Ticker

6/recent/ticker-posts

Perlu Ke Kita Ada BFF ( Best Friends Forever ) ??

Assalamualaikum


Hai semua, sekarang nie tengah buat muka duck face sambil buat peace yooo ,hahaha tren masa kinikan.. Sebenarnya tengah kebosanan yang tahap tinggi dah nie. Aku percaya mesti ramai antara kamu semua pernah hadapi masalah dalam persahabatan ataupon berkawan. Tak pernah ishh tak baik tipu bro.. Ada yang bertanya pada acik wujudkah sebenarnya kawan baik aka BFF nie ?? Perlukan ke ??

Mestilah perlu sedangkan junjungan besar nabi Muhamad saw mempunyai sahabat yang selalu ada di kala senang dan susah. Jujur aku katakan dari kecik sampai sekarang aku mencari apa sebenarnya erti persahabatan yang sebenar ? tapi aku tak terlalu berharap lebih kerana aku takut diakhirnya aku kecewa sendiri dengan jawapan yang akan aku dapatkan .Dulu aku rasa aku perlu sangat kawan tak boleh tanpa kawan , bila masa nak melepak, berborak ,dan semangat datang sekolah sebab kawan. Dulu kalau nak makan mesti nak berteman kalau nak jalan-jalan mesti ada kawan.Aku tak boleh hidup tanpa kawan ??

Ramai katakan pada aku, bahawa dalam dunia sekarang nie tak wujud lagi perkataan kawan baik . Mesti ada yang setuju dan juga tak setuju. Tu terpulanglah sebab setiap orang mempunyai definisi dan pandangan mereka sendiri. Mak selalu nasihat bila berkawan tu berpada-pada jangan nak rapat sangat sebab bila kawan tinggalkan kita , nanti kita sakit hati dan mulalah rasa nak bunuh jer kawan tu haahha.  Yup itulah yang pernah aku alami . Orang kata kawan,sahabat ataupon teman ini adalah orang yang selalu ada di kala susah dan senang di kala gembira dan duka. Tapi masih adakah manusia seperti tu ??? 


Mesti ada kata kawan dengan sahabat mempunyai perbezaan tapi terpulang pada keadaan. Mereka juga manusia ada lakukan kesilapan sama juga dengan kitakan. Tapi sumpah aku katakan aku benci dengar perkataan kaulah sahabat dunia akhirat aku, kau kawan terbaik yang pernah aku ada bla bla bla... itu semua hanya di mulut dan bila time susah tapi bila kita susah sape yang datang tolong kita ??

Bila berkawan kena terima adat mula-mula rapat ,kemudian ada rasa tak puas hati, bermasam muka,tak tegur dan bila ada kawan lain tinggalkan kawan yang rasa menyusahkan tu. Itulah fenomena berkawan atau bersahabat zaman sekarang bukan menyelesaikan masalah tapi lebih melarikan diri. Memang tak salah ada kawan baik, kawan yang kita percaya , kawan yang selalu ada untuk kita tapi berpadalah kerana mungkin satu hari nanti dia akan meninggalkann kesan yang amat mendalam.

Sekarang nie aku lebih memilih untuk bersendirian , biarlah tak ada kawan baik , biarlah orang nak cakap apa,aku tak sakit hati. Berkawan-berkawan juga tapi aku lebih suka berkawan untuk belajar ,berkongsi minat dan sebagai .Tak lebih dari itu,soal privasi aku tolak no 20 lagi untuk berkongsi dengan kawan-kawan.Entahlah tapi sekarang aku dah boleh makan bersendirian ,berjalan sendirian,tengok wayang sendirian .Mereka berikan pengalaman yang berguna buat aku.


Kakak aku kata ada kawan baik nie agak susah sebab kita kena jaga hati dia jeeeee. Hati kita pandai-pandailah jaga sendiri. Nanti bila ajak orang lain keluar tak ajak dia dah terasa. Bila tak teman mane dia nak pergi dah kata kita bukan kawan baik dia. Bila tak mahu bagi pinjam duit kata kita tak mahu tolong kawan baik sendiri ..So entahlah

Aku tak perlu kawan ?? ishh mestilah sangat perlu ,lagi-lagi di Mascom uitm nie . Kawan aku sangat perlu tapi untuk kawan baik aku rasa sekarang nie bukan masanya lagi, Aku sekarang mahu tumpukan pelajaran dan kehidupan aku. Aku hargai kawan-kawan yang ada sekarang di sekeliling aku, aku hargai mereka yang selalu membantu aku . tapi itulah asam garam dalam persahabatan nie ada pahit dan manisnya. Waluapon kini aku lebih bersendirian dan kata kakak aku mungkin ini takdir aku selalu di tanggalkan kawan. Kalau betul aku pasrah dan terima . 
 Pada aku biarlah aku jadi kawan dan mempunyai kawan atau bersahabat biarlah fiddunnya wal akhirat...Oklah tu pandangan aku sendiri tentang BFF.. apa pula pandang kamu semua ?? Jomlah sikit
.
Aku memang rindu pada kawan-kawan yang pernah buat baik pada aku dan aku telan apa jua yang pahit yang aku rasa kerana itu pilihan aku, dia kawan yang aku pilih so aku kena terima baik  dan padahnya

Catat Ulasan

3 Ulasan

aini Rahman berkata…
pandangan ttg persahabatan yang agak menarik. .he2. . ada yang btol. . ada yg krg btol. . tapi takpa, nama jugak pandangan msg2. .selamat berkawan. .
Nabila Aina berkata…
Assalamualaikum :) ada a few pndangan acik yg betul. bila kita dah berkwan rapat dgan dia, story pasal hdup kita kat dia and bagai laa. Then, bila bergaduh besar, dia tinggalkan kita. Rasa kehilangan. Rasa macam dah takda sesapa yg akan teman kita lepas ni.

Tapi kita patut ingat bahawa sepenuh kepercayaan dan kebergantungan hanya kepada Allah. La Tahzan, Allah sentiasa ada bersama hamba-hambaNya.

Gaduh dengan kawan-kawan. Gaduh sebab macam-macam perkara. But you know persahabatan yang ikhlas never end. Berbaik semula. :)
Akupenghibur.com berkata…
sebab tu acik kata biarlah fiddunnya wal akhirat.. semuanya kerana ALLAH