Ticker

6/recent/ticker-posts

Doa Seorang Lelaki Yang Kecewa Cinta.


Assalamualaikum


Ya ALLAH aku juga manusia biasa yang mendambakan seseorang dalam hidupku... aku tak minta lebih ya ALLAH cukuplah dia selayaknya untukku...Adakah menjadi kesalahan kepada diriku kerana hanya ingin menghibur hati-hati mereka.. Kenapa mereka selalu tinggalkan ketika aku mula rasai jatuh cinta... Hanya kepadamu aku berserah , dan hanya Dirimu Ya ALLAH yang ada dalam hatiku menyusuni hari-hari sepiku. Aku bukanlah manusia yang terlalu mendahaga kesempurnaan sehingga mereka membuat aku hilang arah,hilang kawalan dan tak menentu. Mereka selalu gunakan perkataan ini ya ALLAH ...kamu terlau baik untuk saya... Adakah itu satu hukuman terhadap diriku..



Duhai kamu yang telah meruntuhkan hatiku,tahukah kamu betapa pedihnya hati ini ketika kau meninggalkan aku dalam tanpa sebarang kata. Aku tahu diri terlalu banyak kekurangan sehingga ku tertanya-tanya di manakah sebenarnya kesalahanku... aku perlukan masa dalam setiap apa yang  aku lakukan..JIka kamu berada di tempatku baru kamu akan mengerti. Bukan niatku untuk seperti tarik tali dalam soal perasaan tapi ku hanya ingin melihat kesungguhanmu dan sebagaimana aku selalu mendoakanmu dalam solat dan waktuku agar kamu bahagia.

Mungkin kamu tak pernah sedar hari-hariku bagaikan lakonan dan senyuman yang ku hulurkan tapi hati ini siapa yang tahu..

andai suatu saat aku hilang daripada pandanganmu..
usah kau cari aku kerana aku tidak pernah meninggalkanmu.
andai suatu saat aku berhenti menghubungi dirimu,
usah kau gusar kerana aku juga ingin memberi ruang untuk diriku..
andai suatu saat aku mengalirkan airmataku,
usah kau usap kerana biarlah aku membasuh kekecewaan hatiku..

Ya ALLAH aku tahu bahwa Kau mungkin belum membenarkan aku berjumpa dengan seseorang selayaknya untukku .Terima Kasih Ya ALLAH memberikan pengalaman yang berharga dengan dengan temukan pada orang tidak tepat..biarku siapkan diriku untuk seseorang yang akan memiliki aku di dunia dan diakhirat.. Dan ku percaya bahawa ALLAH adalah perancang terbaik .Dia sembunyikan sesuatu dan dia memberikan sesuatu..aku percaya cinta itu akan hadir tiba waktunya .Dan pastinya menjadi yang halal untukku hanya demimu Ya ALLAH..

Buat bakal 'tulang rusuk kiri'ku yang wujud dekat dengan jantungku yang berdegup mengepam darah ke seluruh ragaku, ketahuilah, dalam tiap doaku kau ada serta. Kita kukuhkan diri dengan Agama buat bekal ke Syurga sama-sama, ya?Aku tunggu kamu.Aku tunggu saat itu..
 

Catat Ulasan

2 Ulasan

Nurain Robilto berkata…
Ceh2....keadaan kita hampir sama...sakit bukan ditinggalkan tanpa sepatah kata...sepatah kata yg cukup utk menghancurkan masa depan seseorang...
Nurain Robilto berkata…
Bro aku doakan kau sembuh skrg...