Assalamualaikum
Dahulu orang selalu buat lawak pasal watak komik Superman yang bukan
main hebat dan kuat tetapi memiliki perangai ganjil, yakni suka memakai
seluar dalam di bahagian luar.
Satu sifat yang berbeza dengan hampir semua lelaki di dunia yang memilih
untuk memakai seluar dalam di bahagian dalam…dah nama pun seluar dalam
kan.
Ia bukan sahaja lawak di negara ini, tetapi lawak antarabangsa sebenarnya.
Namun, Superman akhirnya ‘insaf’ dan akan mula mengikuti jejak langkah
kaum lelaki di bumi dan bukan lagi di planet asalnya dalam filem
seterusnya.
Itulah antara perubahan yang nyata dalam filem Man Of Steel yang
dijangka mula ditayangkan pada musim panas tahun hadapan. Perubahan itu
siap diumumkan secara khas oleh Studio Warner Bros bagi memperlihatkan
betapa Man Of Steel sudah berbeza dengan watak dahulu.
Barat pun sudah mula mengambil kira sensitiviti berpakaian. Sayang kita pula yang makin melupakan semua itu.
(Gambar – Watak Superman yang asal…) |
Hero filem berkenaan adalah pelakon Britain, Henry Cavill dan filem
berkenaan diterbitkan oleh Warner Bros. Pengarahnya adalah Zack Snyder.
Berikut adalah gambar Superman dengan ‘uniform’ baru.
0 Ulasan