Hai semua, alhamdulilah hari nie acik
tak sehat masih selsema,batuk dan sebagainya tapi tangan nie tak pernah penat
untuk menaip untuk berkongsi cerita kepada kamu. Ramai bertanyakan pada acik,
apakah petanda dia jodoh kita ?? Jodoh itu memang rahsia ALLAH,kita yakin itu
tapi cuba renungan kan petanda ini jika rasa ada alhamdulilah jika tiada jangan
pernah putus asa. Satu lagi teruskan dalam solat supaya ALLAH temukan kita
dengan orang yang tepat dan cinta sejati kita. Biarkan kita berikan cinta
sejati pada orang yang selayak .^
Pertanda 1
Anak muda zaman sekarang : Rahsia
sepasang kekasih agar dapat memiliki umur hubungan yang panjang adalah adanya
saling berkongsi. Anda dan dia selalu dapat saling membantu, sama ada pekara
yang remeh temah atau besar. Paling penting adalah anda berdua selalu boleh
menikmati segala aspek kehidupan secara bersama-sama. Dan semuanya terasa amat
menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan orang lain.
Seharus : Hati itu di serahkan pada sebulat kepada Allah, saling berkongsi cerita kepada Allah tentang seseorang yang kita sukakan dan bermohon jika dia jodoh kita maka dekatkan jika tidak maka kuatkan hati untuk melaluinya.
Petanda 2
Cinta Zaman sekarang : Salah satu kriteria yang menentukan sesuai tidaknya dia itu jodoh anda atau bukan adalah kemampuannya bersikap santai di depan anda. Cuba sekarang perhatikan, apakah gerak gerinya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya mengesankan apa adanya? Apakah setiap ucapannya selalu kelihatan spontan dan tidak dibuat-buat? Maksudnya dia tidak cuma berlakon depan kamu seolah-olah yang terbaik dan kata-kata hanya semanis kata-kata untuk mencairkan hati. Padahal dia tidak seperti itu, berhati-hatilah
Seharusnya : Lelaki atau perempuan yang baik pastinya menjaga peribadi diri dan menjadi diri sendiri . Tidak berpura-pura kerana cinta semata-mata. Dia berusaha menjadi lebih baik dan muhasabah diri untuk menjadi bakal iman yang baik dan isteri yang baik .
Petanda 3
Cinta Zaman sekarang : Adanya hubungan instinct membuat hati anda berdua dapat selalu saling tahu. Dan bila anda atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaannya satu sama lain pada situasi tertentu. Selamat! Mungkin sebenarnya dialah belahan jiwa anda yang disimpan .
Seharusnya : Memahami hatinya bahawa cinta itu tidak berlandaskan nafsu dan menjaga perhubungan antara kamu dan perjaga adab agar tidak menjadi perasaan yang fitrah itu menjadi fitnah.
Pertanda 4
Cinta zaman sekarang : Bersamanya dapat membuat perasaan anda menjadi santai, selesa tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tak membuat anda berasa bosan. Ini boleh sebagai petanda bahawa anda berdua kelak akan saling terikat.
Seharusnya : Akan dapat kita rasa kehadirannya, bila dengan kehadirannya, dia membuatkan kita rasa lebih tenang.Lebih bertambah aman, dan lebih meningkatkan keimanan.InshaAllah
Petanda 5
Cinta Zaman Sekarang : Dia selalu ada untuk anda dalam situasi apapun. Dan dia selalu dapat memahami cuaca dalam hati anda baik dalam suka dan duka. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takut mengalami pasang surut apabila bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala anda dirundung musibah? Dia tau keadaan masa anda sakit .Jika ya, tak salah lagi. Dialah orangnya .
Seharusnya : Dia sentiasa mendoakan kamu dalam apa jua keadaan. Tidak terlepas doanya untuk kamu setiap solatnya. Ketika dia sakit , kamu berikan bantuan sewajarnya dan doanya untuk kamu agar sentiasa sihat dan cepat sembuh.
Petanda 6
Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga anda, dia tak peduli dengan masa lalu anda apabila bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu-malu menceritakan masa lalunya . Aah, kalau begitu ini bererti dia sudah siap menerima anda apa adanya.
Seharusnya : Dia terima kamu seadanya sama ada kelemahan kamu dan kelebihan kamu kerana ALLAH.
Petanda 7
Cinta Zaman Sekarang : Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan anda tak malu-malu memperlihatkannya pada si dia. Bahkan pada saat anda tampil 'buruk' di depannya sekalipun, misalnya apabila anda bangun tidur atau ketika anda sakit dan tak mandi selama dua hari.
Seharusnya : Apabila dia mengetahui tentang kelemahan diri kamu, dia akan menerimanya. Pastinya bersama menjadikan ketidaksempurnaan itu sebagai pelengkap .
Petanda 8
Bila anda merasa rahsia anda boleh
lebih selamat di tangannya daripada di tangan sahabat-sahabat anda. Atau anda
merasa sudah tak boleh lagi menyimpan rahsia apapun darinya, maka
berbahagialah! Kerana ini boleh bererti pasangan sejati telah anda dapati!
Petanda ke 9
Setelah membuat solat istikharoh
dan munajat kepada ALLAH , dan apabila melihatnya kamu tenang dan buatkan kamu
dan hati kamu kuat mengatakannya.. InsyaALLAH dia jodoh kamu.. Tapi jangan
pernah putus-putus memohon kepada ALLAH agar dia jodoh kamu.
Petanda ke 10
Apabila dia masuk meminang dan merisik kamu serta menyatakan kepada ibu dan ayah kamu bahawa dia ingin memiliki kamu sebagai yang halal kerana ALLAH .
Apakah ke sepuluh petanda di
atas telah anda dapati padanya?
Hal ini tidaklah ciri khusus untuk jodoh kamu, ianya hanya sekadar pandangan, apa-apa pun Jodoh dari ALLAH . Kita serahkan padaNya dan berusaha jadi yang terbaik dan pastinya Dia akan berikan yang terbaik.
32 Ulasan
nice sgt,hrp2 dia jodohku
alhamdulillah, setakat ini sy di situasi ke 4. saya cuba sedaya upaya untuk menawan hatinya untuk menjadi permaisuri saya, insya-Allah.