Hai
semua , alhamdulilah segala urusan di berjalan dengan baik walaupon ada
ketika masalah cuba mencelah tapi Alhamdulilah ALLAH mudahkan urusan
tersebut dan berikan hati ini kuat untuk meneruskannya. Memang betul
dalam minggu nie bermacam hal yang berlaku. Walaupon dugaan duduk di
koleh jati dengan housemate semua dari sabah dan adanya bukan beragama
islam. Tapi tak apalah mungkin ada hikmah dan sesuatu yang ALLAH ingin
tunjukkan pada acik . Sebenarnya hampir 3 jam acik berbalas email dari
seorang pembaca blog acik nie. Dia ingin berkongsi cerita dengan kita
semua ^_^
Penghantar
email : Assalamualaikum acik, maaf mengangu acik, saya mira berusia 21
tahun dan sekarang menuntut di sebuah IPTA rasanya sama tempat acik
belajar dan cuma berlainan fakulti. Kalau tak keberatan silalah balas
mesej nie ,Mira nak share something yang mira tak tahu nak sampaikan
pada sama dan nak sedarkan mereka.
Acik
Walaikumusalam, hai mira tak mengangu pon , insyaALLAH acik akan cuba
menjadi pendengar yang setia. Ohh ada masalah yer ,apa yang boleh acik
bantu ? Jika tak keberatan bolehlah kongsikan cerita kamu
Mira : Acik ,sebenarnya mira pernah terbaca di page acik tentang Kalau
dulu lelaki memandang kamu dengan penuh minat, KINI, biarlah mereka
memandang kamu pula dengan pandangan hormat.Biar dihormati dan dikagumi,
bukan dikejar dan digilai,Demi Allah, itu BUKAN KEMULIAAN bagimu :)
.Bila dengar ayat nie mira teringatkan kisah mira. Ermm entahlah terlalu
ikut emosi dan perasaan sampai satu ketika dulu pernah block fb dan
page acik kerana face up dengan segala post acik ..Yelah semuanya kearah
kebaikan ..mungkin hati nie terlalu terleka dengan duniawi sampai
nasihat di beri pon mira tolak mentah-mentah
Acik:
is okey mira, itulah tugas kita sebagai hamba ALLAH ..tak kisahlah
orang suka or tak janji acik teruskan share.Acik pon bukan baik sangat
cuma acik nak selalu ingat diri acik dari hari ke hari. So apa yang
berlaku sampai Mira rasa sangat sampai face up tu ??
Mira
: Macam gini acik , Mira seorang perempuan yang bertudung dan
penampilan seperti biasa dan memiliki wajah ini mungkin ALLAH pinjamkan
sementara pada Mira dengan memiliki wajah yang yang agak sweet . Pada
mulanya mira rasa bangga dan happy bila berpakaian ketat sana sini dan
orang selalu memandang mira dan puji mira. Mira suka sangat mereka
memerhatikan mira dan ramai kaum adam yang ingin mengenali diri mira dan
cuba berdamping dengan mira .Setiap hari mira di gangu dengan ramai
lelaki. Mira rasa seronok sangat .tapi lama ke lamaan mira rasa boleh ke
aku terus hidup macam gini ???
sampai
satu ketika ada yang mintak couple dengan mira tapi mira menolak yelah
takut saham jatuh.. tak molah so mira biarkan banyak hati yang terluka.
Pada mulanya memang mira bertudung tapi kerana dek jahil dan terikut
dengan kawan-kawan mira bukak tudung .Pada mira "Aku bukak tudung sebab
nak Jadi Diri Sendri " dan tak mahu pura-pura ini perangai sebenar
aku,. Mula-mula ada mulut longkang yang pandang serong pada mira .tapi
dalam seminggu mereka boleh terima dan asyik memuji mira saje semakin
hari semakin cantik. Mira terpesona dengan keasyikan dunia mira. Sampai
mira lupa pada agama ,lupa pada prinsip mira sebelum masuk
universiti.Mira rasa hidup ini sangat heaven dan semua yang mira mahukan
dapat. Tapi hati mira tak tenang, tak tenteram kerana memikir satu
pekara yang mira sendiri tak tahu apa dia. Mira cuba mencari apa pekara
tu. Mira rasa itu mungkin kerja syaitan..
Selepas
tu, mira ada berkenalan dengan Zaini, Dia memang baik dan mempunyai
akhlak yang baik.. Mira sebenarnya jatuh hati padanya kerana dia lain
dari lelaki lain kerana tak pernah sekali menyentuh mira walaupon dia
peragai gila-gila .Selalu bagi nasihat pada mira. Tapi zaini pernah
cakap dia akan hantar pada mira sepucuk surat bila tiba waktunya dia
bersedia berikan . Selepas 5 bulan kami berkawan.. mira dapat tahu Zaini
excident motorsikal di Melaka, dan keadaannya teruk. Yang mampu mira
lakukan adalah menagis dan meminta pada tuhan agar dia selamat. Selepas 1
minggu zaini koma dia tak ada harapan untuk hidup dan dia tinggalkan
mira untuk selamanya. Dan tiba-tiba adik zaini datang pada mira dia bagi
sepucuk surat dan katakan ini adalah amanat dari abang saya untuk
akak.Bila mira membacanya rasa mengalir air mata ini. Ini sedikit ayat
dari surat arwah zaini.
Assalamuaikum Nurul Amira, minta maaf jika surat ini akan menyingung perasaan awak .. saya selalu perhatikan awak dari jauh setiap tingkah laku awak, saya tahu awak bukan seperti perempuan yang orang lain katakan pada saya. Saya percaya bahawa sekarang ini bukan diri awk sebenarnya.Demi Allah, apa yg awk buat itu bukan kemuliaan untuk diri awak tetapi awak sedang leka dengan mainan syaitan. Jagalah maruahmu seperti keindahan namamu. Bukan rupa dan tubuh badanmu menjadi ukuran tapi akhlakmu yg di pandang .
Sebenar
panjang lagi ayat yang ditulis, baru mira sedar bahawa apa yang mira
buat adalah salah .Dan bila sekarang mira insaf dan memakai baju yg
longgar dan bertudung menutup dengan lengkap barulah mira rasa tenang
dan lelaki pandang mira berbeza mereka lebih kepada menghormati kita
sebagai muslimah .Minta maaf acik kerana ayatnya terlalu panjang dan
terima kasih untuk kesudian masa untuk mira.
Acik
: Itu tak menjadi masalah mira,acik suka cerita mira nie. Penuh dengan
pengajaran .Sekeras mane hati seorang perempuan akan di lembutkan
dengan lelaki yang berakhlak . Sesungguhnya ini adalah cebisan hidup
yang mungkin tak pernah kita tahu dan tak mahu amik tahu. Jadikan cerita
ini sebagai pengajaran dan pelajaran untuk memperbaiki diri dari semasa
ke semasa ..bye bye adios ^_^
12 Ulasan
dan mira adalah salah seorang yang diyang di sayangi oleh allah:)
sempat menyesal atas perbuatannya..itu satu nikmat:)
Follower #2362.. ^^,
Hidayah Allah itu cukup indah..:'D