Ticker

6/recent/ticker-posts

Salah Ke Jika Aku Tak Handsome Dan Tak Cantik ??

Assalamualaikum






Hai semua , hari nie acik lalui dengan penuh dengan tanda tanye .. kenapa kebahgiaan di berikan ?? dan di tarik kembali kebahgiaan itu dan kesedihan selalunya berpanjangan. Dan bila acik merenungi kembali baru acik sedar bahawa ALLAH mahu kita rasakan perasaan tu dan seimbangkan kehidupan kita dan akhirnya kita kembali kepada ALLAH kerana dia Maha mengetahui segala hal di dunia nie.

Manusia nie selalunya mahukan pekara yang cantik, yang sedap di dengar, kata pujian dan segala yang baik-baik. Sanggup di dengari walaupon berjam-jam lamanya berbeza dengan pekara yang sebenar . Sukar untuk menerima kejujuran seseorang, walaupon kejujuran yang di berikan itu adalah pekara yang sebenar-benarnya. Itulah manusia hanya pandai belajar untuk mendengar pekara yang menyenangkan telingga, otak dan hati tapi tidak belajar untuk menerima kenyataan hidup.

Semua manusia sukakan kecantikan. cuba bagitau, ada ke orang yang suka kan kehodohan? tak de kan? kan? Allah dah cipta semua makhluknya cantik-cantik dan handsome-handsome . tapi, ada jugak segelintir manusia nie yang suka memperbodohkan ciptaan Allah tu dan membezakan mereka nie.

Tak ada siapa dalam dunia mahukan dia hodoh , tak cantik dan sebagainya .Sebab tadi ada seorang rakan di facebook mengatakan pada acik  bahawa dia tak cantik, tak ada orang nak dekat dia. Dia sedih kenapa dia di jadikan seperti itu. Pada acik sepatutnya jangan kita terlalu merendahkan diri kita sehingga kita sendiri menghina penciptaan ALLAH . 

Cantik/ Handsome / Bergaya/ Cute dan macam-macam lagi itu adalah subjektif. Setiap orang itu ada kelebihan yang kekurangan yang telah ALLAH berikan... jika kita ada kekurangan dari segi fizikal ataupon rupa paras jadi kita top uplah dari segi akhlak dan peribadi yang yang unggul. Maka orang juga akan menghormati kita. Apabila kita ada iman,hati bersih. InsyaALLAH muka kita akan nampak cantik...berseri sentiasa.. InsyaALLAH sebab tu bila kita lihat para ulama .Walaupun tak cantik mana..tapi wajah mereka alhamdullillah bersih berseri terpancar cahaya keimanan,sejuk mata memandang...rasa insaf jer.Bila tengok mereka..

Daripada  Abu Hurairah Abd ar-Rahman bin Sakhr RA katanya: “Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah tidak melihat tubuh badan dan rupa paras kamu, tetapi dia melihat jantung hati (niat) kamu.”

tapi cuba bayangkan kalau ada seorang muslimin nie hensem abis, wajahnya sempurna serba- serbi. Pendek kata memang muslimah akan pandang 2 kali lah kalau tengok wajahnya. Tapi akhlak buruk , tak hormat orang tua, merokok, lepas tue mempergunakan kehenseman tue utk memikat muslimah-muslimah yg lain, rasa damai ker hati kalau dapat pasangan hidup yg dari jenis yg camni...??

Acik rasa lebih tenang dan bahagia dapat pasangan yg sederhana, sempurna pancaindera tetapi dalam masa yang sama mengawal tingkah laku dan ada pengetahuan agama yg luas dan beramal dengan ilmu yg dia ada. Sekurang-kurangnya, boleh lah si dia tue mengajar acik yg dhoif nie tentang ilmu agama. Tak gitu...??


Memanglah kita semua mengimpikan pasangan yg penyejuk mata. Tapi kalau kena gayanya, walaupun tak cantik atau tak hensem, tapi berakhlak dan beragama, lagi rasa sejuk mata nie nak pandang. Sebab nur keimanan tue jelas terpancar pada wajahnya yg shahdu tue. Kan...kan.


Tapi bila tengok keadaan sekarang orang nie lebih menilai dari luaran saje yang kurang cantik/ handsome selalu di pinggirkan dan jadi bahan ketawa dan ejekan mereka. Walhal ada hadis yang mengatakan.

" Jika seseorang itu mempunyai 4 perkara pada dirinya yakni kecantikan,keturunan,hartanya dan agamanya..maka pilihlah agamanya kerana ia akan membawa kebahagiaan..". 
 
Jadi acik fikir apa yang disarankan oleh hadis tersebut amat baik untuk diikuti namun sekiranya ade manusia yang mempunyai semua perkara tersebut, kita patut untuk memilihnya bukan termasuk kecantikan paras rupanya.

Kita semua diciptakan ALLAH SWT cantik dan hensem belaka.Cantik dan hensem dengan cara tersendri, cuma iman kita yang akan menambah kecantikan kita..kan..kan...Yang terindah itu hanya sementara.Kalau dapat yang handsome dan cantik tu bonus kepada kamu dan jagalah sebaiknya dan bimbinglah ia.

Catat Ulasan

4 Ulasan

aziahrosli berkata…
macam itulaah dunia ...
ada yg ckp macam2 ynyg diri mereka.padahal setiap apa yg dicipta olehNYA adalah sebaik baik kejadian :)
Akupenghibur.com berkata…
yup kamu betul semoga kita bukan manusi seperti itu
miss yatie berkata…
cantik luaran itu kekal sampai bila? hrngga kemana? KY pun percaya masih ada segolongan manusia yg berpandangan begitu, yg memandang luaran sahaja...

tapi apa2 pun, manusia ini adalah ciptaan Allah yg paling sempurna..dan kita sebagai hambaNYA tak perlu pertikaikan
Unknown berkata…
cinta pd rupa, tidak kekal lama..
cinta pd agama, membawa bahagia.