Assalamulaikum
Bernafas
dan bernafas setiap detik dan saat. Tanpa sedar, masa juga
bergilir-gilir datang dan pergi. Jam demi jam. Hari demi hari. Minggu
demi minggu. Kini sampai setahun jua, calendar pun menggantikan
tarikhnya. Menjelma lagi tahun baru mengikut kiraan bulan Islam. Hari
ini masuk tahun baru Hijrah.
Teringat ketikaku di sekolah agama setiap tahun mesti akan menyambut maal hijrah , dan setiap itu bermacam aktivitivi yang akan di lakukan.. Tapi adakah benar mereka memahami pengertian maal hijrah tu. Dan aku rasa hiba bila melihat keadaan di kotaraya yang menjadikan malam di pada maal hijrah di sambut dengan pekara yang bukan-bukan
Ku renungi ke luar jendela, merenungi kebesaran ciptaan ALLAH dan aku lihat cuaca sentiasa berubah ,kadang hujan, kadang mendung, kadang panas terik.. Adakah iman aku juga begitu. Sambil itu aku mendengar lagu untuk menghiburkan hati yang lara ini.Bila ku dengar irama dan lagunya seiring dan beralun, adakah begitu juga imanku yang sentiasa beralun dan turun naik??
Di samping itu pelbagai hal buatkan aku terkejut dengan kejadian yang sangat memilukan.. sahabat tikam sahabatnya sendiri dari belakang. Mudah-mudahan semua ini ada hikmah yang berlaku.
Ya ALLAH seandainya hati ini masih jauh darimu kau dekatkan kerana aku tak sanggup berjauhan denganmu. Ya ALLAH kau peganglah erat hatiku, kau tambahkan keimananku agar aku tak menjadi manusia yang leka dek dunia saje,Seimbangkan aku dengan dunia dan akhirat. Alllahuakhbar!! berilah kekuatan agarku mampu harungi hari-hari yang berlalu dengan penuh kesabaran..
FirmanNya yang bermaksud:
“Dia
memberikan hikmah kepada sesiapa yang DIA kehendaki. Barangsiapa diberi
hikmah, sesungguhnya dia telah diberi kebaikan yang banyak. Dan tidak
ada yang dapat mengambil pelajaran kecuali orang-orang yang mempunyai
akal yang sihat.” (Al-Baqarah:269)
Ku
renung-renung lagi. Ku amati ayat itu. Ya. Dengan sepotong ayat itulah
ku mendapat aspirasi. Kerana ayat itu, terlalu luas dan mendalam
maknanya untuk dihayati, hanya benar-benar dirasai oleh orang yang ingin
mengerti dan memahami di sebalik maksud setiap patah kalam Ilahi.
Sesungguhnya, setiap peristiwa yang berlaku. Setiap cerita yang silih berganti. Datang dan pergi. Meninggalkan pelbagai corak dan kesan yang tersendiri. Seperti sebuah kanvas lukisan, yang diconteng-conteng, kemudian menjadi sebuah lukisan yang tersendiri. Punyai nilai dan maksudnya yang tersendiri jua.
Dan setiap perkara yang terjadi, pasti punyai hikmah yang tersembunyi. Itu yang sentiasa ku pesan pada hati. Pesan pada iman. Ingin sentiasa mencari-cari hikmah itu. Tidak ingin menjadi insan yang senantiasa mengeluh, berkeluh-kesah serta menyoal pula segala kerja dan takdiran yang Esa sedangkan setiap takdiran yang ditetapkan itu sebenarnya DIA ingin memberikan sesuatu pengajaran. Inginku mempelajari pelbagai hikmah kerahsiaan Tuhan.
Hanyaku ku pinta setiap apa yang berlaku ini , biarlah menjadi tauladan kepada diriku, mencari ketenangan hidup,mencari jalan keluar dari segala kegusaran. Hati ini mungkin bukan untuk di permainkan dan bukan juga untuk di sakiti. Aku akan cuba cari di mana silapnya..
Kepada pembaca semua,acik nak ucapkan salam maal hijrah kepada kamu semua,Semoga tahun ini lebih bermakna dari tahun sebelumnya..Semoga kita ada sedikit ikthibar dari penghijrahan yang Rasullulah telah lakukan.Serta marilah kita lakukan penghijrahan dalam diri kita sendiri.
0 Ulasan