Lagi Ini Sebenarnya Aku


Assalamualaikum


Hai semua , alhamdulilah segala urusan di berjalan dengan baik walaupon ada ketika masalah cuba mencelah tapi Alhamdulilah ALLAH mudahkan urusan tersebut dan berikan hati ini kuat untuk meneruskannya. Memang betul dalam minggu nie bermacam hal yang berlaku. Walaupon dugaan duduk di koleh jati dengan housemate semua dari sabah dan adanya bukan beragama islam. Tapi tak apalah mungkin ada hikmah dan sesuatu yang ALLAH ingin tunjukkan pada acik . Sebenarnya hampir 3 jam acik berbalas email dari seorang pembaca blog acik nie. Dia ingin berkongsi cerita dengan kita semua ^_^

Penghantar email : Assalamualaikum acik, maaf mengangu acik, saya mira berusia 21 tahun dan sekarang menuntut di sebuah IPTA rasanya sama tempat acik belajar dan cuma berlainan fakulti. Kalau tak keberatan silalah balas mesej nie ,Mira nak share something yang mira tak tahu nak sampaikan pada sama dan nak sedarkan mereka.

Acik Walaikumusalam, hai mira tak mengangu pon , insyaALLAH acik akan cuba menjadi pendengar yang setia. Ohh ada masalah yer ,apa yang boleh acik bantu ? Jika tak keberatan bolehlah kongsikan cerita kamu

Mira : Acik ,sebenarnya mira pernah terbaca di page acik tentang Kalau dulu lelaki memandang kamu dengan penuh minat, KINI, biarlah mereka memandang kamu pula dengan pandangan hormat.Biar dihormati dan dikagumi, bukan dikejar dan digilai,Demi Allah, itu BUKAN KEMULIAAN bagimu :) .Bila dengar ayat nie mira teringatkan kisah mira. Ermm entahlah terlalu ikut emosi dan perasaan sampai satu ketika dulu pernah block fb dan page acik kerana face up dengan segala post acik ..Yelah semuanya kearah kebaikan ..mungkin hati nie terlalu terleka dengan duniawi sampai nasihat di beri pon mira tolak mentah-mentah

Acik: is okey mira, itulah tugas kita sebagai hamba ALLAH ..tak kisahlah orang suka or tak janji acik teruskan share.Acik pon bukan baik sangat cuma acik nak selalu ingat diri acik dari hari ke hari. So apa yang berlaku sampai Mira rasa sangat sampai face up tu ??

Mira : Macam gini acik , Mira seorang  perempuan yang bertudung dan penampilan seperti biasa dan memiliki wajah ini mungkin ALLAH pinjamkan sementara pada Mira dengan memiliki wajah yang yang agak sweet . Pada mulanya mira rasa bangga dan happy bila berpakaian ketat sana sini dan orang selalu memandang mira dan puji mira. Mira suka sangat mereka memerhatikan mira dan ramai kaum adam yang ingin mengenali diri mira dan cuba berdamping dengan mira .Setiap hari mira di gangu dengan ramai lelaki. Mira rasa seronok sangat .tapi lama ke lamaan mira rasa boleh ke aku terus hidup macam gini ??? 

sampai satu ketika ada yang mintak couple dengan mira tapi mira menolak yelah takut saham jatuh.. tak molah so mira biarkan banyak hati yang terluka. Pada mulanya memang mira bertudung tapi kerana dek jahil dan terikut dengan kawan-kawan mira bukak tudung .Pada mira "Aku  bukak tudung sebab nak Jadi Diri Sendri " dan tak mahu pura-pura ini perangai sebenar aku,. Mula-mula ada mulut longkang yang pandang serong pada mira .tapi dalam seminggu mereka boleh terima dan asyik memuji mira saje semakin hari semakin cantik. Mira terpesona dengan keasyikan dunia mira. Sampai mira lupa pada agama ,lupa pada prinsip mira sebelum masuk universiti.Mira rasa hidup ini sangat heaven dan semua yang mira mahukan dapat. Tapi hati mira tak tenang, tak tenteram kerana memikir satu pekara yang mira sendiri tak tahu apa dia. Mira cuba mencari apa pekara tu. Mira rasa itu mungkin kerja syaitan..

