Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya
disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini
sedang menanggung kesakitan yang amat sangat.
Lalu Rasulullah
menegurnya. "Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang
kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?"
Lalu
gadis malang ini pun menceritakan hal yang berlaku padanya :-
"Ya,Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku
telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung
kesakitan ini." Balas gadis tadi.
"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku." Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut.
"Aku
bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan.
Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api
neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip
mata." Gadis itu berhenti seketika menahan sebak. "Kemudian kulihat
ditangan kirinya ada seketul keju dan ditangan kanannya ada sehelai
tuala kecil.
Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut
untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku,
kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya
ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri
yang taat kepada suaminya? Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya
dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan
sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya
untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.
Lalu
aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang
menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari
telaga nabi. Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan
dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu
sedang kehausan dan menangung azab di neraka.Tidakkah ayah ingin
membantu ibu sedangkan di dunia kulihat ibu amat mentaatimu dan menurut
perintah agama.
Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau
dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau
setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk
kebakhilan yang dilakukan ketika didunia.
Oleh kerana kasihan
melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air
mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka. Belum sempat air
tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku
sehingga melecur. Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak
tanganku melecur teruk. Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya
Rasulullah."
Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya
tidak henti-henti mengalir dipipi. Rasulullah kemudian meletakkan
tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa
memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah
benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua
umat islam. Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh.
Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah. Banyakkan
bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada
ibumu.Mudah-mudahan segala dosanya terampun.
4 Ulasan