Ticker

6/recent/ticker-posts

Salah Satu Penipuan Peminta Sedekah



Assalamualaikum

Hai semua, pernah tak kalau kamu sedang makan sama ada di restoran atau di food court tiba-tiba di hampiri oleh peminta sedekah. Di sekitar Shah Alam nie memang banyak, ada antara mereka kanak-kanak kecil yang buat muka kesian dengan pakai songkok, yang wanita tua dan sebagainya. Jika yang benar-benar tak mampu tu tak kisah jika di bantu tapi masalah yang segelintir yang menipu nie..

Rakyat Malaysia acik tahu semuanya pemurah dan mudah bersimpati tapi ada pihak yang tak bertanggungjawab mengambil kesempatan. Pengalaman acik pernah semasa di Sek 7 masa syok tengah makan datang seorang budak perempuan meminta sedekah. Ada 2 orang, yang pertama dia tunggu sampai kita beri duit dan kalau tak dia tunggu dan kalau kita tak bagi jugak dia tolaknye kita... kurang ajarkan . Dan ada satu lagi dia hulurkan surah yasin ,dan bila kita dah amik dia minta kte RM 10.. dan boleh buat bisness kan

Tapi tak apalah, kita bersedekah jelah insyaALLAH dapat pahala, urusan dia nak tipu atau tidak itu urusan dia dengan ALLAH ...Ramai orang susah dan sedekahlah kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

Dan gambar nie acik dapatkan di sebuah forum Penipuan Peminta Sedekah





Catat Ulasan

2 Ulasan

Mira Maisara berkata…
uish.terkejut tengok gambau tu..memang kt shah alam banyak kes cm gini..nak2x lgi kat bus sten 0.0
iAmCekbolat berkata…
hmm,duit cara mudah dgn muka kesian =="