Assalamualaikum
Hai semua , apa kahabar sehat ??? alhamdulilah jika ya ,jika tidak cepat-cepat pergi jumpa doktor. Semalam acik pergi ke sebuah pasaraya di puchong. Member ajak jalan-jalan pergi jelah, memang seronoklah dapat jalan-jalan dan cuci mata tengok baju-baju kat sane. Cehh bukan cuci mata yang lain yer. Tiba acik tengok ada sekumpulan manusia berkumpul di sebuah kedai. Tiba-tiba terlihat seorang lelaki sedang memeluk sebuah beg yang terduduk tu sambil di kelilingi pekerja kedai dan security. Acik dan kawan-kawan pon cubalah nak menyebuk jugak yelah nak amik tahu tentang hal sekeliling ,nanti kata kera sumbang plak.
So bila dengar lelaki tu ketakutan dan menagis, dia kata dia terpaksa buat macam gini.Dia tak ada duit nak hadiah girlfriend punya birthday. Girlfriend minat sangat beg tu dan berniat nak hadiahkannya tapi tak ada duit. Ishh sungguh kesian plak tengok lelaki tu. Lepas tu lelaki siap merayu dan melutut supaya jangan di tangkap. Budi bicara supervisor di situ ,dia kata tak apalah isu nie jangan di perbesarkan-besarkan dan lelaki itu di bawa ke balai melalui pintu belakang pasaraya tersebut.
Ishhh tulah jika difikirlah janganlah sampai jadi macam gini. Memang boleh bercinta tapi berpada jangan jadi bodoh . Nak beri hadiah ikut kemampuan saje. Jika perempuan tu tak dapat terima kamu seadanya berdoa ..insyaALLAH ada perempuan selayaknya untuk kita. Dan kaum hawa pon berpada-padalah janganlah mintak hadiah terlalu mahal sangat kesian jugak kepada lelaki nak tunaikan permintaan tu . Itu pon belum tentu kamu akan jadi berkahwin.
Dalam perhubungan nie mestilah bersederhana dan mengikut syariat islam. Yelah nak pakse mereka tak couple dan bercinta itu memang tak boleh tapi apa yang mampu kita lakukan adalah muhasabah diri kita sendiri. Jika kta berlandaskan islam insyaALLAH kita akan lebih selamat bukan hanya di dunia tapi di akhirat.Akhir kata majulah sukan untuk negara,, hahaha memain jer.. bercinta ,bercinta juga tapi jangan kerana cinta hati kita jadi buta dan di perbodohkan oleh cinta,..aaah lupa nak bagitahu gambar di atas tu ihsan syed google yer .. bukan orannye betul..bye bye ,..adios
5 Ulasan