Assalamualaikum
Pernah tak dulu-dulu masa sekolah suka tengok semut dan memerhatikan pergerakkan mereka.Mengapa semut akan berhenti seketika
jika bertembung dengan semut yang lainnya? Semut yang kelihatan “saling
menyapa” ketika bertemu itu sebenarnya sedang berkomunikasi. T.C.
Schneirla, seorang saintis di New York University, pernah melakukan
kajian terhadap semut.
Beliau
meletakkan seekor semut ke dalam tempat yang berisi makanan. Seekor
semut yang lain pula diletakkan ke dalam bekas yang berisi semut-semut
musuh. Kemudian kelakuan kedua semut ini diamati terutama ketika
berpasangan dengan semut-semut yang lain di jalanan.
Dari kajian itu, Schneirla menyimpulkan bahawa zat
kimia yang dikeluarkan dari makanan ataupun dari musuh semut akan
menempel pada semut itu. Ketika bertemu dengan semut yang dianggap
sebagai rakannya, semut ini akan saling menyapa (bersentuhan).
Dengan saling 'menyapa' inilah zat kimia dari semut akan memberitahu
rakannya (melalui antena di kepala semut) tentang keadaan sekitarnya
sama ada terdapat makanan ataupun musuh.
Istimewanya Makhluk Allah Ini.
Cuba perhatikan kehidupan masyarakat semut. Teknologi, kerja
gotong-royong, strategi ketenteraan, jaringan komunikasi yang maju,
hierarki yang rasional dan cerdik, disiplin, perencanaan kota yang
sempurna dan pelbagai ciri lain yang amat istimewa untuk di ambil.
Keajaiban dan Fakta Menarik Tentang Semut.
1. Semut mempunyai 500 000 sel saraf yang termuat dalam 2 atau 3 milimeter tubuh mereka. (Harun Yahya)
2. Semut berkomunikasi dengan isyarat kimiawi iaitu semiokemikal zat
kimia yang digunakan semut untuk tujuan menetapkan komunikasi.
3. Semut yang paling berbahaya adalah semut bulldog hitam dari Australia, bisanya mampu membunuh manusia.
4. Haiwan yang paling banyak di muka bumi adalah semut. Nisbahnya adalah satu juta bagi setiap orang.
9 Ulasan
http://www.alquran.co.cc
nk tnye .. lgu ape ni ea? tenang ati bila dgar :)