Ticker

6/recent/ticker-posts

Luahan Perempuan | Nasib Diriku Menjadi Anak Buangan, Apakah Dosaku ??

Assalamualaikum



Hai semua , hujung minggu adalah saat yang paling best beristirehat ataupon bersiar-siar bersama keluarga. Tadi sedap-sedap acik syok mengelamun sorang-sorang dalam bilik ada seseorang yang beberapa kali email pada acik untuk kongsikan cerita dan minta maaf sangat kerana baru hari nie dapat acik mendengar masalah kamu . Sebab acik student kena bagikan masa untuk belajar dan untuk blog nie.Jom ketahui kisah yang mampu meruntun jiwa.

Yana : Assalamualaikum acik, alhamdulilah akhirnya sudi jugak acik luangkan masa bersama yana, minta maaf acik kerana bertalu-talu emailkan pada acik. Sebenarnya yana nak sangat kongsikan cerita yana nie. Tak tahu kenapa dan mengapa, entahlah mungkin bila dengan acik yana rasa tenang dan selesa.

Acik :Waalaikumusalam, minta maaf yana beberapa hari nie acik agak buzy dengan kelas serta aktiviti dan sekarang baru ada masa. Terima kasih yana, sebab support blog acik dan jika tak keberatan kongsikan masalah kamu sekurangnya mampu meringinkan beban yang kamu rasa.

Yana : alhamdulilah acik, yana sekarang berumur 21 tahun, dan kehidupan yana tak seperti orang lain yang pernah rasa bahagia dan kenal apa itu kasih sayang. Yana adalah sebahgian dari mereka yang anak-anak terbuang dan tak pernah kenal ibu dan ayah . Apa salah yana acik ?? sampai mereka sanggup buang yana ?? Acik tahu tak selama hidup yana,yana asyik berperang dengan dendam dan kebencian kepada mereka yang sanggup melakukan pekara terkutuk hanya untuk memuaskan nafsu . Bila sudah ada hasilnya , kami sebagai zuriat mereka di buang bagaikan sampah tanpa beri belas kasihan. Orang lain bila ada  anak sendiri di belai, di berikan kasih sayang.. tapi yana tak pernah dapatkan. 

Acik : MasyaALLAH ermm sabar yana ... macam mane yana tahu yang yana anak buang tu ? (minta maaf acik tanye)

Yana : tak masalah acik, masa yana berumur 10 tahun, yana rasa diri yana pelik , kenapa yana tak ada ibu,ayah, saudara mara ??? yana tak dapat sekolah seperti kanak-kanak lain. Yana tinggal di rumah anak yatim dan yana hanya bantu bonda di rumah anak yatim , yana hanya belajar di rumah saje. Yana rasa sangat pelik ,kenapa yana seorang saje di layan seperti ini ? Yana ada tanya sama bonda ,kenapa yana di lakukan macam gini dan yana merayu pada bonda untuk ceritakan kisah yana.. siapa ibu dan ayah yana ?? dan kenapa yana tak dapat sekolah.Lalu Bonda ceritakan pada yana, Bonda jumpa yana di tepi tong sampah di dalam sebuah beg, bayi kecil yang tak berdosa dan tak tahu apa-apa di tinggalkan begitu saje. Bonda sendiri tak tahu siapa ibu bapa yana, dan bonda ada simpan lagi kain yang membaluti yana masa kecil dan ada sepucuk surat yang di tinggalkan. Inilah dia isi kandungannya

Sayang maafkan mama, mama bersalah pada kamu,mama terpaksa buang kamu kerana ayah kamu seorang jantan tak guna, dia tak mahu bertanggungjawab apa yang dia lakukan. Mama tak ada pilihan sayang, kalau keluarga mama dapat tahu tentang kewujudan kamu pasti keadaan makin teruk. Mama tak ada pilihan, mama tahu semua ini salah mama kerana terikutkan nafsu. tapi mama tak ada pilihan ... jika mama mampu jaga kamu ,mama mahu tapi mama masih tak mampu dan mama mahu sangat namakan kamu Norliayana. Maafkan mama sayang.

Sejak yana bace surat tu, yana terus menjadi pendiam dan rasa sedih kenapa ibu kandung sendiri sanggup buang yana . acik thu tak betapa peritnya hidup ini, pergi kemana orang caci maki kita dan katakan anak haram ..Apa salah yana acik ?? Setiap malam yana menagis dan berdoa pada ALLAH supaya ringankan masalah yana hadapi dan berikan sedikit kasih sayang pada yana. Allah mendengar doa hamba yang terniaya dan semasa yana berumur 17 tahun yana mendapat bantuan dari sebuah komuniti yang membantu nasib seperti kami .Dan barulah yana dapatkan surat beranak dan kad pengenalan .Sebelum itu ,nak minta kerja di mana saje yana tak boleh dapatkan. Orang kata seperti anjing kotor di negara sendiri. 

Nak katakan puas kena caci maki dan bahan ejakan masyarakat ?? terlalu puas caci makian tu smpai tak mampu nak membahaskannya. Yana sampai sekarang tak tahu apa salah yana acik ? tapi yana juga selalu doakan supaya dapat berjumpa ibu dan ayah yana dan yana selalu doakan mereka agar sedar dan insaf serta ingat yana walaupon bagaimana. 

Jujur yana katakan dengan blog acik, yana dpat kembali semangat yana. Yana dapat tahu serba sedikit apa itu kasih sayang. Terima kasih acik sebab selama nie bagi kekuatan kepada kami. Sekarang yana sudah bekerja sebagai kerani hasil bantuan masyarakat yang prihatin dan yana mahu pastikan yana tak mahu ulangi sejarah.. biarlah cinta itu ALLAH yang tentukan , yana berserah pada ALLAH.

Acik : jujur katakan acik sebak bila dengar suara yana dan hasil kiriman e mail yang di berikan kepada acik. Kadang acik rasakan ,acik ada masalah dan hidup susah, rupanya ada orng lagi susah dari acik ,Doakan semoga yana d rahmati ALLAH di murahkan rezeki .amin :(

Catat Ulasan

5 Ulasan

kak gojes berkata…
tsk...tsk..tskkk..sedih baca entri ni....
Tanpa Nama berkata…
Allahu rabbi :'(
Akupenghibur.com berkata…
maaflah terpakse jugak siarkn ... untuk tauldan
Cik Eyla berkata…
eyla penah trbaca kisah cm ni melalui sbuah buku kecil yg eyla bli dlu..doakan idup mereka baik2 sje
Mila Ahmad berkata…
sedih baca ni, kenapa dibuang bayi yg tak bersalah. senang2 je buang. bagi kami yg berkahwin ni teringin sangat nak anak tapi masih belum dikurniakan lagi :'(