Ticker

6/recent/ticker-posts

Luahan Perempuan : Aku Buka Tudungku Kerana Dendamku Kepada Lelaki Yang Menolak Cintaku


 
Assalamualaikum 

Hai semua, hari nie acik mahu kongsikan sebuah kisah nyata masih seorang chatting di facebbok dengan acik, dan kisahnya ini di siarkan atas persetujuan tuan  punya badan dan semoga kita mendapatkan sedikit pengajaran..Mia mahu ceritakan something pada kamu..

PM : Assalamualaikum awak, awak nie pemilik blog akupenghibur.com yer ? saya dapat tahu blog nie dari rakan-rakan saya dan saya jadi obses untuk membaca kerana banyak maklumat yang dapatkankan bukan hanya duniawi tapi untuk persedia dunia selepas nie pon ada... Saya suka membaca di post awak di page awak amat menyentuh perasaan saya... Sebenarnya saya nak kongsikan sedikit masalah yang saya dah pendam terlalu lame nie ..

Acik :walaikumusalam,yer saya acik pemiliknya,. terima kasih kerana sudi membaca di sini dan almhmadulilah jika entry di blog ini amat berguna .Silakan kongsi masalah tu biarlah dia tidak menjadi bebanan untuk awak.Sebelum tu nama awak siapa yer .. belajar ke dah kerja ?

Mia : saya mia ,saya masih lagi belajar di sebuah universiti awam.Saya nak minta pendapat acik sebenarnya. Macam gini acik, Mia nie mempunyai kekurangan dari segi penampilan dan rupa paras. Mia bukan lah cantik macam orang lain, tak ada orang nak kan mia ni, mia rasa sunyi, ada kawan-kawan pon macam tulah tapi mia harap sangat dapat jumpa lelaki yang terima mia seadanya. Tapi kenyataannya takde walaupon itu mainan kata-kata lelaki dan ayat penyedap kepada kami yang punyai kekurangan. Mia pernah propose seorang lelaki dan menyatakan cinta mia pada dia tapi malangnya mia di hina dan di tolak dan dikutuk olehnya acik, apa salah ke mia jadi macam gini ? 

Acik : Allah menjadikan manusia ini sesempurna kejadian dan kita di hormati oleh seisi alam ni, Jangan terlalu merendah diri, lihat lah dari sudut positive.Allah tak pernah membezakan hambanya tapi hanya manusia yang membuatkan perbandingan tersebut. Acik tahu macam mane perasaan mia tu ,tapi ingatkan ALLAH akan persiakan permintaan hambanya sedangkann permintaan iblis yang derhaka itu pon ALLAH tunaikan apalagi kita.Tentang purpose tu mungkin caranya tidak kena, Zaman sekarang nie banyak halangan dan cubaan ,biarlah kita mencintai ALLAH sepenuh hati dan dia akan hantarkan seseorang selayaknya untuk kita.

Mia : Mia tahu tu semua acik,Mia hanya ingin di cinta dan mencintai seperti orang lain juga, Di sudut hati yang paling dalam mia mahu juga mempunyai kehidupan seperti mereka yang cantik-cantik dan di sayangi oleh lelaki yang ikhlas menerima mia.Mia rasa face up bila orang cakap soal jodoh nie.Lelaki tu pernah cakap dia tak suka perempuan yang pakai tudung kerana hipokrit dan rasa tak bebas bila keluar dengan pakai tudung nie. Dan akhirnya mia amik keputusan untuk buka tudung kerana rakan lelaki mia cakap mia kalau tak pakai tudung cantik.Mia mula menukar penampilan diriku. Tiada lagi kerudung di kepalaku. Mia mula mengenakan mini skirt yang menampakkan betisku. Make up yang tebal menjadi kesukaanku. Baru sekarang aku puas. Aku suka menjadi perhatian lelaki-lelaki berhidung belang di universiti. Sebenarnya mia pakai tudung pon kerana mak ayah , mereka marah bila tahu tak pakai tudung.. Bila mia buka tudung ramai pula yang nak berkenalan dengan mia.Hampir setiap hari juga, mia membuat temujanji keluar dengan mereka. Mia seronok dengan kehidupan yang bebas dan menjadi perhatian mereka. Walaupun kadang-kadang mia rasa sunyi, tetapi mia suka cara mereka melayan mia dan selalu ada untuk mia. Sebenarnya mia masih berdendam dengan lelaki tu dan buktikan bahawa aku pon boleh jadi seperti apa yang dia mahukan. Mia seronok dengan kehidupan sekarang.. tapi hati mia tak tenang...acik mia perlukan nasihat dari seseorang,jiwa mia kosong,dah lama mia tak solat,,tolonglah acik bagi semangat pada mia, adakah apa yang mia buat semua nie menjadi kesalahan ?

