Hai semua, sekejap jer masa berlalu, tak terasa dah nak masuk bulan 12 dan akan menghadapi bulan terkahir dn akan final exam. Fuhhh !! mengeluh berat jadinya. Bila cerita mengeluh nie, teringat satu peristiwa di fakulti acik, mascom. Bila dengar Mascom orang mesti macam-macam ligat memikir tentang peragai mahasiswi konon teruk.. bukan semua yer yang teruk,sebenar terpulang pada individu itu sendiri.Nak di jadikan cerita macam gini , masa tunggu bas, ada kawan acik tanye pada acik, kenapa ehhh budak-budak mascom ramai tak pakai tudung, rambutnye ya ALLAH perang semua.. ishhh terukk!!! ko tak tegur dia orang ke acik ?? ko tak jalankan tanggungjwab ko..
wahai kawan-kawan semua kita jangan cepat melatah dan cepat menjatuhkan hukuman pada seseorang... kita nie sure ke nanti masuk syurga dan dah bagus sangat ke kita nie ?? sampai nak judge orang lain macam tu.
Dalam proses seharian kita bergaul dan berinteraksi sesama
manusia, lebih-lebih lagi dengan kaum Muslimin dan Muslimat, kita mesti
berbaik sangka dengan mereka. Tanpa kita sedari, apabila kita menghukum
atau mengadili seorang gadis atau wanita yang tidak bertudung, maka
kita telah melakukan satu kesalahan, iaitu salah tanggap tentang
seseorang. Kita perlu ingat bahawa kita tidak tahu menahu tentang latar
belakang seseorang itu. Mungkin gadis remaja atau wanita itu tidak tahu
mengenai kewajipan bertudung. Mungkin dia hidup di dalam satu budaya
atau famili yang tidak mengamalkan bertudung. Mungkin dia datang dari
keluarga yang melarangnya daripada memakai tudung. Mungkin dia belum
menerima "seruan" untuk bertudung. Mungkin keluarganya memang tidak
memahami, apa lagi mengamalkan tudung, atau keluarganya mempunyai
konflik atau memusuhi beberapa individu dalam hal begini. Dan pelbagai
macam kemungkinan, yang kita belum tahu.
Kekerasan dan
kata-kata sindiran yang menyinggung perasaan seseorang manusia akan
menyebabkan mereka yang tidak bertudung menjauhkan diri daripada wanita
yang bertudung. Yang paling kita takutkan ialah dia didekati oleh
mubaligh bukan Muslim. Jika mereka melihat sekeliling serta membuat
perbandingan lantas mendapati ada sesetengah golongan Muslim mempunyai
pandangan negatif terhadap yang tidak bertudung, memilih kasih, hanya
duduk dalam lingkungan kelompok bertudung saja, terlalu mudah menghukum
dan menilai, orang yang tidak bertudung itu tadi akan menjauhkan diri
dan tidak berminat untuk mendengar atau menyambut ajakan kita.
Kita
seharusnya menjadi sahabat mereka terlebih dahulu. Apa yang mereka
perlukan lebih segala-galanya ialah persahabatan. Kebanyakan remaja hari
ini merasakan diri mereka dipinggirkan dan tidak boleh bersahabat
dengan kedua ibu bapa mereka, mungkin kerana tidak boleh menerima
pandangan atau bercerita dengan mereka. Ini menyebabkan mereka mencari
alternatif lain iaitu dengan mencari hiburan bersama rakan mereka di
luar. Oleh itu, kita ada peluang keemasan untuk mendekati mereka. Kita
perlulah bersikap mesra, menunjukkan kasih sayang dan mempunyai
hubungan yang baik seperti kawan dengan golongan remaja, sama ada di
dalam sesebuah organisasi mahupun di dalam aktiviti kemasyarakatan.
Persahabatan bukanlah sekadar di bibir mulut saja. Tidak cukup hanya
sekadar mengatakan “saya suka awak, saya ambil berat terhadap awak,” .
Tetapi persahabatan yang sebenar dan prihatin timbul melalui kehidupan
bersama seseorang, dan berada di sisi apabila diperlukan, terutama
apabila remaja meghadapi konflik dan pancaroba.
KESIMPULANNYA:
- Janganlah kita gunakan kekerasan dan kata-kata sindiran yang boleh menyinggung perasaan gadis atau wanita yang tidak bertudung.
- Kita mesti jalin persahabatan yang baik dan mesra cara terbaik dan secara 'subtle' ajak mereka supaya bertudung.
- Kita jangan sekali-kali mengutuk atau menyindir mereka yang tidak memakai tudung.
- Kita harus beri sokongan moral kepada mereka yang masih mencari-cari identiti dan menentukan pendirian samaada hendak memakai tudung atau tidak.
9 Ulasan
hi acik..miya nak bgthu smtg, 4 me, tak salah andai kita nak tegur seseorang untuk membetulkan kesalahannya, sebab itu perkara yang harus, islam suruh kita selalu menyampaikan, pasal isu bertudung, nice and quite interesting...n for the others yg xbertudung tetapi Islam, dont blame them too much, tp kita berkawan dgn dia dan cuba bawa dia kearah yang lebih baik, kita kene tak semua orang dididik dgn baik, sebaik ibu bapa kita..mungkin ada faktor2 lain kenapa mereka macam tuh. apa2 pun miya nak bgthu, kenapa takde pon blogger yang nak tarik isu tanggungjawab seorang lelaki, aurat mereka dan attitude lelaki yang sekarang ni lebih biadap dari wanita, dan sebaliknya lebih suka buat fitnah?? ok. nice to meet u.