Assalamualaikum
MEMANG tiada siapa pun dapat menduga bila saat kematian mereka
akan tiba. Sebab itu ramai yang masih leka dan tiada persediaan
‘menanti’ saat kematian mereka.
Allah berfirman yang
bermaksud: “Setiap yang hidup akan merasai mati, dan Kami menguji kamu
dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu
akan kembali.” (Surah al-Anbiyak ayat 35) Tahukah kita bahawa malaikat
maut sentiasa merenung serta melihat wajah seseorang itu 70 kali dalam
sehari? Andainya manusia sedar hakikat itu, nescaya mereka tidak lalai
mengingati mati.
Oleh kerana malaikat maut adalah makhluk
ghaib, manusia tidak dapat melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak
menyedari apa yang dilakukan malaikat Izrail.
Hadis Nabi
s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a bahawa Rasulullah
s.a.w bersabda yang bermaksud: “Bahawa malaikat maut memerhati wajah
manusia dimuka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang
merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa.
Maka berkata Izrail:
‘Alangkah
hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah untuk
mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak
ketawa.’”Justeru, tidak hairanlah, jika ramai manusia yang masih mampu
lagi bergelak sakan dan bersenang-lenang seolah mereka tiada masalah
yang perlu difikirkan dalam hidup. Takdirnya esok hari terakhir Allah
‘pinjamkan’ nyawa kepada kita untuk bernafas di muka bumi ini adakah
kita sudah cukup bekalan bagi menghadapi dua fasa berikutnya iaitu alam
barzakh dan alam akhirat?
Tiada seorang pun di dunia ini
dapat menggambarkan bagaimana perasaan dan pengalaman mereka menghadapi
saat kematian.Ajal tidak mengenal sesiapa sama ada mereka itu tua, muda,
sihat, kaya ataumiskin.
Rasulullah s.a.w juga menjelaskan
dalam hadisnya bahawa kesakitan ketika hampir mati itu seperti ditetak
100 kali dengan pedang tajam atau seperti dikoyak kulitnya dari daging
ketika hidup-hidup.
Bayangkanlah betapa sakit dan
dahsyatnya saat menghadapi kematian. Kalau hendak diikutkan siapa yang
hendak nyawanya dicabut dalam keadaan yangamat menyeksakan.
Maka amat beruntunglah sesiapa yang matinya dalam keadaan khusnul khatimah (kebajikan).
Salman
Al-Farisi meriwayatkan hadis Nabi s.a.w yang bermaksud: “Perhatikanlah
tiga perkara kepada orang yang sudah hampir mati itu. Pertama: berpeluh
pada pelipis pipinya; kedua: berlinang air matanya dan ketiga: lubang
hidungnya kembang kempis.
“Manakala jika ia mengeruh
seperti tercekik, air mukanya nampak gelap dan keruh dan mulutnya
berbuih, menandakan menandakan azab Allah sedang menimpa dia.” (Hadis
riwayat Abdullah, al-Hakim dan at-Tarmizi)
Kematian ‘menjemput’ manusia secara perlahan-lahan atau beransur-ansur mulai daripada jasad, hujung kaki kemudian ke paha.
Bagi
orang kafir pula, apabila nyawanya hendak dicabut Izrail, wajahnya akan
menjadi gelap dan keruh dan dia mengeruh seperti binatang yang
disembelih.
Itu pula tanda azab yang diterimanya disebabkan dosa dan kekufuran mereka.
Al-Qamah
bin Abdullah meriwayatkan hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Bahawa roh orang mukmin akan ditarik oleh Izrail dari jasadnya dengan
perlahan-lahan dan bersopan sementara roh orang kafir pula akan direntap
dengan kasar oleh malaikat maut bagaikan mencabut nyawa seekor khimar.”
Allah
juga turut menimpakan seorang Muslim yang berdosa itu dengan kekasaran
ketika mereka menghembuskan nafasnya yang terakhir sebagai kaffarah
dosanya.
Mungkin ada juga orang kafir yang mati dalam
ketenangan mungkin kerana ketika hidupnya dia berbuat kebajikan dan itu
adalah balasan terhadapnya kerana setiap kebajikan pasti akan dibalas.
Tetapi kerana tidak beriman, ia tidak menjadi pahala kebajikan dan kekufurannya tetap diazab pada hari akhirat kelak.
