Ticker

6/recent/ticker-posts

Cara Untuk Mengawal Ego

Assalamualaikum


 

Hai semua,semalam hari yang melelahkan dan menguji kekuatan mental dan fizikal. Ishhh kalau di fikirkan memang serabut tapi takpelah acik malas nak fikir sangat malas nak jadikan isu. Dari pagi sampai petang acik berada di Pulau Ketam untuk buat assignment tapi ada halangan dan ujian ALLAH

Hari nie acik dapat banyak mesej dan email yang mengatakan pelbagai hal,tetapi yang paling banyak di perkatakan adalah soal ego..

Perempuan kata : lelaki nie kenapa yer ego terlalu tinggi bla bla bla
Lelaki : Perempuan selalu kata lelaki ini ego tinggi padahal mereka pon sama bla bla bla

Penatlah asyik dengar benda yang sama tiap-tiap hari ..kenapa perlu mencari salah orang lain .Lebih baik kita check diri kita, ada tak salah ??? muhasabah diri itu perlu dan harus di lakukan dengan kerap dan cuba check hubungan hati kita dengan ALLAH.Ada tak kurangnye ??? dan doakan supaya hati mereka di lembutkan ALLAH


Ego tu penting dalam kehidupan kita, tetapi ego yang positive lah... ego positive ?? wah ego pon ada -ve and +ve ?? mestilah ada.. ego yang positive ini adalah baik untuk kita supaya dapat memberi semangat dalam kehidupan kita. Sebagai contoh, aku nak jadi imam yang baik untuk isteri aku sorang jer,,, aku mesti dapatkan beli kereta mercedes dan lain lain 

Untuk ego yang negativelah itulah perlu kita elakkan.Acik cakap pasal ego.. acik tak ada ego ke ?? mestilah ada tapi kena kawal dengan sebaik mungkin.So meh acik kongsikan cara acik untuk kawal itu ego hahaha..

1.Keegoan yang berunsur negatif harus dihindari dan bersikap terbuka untuk menerima pandangan orang lain seterusnya menilai dari pelbagai aspek.

2. Cuba memahami dan mengkaji baik buruknya dahulu sebelum menolak sesuatu perkara.

3. Bersikap "mind reader" untuk menjadi seorang fleksibel dalam mengatasi segala masalah yang melibatkan semua/banyak perkara.

4. Jadi seorang "pendengar". Seorang pendengar dapat menambah ilmu dari pengalaman orang lain, oleh itu tidak perlulah bersikap ego dengan ilmu yang kita ada. Sebabnya, ilmu itu tiada penghujungnya dengan kata lain, ilmu itu luas.
5 . Ambil masa untuk membuat sesuatu keputusan dan minta pandangan orang yang rapat dengan kita dan share masalah tersebut dan boleh di perhalusi.
6. Cuba mengakui tentang sesuatu jika hal tersebut memang tepat mengenai sesuatu .. gunakan nada yang lembut dan jelaskan biar mereka mengerti sesuatu pekara.



7. Jika tak dapat di luahkan kata-kata boleh guna teknologi yang ada seperti facebook ,sms dan lain-lain .Sebagai contoh hantar mesej ...saya minta maaf saya mengakui kesalah saya..
8. Mengunakan teknik pernafasan yang betul jika keadaan tegang dan tidak terlalu di bawa emosi... tenangkan diri ...
9. Selalu berdoa pada ALLAH supaya ego itu di gunakan pada tempat yang betul
10. Jangan pedulikan kata-kata negatif dari orang lain.anggap sebagai satu ujian ,Allah sentiasa bersama orang yang sabar dan berkata benar
 
alamak setakat nie jer dulu nanti kita sambung lagi... sebab kepala nie peninglah..assignment pon berlambak dan tunggu giliran untuk di siapkan.. Cubalah tenang hati dan fikiran..Kawal sikit ego kita... jangan sampai kita kehilangan orang yang tersayang kerana ego..




Catat Ulasan

1 Ulasan

Abby Roslan berkata…
terima kasih bang atas entry ni.lama aby tunggu :)