Assalamualaikum
Hai semua, hari nie makin excited untuk balik ke kampung , tapi mestilah teruskan menaiip di blog acik nie.Hari nie acik cuba selami sedikit kisah kehidupan lelaki yang perempuan tak pernah tahu. Perempuan selalu kata bukan senang nak jadi perempuan kerana macam-macam hal yang kena buat. Tapi sama juga dengan lelaki bukan senang nak jadi lelaki silap langkah masuk neraka. Hari nie acik nak kongsikan sedikit pengorbanan lelaki yang kamu semua tahu ataupon tak tahu dan buat-buat tak tahu.
Remaja lelaki
Kalau dulu masa sekolah mak mesti berikan duit jajan untuk makan dan juga duit minyak untuk ke sekolah. Pada zaman acik sekolah dulu , masa form 4, 5 baru nak kenal erti cinta. Duit yang mak bagitulah simpan untuk tabungan. Dan pernah dulu acik ada seorang kawan. Acik tanya dia kenapa tak makan ?? dia jawab dia tak lapar tapi bila di beri makanan kelaparan pulak dan bila di selidik rupanya simpan duit sebab nak bawak girlfriend jalan-jalan di hujung minggu ,yelah girlfriend tak mahu makan kedai mamak nak MCD, KFC.. lepas tu nak belikan hadiah lagi dan tengok wayang... Kebanyakan lelaki akan buat semua nie semata-mata untuk orang yang dia sayang.
Tapi paling sakit hati bila di hari kejadian : awak sori tau ,saya tak boleh ikut awk sebab saya kena ikut mak balik kampung,.. kecewa lagi...
Lelaki sedang bercinta
Bila lelaki sedang hangat bercinta sebenarnya lebih dasyat dari perempuan. Handphone tak pernah lekang dari tangan .Bila siang hari akan melepak dengan kawan tapi bila malam hari akan selalu ada untuk si dia. Bila mesej si dia tak di balas ..si dia mulalah cakap dah tak sayang,, dah ada perempuan lain dan sebagainya. Si lelaki takut kecewakan perempuan, sanggup malam-malam pergi kedai untuk top up.. Ada tu perempuan siap cakap lagi bila nak mesej dengan saya top uplah ... adehh
Tu belum lagi kalau keluar kononnye pergi date, makan kena sponsor, nak beli itu inilah sampai kadang tu siap pinjam duit kawan untuk memenuhi keperluan si dia.
Bila di kolej/ Poli/ Universiti
Ketika beranjak dewasa, para perempuan cantik hanya akan pergi
sama lelaki yang punya kereta saje.. ketika lelaki harus bersaing untuk
mendapatkan dirimu, mereka akan lebih berjimat mati-matian agar dapat
mengajak mu untuk keluar, untuk hantar ke kelas.Perempuan sekarang semuanya nak ada lelaki berkereta walaupon tu kereta family.Yup sekarang nie hidup dah senang ,ramai lelaki dah ada kereta ,so senanglah nak bawak ke hulu ke hilir.. Tapi berapa ramai perempuan sekarang yang sanggup keluar dating untuk naik bas ?? naik motor tak di galakan sebab 1 gender 1 motor .Ahhh time nie belanje besar untuk si dia tapi belum tentu kawin dngan dia... hahaha tapi kawan acik kata tak apa janji ada usaha..
Ketika hendak kawin
Kalau kita dapat lihat orang sekarang berlumba-lumba nak tengok hantaran siapa yang paling tinggi dan majlis di buat dengan gah. Bila nak melamar perempuan , mak ayah perempuan minta 10 ribu serba satu..wahhh tekanan kepada lelaki , terpaksa berjimat makan dan semuanya terpaksa berjimat. Duit tu di bazirkan semata-mata untuk kepuasan untuk tunjukkan siapa hebat. lagi bagus kalau kita bersederhana. Sebab tu sekarang macam-macam hal berlaku,tipu pakai duit palsu la, tipu itu inilah buat pinjaman bank sebab nak memenuhi permintaan yang tinggi nie.
Ketika sudah berkeluarga,
Kamu tahu? mereka kerja banting tulang seharian penuh untuk mencukupi kalian makan..tau pepatah ini ?
" Seorang ayah makan telur ayam, sedangkan anak isterinya makan daging ayam "Di
benak seorang ayah, asalkan anak isterinya bahagia itu sudah cukup,..kalau
perlu tak makan, atau sekadar makan mee segera, asalkan anak isteri dapat
makan dia sudah senang,.. jangan suka mensia-siakan wang hasil kerja keras
suami mu itu..Belum lagi anak nak duit tuisyen , anak biasa akan minta kat mak tapi mak minta kat ayah juga. Belum lagi tiba anak kata nak pergi trip lepas siap cakap kawan adik semua dah ada motor ..adik jer tak ada..ishhh
Ini hanya sedikit saje acik bagitahu, dan nak tahu lebih lanjut boleh tanya ayah kamu semua. Bukan apa acik just nak kamu semua hargai setiap kejadian manusia yang ALLAH cipta. Sama-sama harga lelaki dan perempuan yang mempunyai kelebihan dan kekurangan. Niat di sini bukan untuk membuat perbandingan entah pe2 yang penting kita tahu peranan kita..mungkin ada cakap ini pekara remeh temeh tapi inilah reality kehidupan kita.
“Wahai manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang menciptakan kamu daripada satu (iaitu Adam) dan daripadanya Allah menciptakan isterinya (iaitu Hawa) dan daripada kedua-duanya Allah mengembang-biakkan lelaki dan perempuan yang banyak.”"Aku berwasiat kepada kamu supaya menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk adalah yang dibahagian teratas"
(Bukhari & Muslim)
"Sekiranya kamu cuba meluruskannya, kamu akan mematahkannya dan sekiranya kamu biarkan sahaja dia akan terus bengkok buat selama-lamanya. Justeru itu berpesan-pesanlah tentang wanita (dengan kebaikan)"
14 Ulasan
haha..over aku ni..
http://www.jeritpekik.my/2012/12/senarai-entry-entry-terbaik-dari_26.html
Slmt pulang ke kampung k, berhati2 di jln raya..
ye saya setuju tentang ini..kerana saya tahu susah payah suami saya mencari rezeki. saya kagum dan hargai pengorbanannya..