Assalamualaikum
Hai semua, jom senyum dulu semoga hari kita di beri rahmat ALLAH..Sebelum tu acik minta maa sebab semalam acik sakit sangat kepala yang tak terhingga. Sampai buatkan acik down dan buat bercakap di luar kawalan. Acik terfikir sejenak bahawa kita manusia ni tak pernah bersyukur dengan apa yang Allah berikan..
Kadangkala dalam hidup kita tidak pernah akan
sedar, Tuhan sudah melengkapkan hidup kita dengan benda-benda yang kita
perlukan untuk jalani hidup dengan sempurna. Sebab Dia akan sentiasa
berikan yang terbaik buat kita.
Sempurna itu acik rasa, dari gambaran cukup atau tidak dalam sesuatu
benda asas dalam hidup yang menjadi suatu keperluan, bukan dalam
konteks kita dapat segalanya yang kita minta.
mana kala yang
Terbaik? Benda yang kita perolehi itu pastinya sesuatu yang Allah sudah
rancang untuk kita, dan Dia tahu itu ada adalah sebaik-baik perkara
yang bersesuaian dengan fitrah diri kita. Bukankah Allah itu
sebaik-baik perancang? Seperti mana tidak pernah ada istilah kebetulan
ataupun istilah bernasib baik dalam hidup. Segala nya sudah diatur
rapi, hanya menunggu masa untuk 'dilepaskan' dari Loh Mahfuz dan
mencorakkan hidup kita.
Hidup tetap ada pasang surutnya. Tetap
ada kegembiraan walapun terselit duka. Allah juga telah berjanji,
selepas kesusahan pasti ada kesenangan berpanjangan akan datang
menghampiri. Untuk mengharungi, caranya juga Allah telah jelaskan.
Solat dan sifat sabar itulah penawarnya.
Syukur tingkatannya
lebih tinggi dari tingkatan sabar. Berapa ramai manusia boleh bersabar?
Tidak ramai. Apatah lagi yang mampu mengucap syukur, malah bilangan
lebih sedikit. Apa erti syukur yang sebenarnya? Apabila kita redha
dengan segala ujian yang datang menyinggah, itu adalah suatu bentuk
kasih dan tarbiyyah Dia buat kita. ..Redha? Bila hati ini belajar
mengucapkan syukur. Lebih cantik apabila diadun dengan tawakal dan
kebergantungan sepenuhnya terhadap rahmat Allah yang tidak pernah surut
datang menyirami kita setiap masa.
Rezeki Allah itu bertebaran
di muka buminya yang luas, selagi ada rezeki buat kita maka usah lah
gusar. Mengapa harus dikisahkan, dirisaukan tentang perkara yang belum
pasti berlaku? Benar hidup itu suatu percaturan, tiada siapa yang
mengetahui masa depan apa yang bakal berlaku.
Namun bersedialah
dengan kejutan dalam hidup yang sudah ditentukan dan tetap istiqamah
berusaha mencari redhaNya, suatu ketetapan yang perlu dilakukan
sentiasa. Itu sahaja cara mengajar hati kita agar redha. Jangan pernah
berhenti yakin dengan adanya rahmat Allah, tetap sentiasa akan ada
laluan buat kita seandainya laluan target kita sudah beralih
simpangnya, kerana Allah sudah membina 'jalan yang lain'.
Terus
usaha mencari redhaNya. kerana Allah melihat kepada hasil. balasan yang
setimpal itu imbalannya. sama ada dalam bentuk yang sama seperti apa
yang kita usahakan, mungkin juga balasan itu dalam bentuk lain yang
tidak pernah kita sangka-sangka. yakinlah bahawa hidup ini diciptakan
dengan indah, dan ujian itu penyerinya. Ujian itu wasilah kita mencapai
apa yang sepatutnya yang terbaik dalam hidup kita. Ujian itu perlu
sebelum melayakkan diri kita menerima imbalan yang pastinya tetap
membuatkan hidup kita tenang dan dalam keredhaanNya.allah itu tetap ada
...
Cukuplah Allah sebagai pelindungku.cukuplah allah sebagai pelindung kita
Sesungguhnya Allah bersama dengan orang yang bersabar. Usah bersedih.
4 Ulasan