Ticker

6/recent/ticker-posts

Kenapa Allah Uji Kita Dengan Ujian Macam Ni? Selalu Je Putus Cinta..!


Assalamualaikum

Hai semua, hari nie tak tahu kenapa hari yang sungguh meletihkan dek kerana banyak pekara yang perlu di selesaikan dan banyak pekara perlu di fikirkan.Apa pun bila di sentuh soal cinta kita memang tak dapat lari dari soal hati dan perasaan.

Duhai tuhan hati ini terlalu takut untuk memiliki cinta, sehingga aku menjauhkan tentang perasan itu. Bukan aku mahu menolak tapi hanya perlukan masa yang panjang dan biarkan ia berlalu..

Kerapkali kita ungkapkan,cinta yang sejati hanyalah cinta pada Ilahi kerana cinta-NYA tak pernah mengecewakan kita.Mengapa kita perlu cintakan ALLAH? 


Jawapannya,mestilah perlu sebab ALLAH yang paling mencintai kita.Pelik??? Tak la,betul acik cakap.ALLAH sebenarnya yang tersangat paling mencintai kita.(lebih dari satu kata penguat digunakan..hehe) Kalau ada orang mencintai kita sepenuh hati,ALLAH mencintai kita lebih daripada itu.Kerana cinta insan yang mencintai kita itu hakikatnya datang dari ALLAH.ALLAH mencintai kita maka DIA menitipkan rasa cinta ka dalam jiwa insan yang cintakan kita itu untuk mencintai kita.

Ada yang bertanya "Abang,kenapa Allah uji kita dengan ujian macam ni?adik selalu je putus cinta..!"

Adik,ketahuilah,itulah tanda bahawa ALLAH mencintai kamu.DIA menghadirkan rasa cinta dalam diri seseorang untuk mencintai kita & DIA jugalah yang berkuasa untuk menarik kembali rasa cinta dari diri seseorang untuk meninggalkan kita.Kenapa???Kerana ALLAH sangat-sangat mencintai kita & itulah tanda cinta-NYA pada kita.


 
Semuanya berlaku mengikut kehendakNYA,supaya kita sedar bahawa tiada cinta yang kekal abadi selain cinta-NYA & supaya kita kembali mencintaiNYA.Bila kita terlalu  asyik dengan cinta manusia,kita kerapkali lupa dengan Allah.Kita sering meluahkan rasa rindu & cinta kepada kekasih kita tapi kita lupa untuk meluahkan rasa rindu & cinta kepada pemilik cinta sebenar,ALLAH.


Kita sering menelefon kekasih kita,berbalas sms dengannya sehingga kita leka dalam menunaikan kewajipan kita yakni solat yang mana solat itu adalah tali penghubung(telefon) kita dengan ALLAH.Kita lupa untuk membaca ayat-ayat cinta-NYA(al-quran).Kita asyik dengan cinta manusia & lalai menunaikan kewajipan kita sebagai hambaNYA sehingga DIA cemburu lalu menghilangkan rasa cinta dari kekasih kita.Kekasih kita itu pun meinggalkan kita lalu kita pun merintih.Dengan hati yang penuh kekecewaan selepas ditinggalkan kekasih,kita pun menghadapNYA,mengadu kesakitan yang tersimpan di dalam hati yang hakikatnya ALLAH lebih mengetahui.Tapi ALLAH tidak pernah meninggalkan kita atas kecurangan kita.Malah dihadirkan pula rasa cinta dalam diri kita untuk mencintaiNYA.DIA memenuhkan ruang kosong di hati kita dengan cintaNYA.DIA mengubati luka,kesakitan & kepedihan di hati kita.Lihatlah,luasnya rahmat ALLAH meliputi langit & bumi.Barulah kita sedar bahawa dengan mencintaiNYA kita tak akan dikecewakan.

Walaupun ALLAH menguji kita dengan pelbagai ujian & musibah,hati kita tak akan merasa kecewa malah lebih akrab rasanya hubungan kita dengan ALLAH.Kerana apa??? Kerana cinta ALLAH tak pernah mengecewakan kita.Apabila kita mencintai ALLAH,ALLAH akan hadirkan seorang teman hidup yang soleh/solehah(bukannya pendamping yang hanya berdamping untuk sementara) buat kita supaya kita dapat bersama-sama dengannya untuk mencintai ALLAH..indahnya.. ^_^

Percayalah dan yakinlah dengan janji Allah, Cinta Allah itu tidak pernah mengecewakan

Catat Ulasan

2 Ulasan

Unknown berkata…
setiap ujian tu pasti ada hikmahnya. So jika Allah beri kita satu ujian yg mungkin amat berat untuk kita kerna tahu kita dapat mgharungi ujian tu... nak ngomen skit tak marah kan?
http://uwaisaminin.blogspot.com/
cikmira23 berkata…
saya cadangkan jom kita sama2 baca buku karya dr farhan hadi dan fatimah syarha ...kebanyakannya pasal cinta yang berlandaskan islam...sweet sangattt..betol tak tipu..haha

http://mierayusof.blogspot.com/2012/10/ku-temui-cinta-nyakarya-dr-farhan.html

sori nyibuk