Assalamualaikum
Hai semua, hari nie
tak tahu kenapa hari yang sungguh meletihkan dek kerana banyak pekara yang
perlu di selesaikan dan banyak pekara perlu di fikirkan.Apa pun bila di sentuh
soal cinta kita memang tak dapat lari dari soal hati dan perasaan.
Duhai tuhan hati ini
terlalu takut untuk memiliki cinta, sehingga aku menjauhkan tentang perasan
itu. Bukan aku mahu menolak tapi hanya perlukan masa yang panjang dan biarkan
ia berlalu..
Kerapkali kita
ungkapkan,cinta yang sejati hanyalah cinta pada Ilahi kerana cinta-NYA tak
pernah mengecewakan kita.Mengapa kita perlu cintakan ALLAH?
Jawapannya,mestilah
perlu sebab ALLAH yang paling mencintai kita.Pelik??? Tak la,betul acik
cakap.ALLAH sebenarnya yang tersangat paling mencintai kita.(lebih dari satu
kata penguat digunakan..hehe) Kalau ada orang mencintai kita sepenuh hati,ALLAH
mencintai kita lebih daripada itu.Kerana cinta insan yang mencintai kita itu
hakikatnya datang dari ALLAH.ALLAH mencintai kita maka DIA menitipkan rasa
cinta ka dalam jiwa insan yang cintakan kita itu untuk mencintai kita.
Ada yang bertanya "Abang,kenapa Allah uji kita dengan ujian macam ni?adik selalu je putus cinta..!"
Ada yang bertanya "Abang,kenapa Allah uji kita dengan ujian macam ni?adik selalu je putus cinta..!"
Adik,ketahuilah,itulah tanda bahawa ALLAH mencintai kamu.DIA
menghadirkan rasa cinta dalam diri seseorang untuk mencintai kita & DIA
jugalah yang berkuasa untuk menarik kembali rasa cinta dari diri seseorang
untuk meninggalkan kita.Kenapa???Kerana ALLAH sangat-sangat mencintai kita
& itulah tanda cinta-NYA pada kita.
Semuanya berlaku mengikut kehendakNYA,supaya kita sedar bahawa
tiada cinta yang kekal abadi selain cinta-NYA & supaya kita kembali
mencintaiNYA.Bila kita terlalu asyik dengan cinta manusia,kita kerapkali
lupa dengan Allah.Kita sering meluahkan rasa rindu & cinta kepada kekasih
kita tapi kita lupa untuk meluahkan rasa rindu & cinta kepada pemilik cinta
sebenar,ALLAH.
Kita sering menelefon kekasih kita,berbalas sms dengannya
sehingga kita leka dalam menunaikan kewajipan kita yakni solat yang mana solat
itu adalah tali penghubung(telefon) kita dengan ALLAH.Kita lupa untuk membaca
ayat-ayat cinta-NYA(al-quran).Kita asyik dengan cinta manusia & lalai
menunaikan kewajipan kita sebagai hambaNYA sehingga DIA cemburu lalu
menghilangkan rasa cinta dari kekasih kita.Kekasih kita itu pun meinggalkan
kita lalu kita pun merintih.Dengan hati yang penuh kekecewaan selepas
ditinggalkan kekasih,kita pun menghadapNYA,mengadu kesakitan yang tersimpan di
dalam hati yang hakikatnya ALLAH lebih mengetahui.Tapi ALLAH tidak pernah
meninggalkan kita atas kecurangan kita.Malah dihadirkan pula rasa cinta dalam
diri kita untuk mencintaiNYA.DIA memenuhkan ruang kosong di hati kita dengan
cintaNYA.DIA mengubati luka,kesakitan & kepedihan di hati
kita.Lihatlah,luasnya rahmat ALLAH meliputi langit & bumi.Barulah kita
sedar bahawa dengan mencintaiNYA kita tak akan dikecewakan.
Walaupun ALLAH menguji kita dengan pelbagai ujian &
musibah,hati kita tak akan merasa kecewa malah lebih akrab rasanya hubungan
kita dengan ALLAH.Kerana apa??? Kerana cinta ALLAH tak pernah mengecewakan
kita.Apabila kita mencintai ALLAH,ALLAH akan hadirkan seorang teman hidup yang
soleh/solehah(bukannya pendamping yang hanya berdamping untuk sementara) buat
kita supaya kita dapat bersama-sama dengannya untuk mencintai ALLAH..indahnya..
^_^
Percayalah dan yakinlah dengan janji Allah, Cinta Allah itu tidak
pernah mengecewakan
2 Ulasan
http://uwaisaminin.blogspot.com/
http://mierayusof.blogspot.com/2012/10/ku-temui-cinta-nyakarya-dr-farhan.html
sori nyibuk