Rasulullah
s.a.w bersabda yang bermaksud: “Apabila telah sampai ajal seseorang itu
maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil
dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak
kakinya sehingga sampai ke lutut.
“Setelah itu datang
pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga
sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan
malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke
dada dan kemudiannya mereka keluar.
“Dan akhir sekali
datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya
hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang
itu.”
Malaikat Izrail menjalankan arahan Allah s.w.t
dengan sempurna. Dia tidak diutuskan hanya untuk mencabut roh orang
sakit saja ataupun roh orang yang mendapat kecelakaan dan malapetaka.
Kematian
mungkin berlaku kerana sebab bencana seperti gempa bumi, banjir,
kebakaran dan ada juga yang matinya disebabkan kemalangan, diserang
penyakit berbahaya seperti kanser, jantung, Aids, denggi dan taun.
Seorang
yang sedang sakit tenat, menjadi rahmat yang tinggi nilainya kerana
Allah masih memberi peluang supaya mereka sedar akan kesilapan yang
mereka lakukan selama hidup di dunia.
Maka waktu itu
mereka masih berpeluang bertaubat dari dosa dan kesilapan. Begitu juga
halnya dengan orang mati mengejut disebabkan kemalangan. Ia memberi
pengajaran dan peringatan kepada mereka yang masih hidup supaya
berhati-hati dan tidak lalai berusaha untuk memperbaiki diri.
Justeru,
bagi mereka yang masih diberikan nikmat kehidupan perlu sentiasa
mengambil iktibar terhadap segala yang berlaku. Allah menjadikan sebab
kematian itu bagi memenuhi janji-Nya kepada malaikat maut.
Saidina
Abbas meriwayatkan dalam sebuah hadis antara lain menerangkan malaikat
Izrail berasa sedih apabila ditugaskan mencabut roh makhluk bernyawa.
Ini
kerana antara makhluk bernyawa itu adalah termasuk manusia yang terdiri
daripada kekasih Allah iaitu Rasul, nabi, wali dan orang soleh.
Malaikat maut mengadu kepada Allah betapa dirinya tidak disenangi keturunan Adam
a.s.
Dia
mungkin dicemuh kerana mencabut roh manusia yang mana menyebabkan orang
berduka cita akibat kehilangan orang tersayang dalam hidup mereka.
Justeru,
jika seseorang Muslim itu meninggal dunia, beberapa langkah penting
perlu dilakukan seperti menempatkan jenazah di tempat yang sesuai
sebagai menghormatinya, sunat meletakkan keadaan kakinya menghala ke
arah kiblat, tanggalkan pakaian berjahit, tutupkan jenazah dengan
sehelai kain nipis ke atas seluruh jasadnya, rapatkan kedua-dua belah
matanya dan mulutnya, letakkan kedua-dua tangan jenazah di atas dadanya
sebagaimana dalam keadaan qiam (berdiri) ketika solat, letakkan sesuatu
yang sederhana berat di atas perutnya seperti gunting dan pisau serta
sunat bagi yang hidup mencium jenazah.
Umat Islam dilarang
mengaitkan kematian seorang Muslim itu dengan tanda tertentu. Itulah
yang menyebabkan umat Islam semakin mundur kerana terlalu banyak
mempercayai perkara khurafat dan tahyul.
Jika ada kematian
seperti kemalangan contohnya kita ditegah untuk bertanya kepada waris
apakah perbuatan ganjil yang dilakukan sebelum kematiannya.Tiada siapa
pun dapat mengelak daripada mati melainkan Allah dan kematian tetap akan
datang tepat pada masanya.
Apabila sampai ajal seseorang,
umat Islam digalakkan memberi nasihat kepada keluarga si mati supaya
bertenang dan banyakkan bersabar.
Islam menegah amalan
keterlaluan seperti menjerit dan meratapi kematian. Mereka yang masih
hidup peluang perlu dimanfaatkan dengan memperbaiki keadaan diri yang
ternyata banyak melakukan kesilapan dan kesalahan.
Tiada
daya atau usaha yang boleh menyelamatkan kita daripada kematian.Kematian
menjadikan hati manusia menjadi sedih serta berpisah dengan keluarga
tercinta. Hanya amalan soleh saja akan membawa kita bertemu Allah.
0 Ulasan