Mia : MasyaALLAH , mia kenapa perlu berubah hanya untuk melepaskan dendam pada seorang lelaki yang menolak cintamu dan sanggup buat hal sedemikian rupa, memang mia akan rasa geram pada lelaki tu , tapi dosa yang dapat bukan lelaki tu tapi mia kerana mendedahkan aurat dan sebagainya...
   
Dari itu Allah berfirman:
INNASY SYAITHONA LIL INSANI 'ADUWUNMUBIN

Sesunnguhnya Syaitan itu musuh manusia yang nyata,..
Surah Yusuf ayat 5

Dari itu, kita telah faham bahwasanya manusia telah sampai di akhir zaman, dan terdapat beberapa perkara yang tidak diingini berlaku, kerana Syaitan sekarang telah bergerak dgn "FULL-FORCE" ataupun "ALL OUT" untuk menyesatkan manusia sebelum tibanya hari Qiamat.

Satu contoh yang paling senang diingati adalah di suatu perlawanan bolasepak diperingkat WORLD CUP FINAL, yang mana pertandingan sengit itu berterusan selama 90min, yaitu 45min di 1st half, dan 45min di 2nd half.Kita melihat bahawa kedua-dua pihak bermain bersungguh-sungguh, tetapi pada minit ke 80 atau 10min yang terakhir, masing-masing semakin gigih menyerang untuk mendapatkan jaringan GOL kemenangan pasukan masing-masing.Begitu lah kalau hendak dicontohkan sebagaimana syaitan bersungguh-sungguh dan gigih untuk mencapai GOL mereka yaitu, MENYESATKAN MANUSIA DAN MENARIK MEREKA KE NERAKA.

Kita tidak tahu bila akan Qiamat, mungkin besok, mungkin lusa, mungkin setelah anda baca Blog ini... ? Allah lah yang Maha mengetahui setiap sesuatu. Tetapi, apa yang telah kamu siap kan diwaktu hidup kamu? melakukan maksiat ? mendedahkan aurat ? pergaulan bebas ?




Mia dekatkan diri kepada ALLAH kembalilah ke jalanNya, Carilah teman yang mampu buatkan mia berubah hati dan tinggalkan mia yang berubah hanya semata-mata kerana dendam..Buat solat taubat nasuha dan jika mahu tenang hatinya berzikirlah dan menyebut nama ALLAH... insya ALLAH akan tenang,.. dan rintihlah pada ALLAH melalui doa nyatakan apa yang terpendam di hatimu dan laksanakan solat sebagai tuntutan kamu seorang islam.

Hidup ini penuh liku
Yang membuatku bimbang
Memilih jalanku
Harus kemana
Aku langkahkan
Berilah hidayahMU
Aku yang telah berdosa
Diselimuti kesalahanku
Ampunilah aku Tuhan
Terimalah Tobatku

Catat Ulasan

3 Ulasan

Hana berkata…
semoga mia berubah kembali..Mia sunyi jadi dia perlukan kawan-kawan yang dapat membantunya. Terima kasih Acik kerana sedikit sebanyak memberi ruang untuk mia meluahkan perasaan

p/s : Macam hana pulak jadi mia.huhu
Akupenghibur.com berkata…
amin mudah-mudahan ^_^
Siapa Tahu Aku berkata…
setiap yang berlaku itu ada hikmah disebaliknya.