Ticker

6/recent/ticker-posts

Aku Tak Mahu Pakai Tudung Jadi Hipokrit

Assalamualaikum

Hai semua, selamat bercuti kepada kamu semua.. maaflah jika tak dapat melayan semua pertanyaan dan semua rintihan .Kerana acik juga manusia biasa yang ada kehidupan sendiri , terkadang tak mampu nak puaskan hati semua orang ... maaflah, kalau kata acik sombong an so on..whatever.. tak kenal maka tak cinta..cewahhh semalam asa seseorang meluahkan perasaaan pada acik. Jom ketahui kisahnya..

PM : Assalamualaikum awak acik pemilik akupenghibur.com ?saya zue  , saya nak kongsikan sedikit kisah hidup saya di blog awak.saya peminat setia blog awak dan setiap kali awak update tak pernah terlepas saye bace dan page akupenghibur.com awak betul-betul saya suka sebab banyak kata-kata semangat yang saya dapatkan. Saya berusia 21 tahun dan saya seorang pelajar di sebuah IPTA. Saya sebenar jenis yang sosial tetapi bila sampai di sebuah IPTA sebelah utara nie jadi saya perlu menutup aurat dan bertudung Saya selalu fikir kenapa perlu bertudung dan jadi hipokrit kerana itu bukan saya yang sebenar.

Acik Walaikumusalam... oooh zue.. silakan kita share masalah sama-sama semoga jadi iktibar kepada semua. tapi kenapa kalau pakai tudung tu hipokrit ke ??

Zue : bukan macam tu acik, yelah bagus kepada mereka yang pakai tudung tapi zue nie dari family yang tak kisah tentang soal pemakaian nie. So zue bebas apa pakai saje, apabila di minta pakai tudung , Zue rasa tu satu paksaan yang besar. Dan pada kelas tamadun zue tak pakai tudung dan ada seorang ustaz nie tegur zue kenapa tak pakai tudung .Dan zue cakap zue tak mahu jadi hipokrit dan berlakon semata-mata nak nampak baik depan orang. Entah hati zue rasa semua nie membebankan zue kerana zue rasa selalu di desak dan pakse. Zue selalu fikir kalau pakai tudung tapi peragai buruk dan buat maksiat tu same jer...

Acik : itu pendapat zue, tapi zue kena tahu bahwa setiap muslimah kena tutup aurat bukan hanya sekadar pakai tudung. Soal pakai tudung dan di kaitkan dengan peragai tu tak sepatutnye berlaku kerana peragai tu berdasarkan attitude seseorang bukan pada pemakaian tudung.

Zue : ermm zue tahu tu acik, dan akhirnya zue mengalah dan zue pakai tudung . Pada mulanya zue pakai terpakse kerana sebagai tuntuan seorang pelajar. Dan zue rasa hipokrit sangat tapi takpe zue anggap ini sebagai cabaran hidup..Dan zue pakai tudung kerana sebenarnya permintaan Syafiq. Dia nak sangat zue pakai tudung. Dia selalu bagi semangat kat zue. Yelah selalu cakap cantikkan kalau awak pakai tudung. Zue mula-mula rasa janggal dan risau macam mane kalau kawan-kawan di KL tahu kalau zue pakai tudung nie mesti kena ketawakan. Akhirnya zue dah mula terima untuk pakai tudung nie dan masa zue pergi kedai ada seorang mamat nie usha zue lepas tu kawan dia cakap.Apa nak jadi perempuan sekarang pakai tudung tapi ketat sane sini , menonjolkan asetnya dan seksi. Zue jadi makin pelik..ekkk dah pakai tudung pon tetap orang kutuk ?? akhirnya zue rasa macam mane di kritik soal semua nie .Sebab dulu zue suka perli kawan zue yang pakai tudung. Zue menagis dan rasa kenapa nie perlu berlaku pada zue, zue cakap pada syafiq dan syafiq kata biaselah tu, itu baru permulaan tapi alangkah bagusnya kalau zue pakai baju yang agak longar dan dan tak ketat.

Perasaan ingin tahu tu membuak dan zue cuba jugak dan beli baju seperti itu.Dan zue pakai tiap-tiap hari semata-mata nak tahu penilai orang. Tiba masa ada seorang kawan zue cakap dengan zue mereka suka penampilan zue tapi mereka selalu cakap yang zue nie kurang adab dan cakap lepas saje tu bukan ciri muslimah . Zue selalu menagis susahnya nak puaskan hati semua orang, kenapa semua di mata orang kita nie salah. Dan akhir zue mengaku pada ALLAH , zue berdoa dan memohon kepadanya ,berikan petunjuk .Sudah lame zue tak bermohon pada ALLAH. Akhirnya zue buat semua kerana nak puaskan hati semua orang. Tapi ALLAH uji zue , di mana syafiq tinggalkan zue kerana untuk seorang muslimah .Zue memang sedih tapi dan zue tak dapat terima semua nie .Akhir zue minta pendapat dari seorang kakak senior dan ceritakan semuanya. Akak tu cakap bagus tu zue berubah tapi zue berubah kerana orang lain bukan untuk diri sendiri dan paling penting sepatutnya zue berubah kerana ALLAH kerana itu sebaik perubahan .


Akhirnya zue sedar acik, seorang perempuan bukan sekadar pakai tudung tapi kena tutup auratnya bukan kerana orang lain tapi kerana ALLAH. Sekarang zue cuba dekatkan diri pada ALLAH.Walaupon banyak persepsi bahawa perempuan bertdung labuh nie bukan semua baik, tapi kena ingat mereka juga manusia biasa tak lari dari buat kesilapan.

Acik : alhamdulilah zue berubah , tapi itulah bermula dengan keterpaksaan itulah titik bermulanya perubahan dan akhir kita akan sedar bahawa sepatutnya kita haruskan kerana ALLAH. Menutup uratu tu wajib bagi lelaki dan perempuan. Sama -samalah kita melakukan perubahan walaupon terpaksa.

Catat Ulasan

5 Ulasan

sayang berkata…
bace entry kat sinih pagi sbtu yang indah... ;D
setiap perempuan wajib menutup auratnya semoga entry nih memparingati diri nadiah sendiri dan org lain jugak yang mmbaca nyea..
Unknown berkata…
bertudung dan menutup aurat tak sama
bertudung tak wajib, menutup aurat itu yang wajib :)

menutup aurat tak kisah lah pakai ape sekalipun, pakai tudung boleh, pakai kotak pun boleh :)
Akupenghibur.com berkata…
terima ksih kerana membaca ^_^