Selepas tu, mira ada berkenalan dengan Zaini, Dia memang baik dan mempunyai akhlak yang baik.. Mira sebenarnya jatuh hati padanya kerana dia lain dari lelaki lain kerana tak pernah sekali menyentuh mira walaupon dia peragai gila-gila .Selalu bagi nasihat pada mira. Tapi zaini pernah cakap dia akan hantar pada mira sepucuk surat bila tiba waktunya dia bersedia berikan . Selepas 5 bulan kami berkawan.. mira dapat tahu Zaini excident motorsikal di Melaka, dan keadaannya teruk. Yang mampu mira lakukan adalah menagis dan meminta pada tuhan agar dia selamat. Selepas 1 minggu zaini koma dia tak ada harapan untuk hidup dan dia tinggalkan mira untuk selamanya. Dan tiba-tiba adik zaini datang pada mira dia bagi sepucuk surat dan katakan ini adalah amanat dari abang saya untuk akak.Bila mira membacanya rasa mengalir air mata ini. Ini sedikit ayat dari surat arwah zaini.


Assalamuaikum Nurul Amira, minta maaf jika surat ini akan menyingung perasaan awak .. saya selalu perhatikan awak dari jauh setiap tingkah laku awak, saya tahu awak bukan seperti perempuan yang orang lain katakan pada saya. Saya percaya bahawa sekarang ini bukan diri awk sebenarnya.Demi Allah, apa yg awk buat itu bukan kemuliaan untuk diri awak tetapi awak sedang leka dengan mainan syaitan. Jagalah maruahmu seperti keindahan namamu. Bukan rupa dan tubuh badanmu menjadi ukuran tapi akhlakmu yg di pandang .

Sebenar panjang lagi ayat yang ditulis, baru mira sedar bahawa apa yang mira buat adalah salah .Dan bila sekarang mira insaf dan memakai baju yg longgar dan bertudung menutup dengan lengkap barulah mira rasa tenang dan lelaki pandang mira berbeza mereka lebih kepada menghormati kita sebagai muslimah .Minta maaf acik kerana ayatnya terlalu panjang dan terima kasih untuk kesudian masa untuk mira.

Acik : Itu tak menjadi masalah mira,acik suka cerita mira nie. Penuh dengan pengajaran .Sekeras mane hati seorang perempuan akan di lembutkan dengan lelaki yang berakhlak . Sesungguhnya ini adalah cebisan hidup yang mungkin tak pernah kita tahu dan tak mahu amik tahu. Jadikan cerita ini sebagai pengajaran dan pelajaran untuk memperbaiki diri dari semasa ke semasa ..bye bye adios ^_^


Catat Ulasan

12 Ulasan

kinara kinatara berkata…
wah.alhamdulillah ALLAH akan menyampaikan hidayahnya dengan pelbagai cara:)
dan mira adalah salah seorang yang diyang di sayangi oleh allah:)

sempat menyesal atas perbuatannya..itu satu nikmat:)
lynmunir berkata…
Saya memilih yang sederhana. Indah luar dan dalam. Tidak salah menjadi diri sendiri. Asal tidak terkesima dengan keindahan dunia kerana hidup ini adalah satu perjalanan yang bakal menemui noktah terakhir.
Akupenghibur.com berkata…
yup sangat betul tu ^_^
Akupenghibur.com berkata…
Allhamdulilah jika betul
Kekzamanis berkata…
Hai! Salam kenal! MM datang terjah & follow dari "Senarai Bakal Di Review Tiga Suku" by MK Syahir..

Follower #2362.. ^^,
Ym.Bundle berkata…
bagus la dia sedar balik..
Unknown berkata…
Smoga tuhan mrahmati hidup mira:-)
Unknown berkata…
Sekira allah ingin menguji dan memberi hidayah padanya alhamdulillah kerana dia menjadi lebih baik dari sblmnya
unknown berkata…
Bersyukurlah pada Allah sebab diberi hidayah..
Hidayah Allah itu cukup indah..:'D
Cik Matahariku berkata…
tahniah, dan perbanyakkan share isu seperti ini. Remaja hari ini terlalu banyak dugaannya, sehingga harus berfikir lebih 100 kali untuk berkawan dan memilih kawan..
Vee berkata…
Nice one =) Kadang2 kita berubah menjadi yang lain kerana anggap itu adalah diri kita tetapi sebenarnya tidak. And I like the message in the picture, sebab seharian ni Vee terfikir; kenapa sedih kehilangan sesuatu yang belum tentu milik kita sendiri? Itu yang jadi penguat Vee hari ni :) And by seeing that picture, I know now I shouldnt be too upset bout it. Hiyahh!!! :D
kak gojes berkata…
syukurla dia sedar...