Assalamualaikum
Hai semua, berada di hujung minggu yang
sangat mengasikkan apabila tengah panas-panas macam gini makan ABC lagi-lagi
di seksyen 2 sedapnya. Walupon masih tak sehat tapi nak makan jugak .Hari nie
acik kena pergi untuk taklimak 3K untuk PDRM ,untung bro-bro polis siap ketua
polis negara datang. Oklah tu cuma penat menunggu jer
Acik sebenarnya pelik dengan
manusia-manusia nie , kalau kita lihat sekarang setiap benda yang manusia
lakukan mesti akan di postkan di facebook ataupon di twitter. Kalau untuk
pekara yang baik alhamdulilah sangat tapi masalahnya ada segelintir mereka nie
postkan tentang diri sendiri yang memalukan diri mereka sebenarnya ,mungkin
mereka sedar dan mungkin mereka tak sedar. Mendedahkan aurat sesuka hati dan
megakui melakukan maksiat tanpa rasa malu. Remaja adalah bakal pemimpin negara
.Jika masalah sosial bermaharajalela maka habislah masa depan anak bangsa
kita.
Acik ada dapatkan dari facebook
beberapa keping gambar yang rasanya tak patut kamu lakukan .Sepatutnya kita
kena menjaga maruah dan aib diri kita. Tapi now entahlah ... Tak kan nak
salahkan ibu bapa kerana tak berikan didikan agama ?? sedangkan
kebanykkan ibu bapa mesti akan hantar anak mereka ke sekolah agama untuk
dapatkan ilmu agama dan selebihnya anak itu sendiri yang membuat keputusan sama
ada mahu amalkan apa yang dipelajari ataupon tidak.
dan paling membimbangkan apabila budak
sekolah kini menjadi-jadi dengan mengambil gambar dan membuat pekara tak
senonoh. lagi satu please jangan jadi macam budak 5 day mc tu.. ishhhh
menjatuhkan aib sendiri ..
Apa yang jelas, ramai remaja yang tidak
mementingkan maruah hidup tanpa hal tujuan. Malah, mereka tidak memahami
apa itu maruah. Bagi mereka maruah hanya dikaitkan dengan hubungan sesama
mereka. Remaja mudah terasa tercabar jika dipermainkan sesama
mereka. Pantang sahaja dicabar akan terus disahutnya.
Sebaliknya, mereka tidak ambil peduli
jika yang menegur itu ibu bapa atau orang dewasa. Mereka menganggap orang
dewasa tidak memahami perasaan atau jiwa remaja. Kononnya, zaman ketika ibu
bapa melalui usia remaja dahalu tidak sama dengan zaman apa yang mereka lalui
sekarang.
Fenomena ini menjadi punca mengapa
masalah moral remaja semakin meruncing. Dalam hal ini bukan ibu bapa dan
orang dewasa tidak berperanan membentuk moral remaja ke arah kebaikan, tetapi
remaja sendiri tidak mahu menerima apa yang difikirkan baik untuk mereka.'
Apa pon kita perlu tolong mereka dengan
apa cara sekalipon .. Tak sanggup lagi melihat kes bayi di bunuh dan di buang
..please jaga maruah diri kamu ..ok lah malas nak membebel panjang sampai di
sini dulu adios.
21 Ulasan
doakan yang terbaik utk mereka.^^
isi tabung visa :)