Assalamu’alaikum
~Bismillaahirrahmaanirrahim
Sepertimana
yang kita ketahui, jodoh pertemuan dan ajal maut semuanya telah
ditentukan Allah SWT. Untuk mendapat jodoh, kita juga harus berusaha
selepas bertawakal kepada Allah SWT.
Salah satu usaha
yang dianjurkan ialah dengan bertemu bomoh yang menganjurkan mandi
bunga. Bomoh ini kononnya mengamalkan ayat-ayat Al-Quran tetapi mandi
bunga ini tetap juga dianjurkan. Betulkah di dalam perubatan Islam itu
terdapat mandi bunga? Apakah hukumnya jika mengamalkan mandi bunga ini?
Apakah
hukumnya jika si anak tidak mahu melakukan mandi bunga ini dan
menyebabkan kemarahan kedua ibu bapanya yang niat mereka hanya untuk
kebaikan anak mereka?
Mandi air bunga yang diamalkan dalam
perubatan Melayu sekarang tidaklah menjadi kesalahan selagi tidak
diiktikadkan yang ianya boleh mendatangkan sesuatu kemudaratan atau
boleh mendatangkan sesuatu kemanfaatan, kerana kuasa berbuat demikian
hanya ada pada Allah SWT sahaja.
Mandi air bunga bukanlah
perubatan Islam yang Rasulullah sarankan kepada para sahabat yang tidak
menemui jodoh. Perkara ini tidak pernah berlaku di zaman Baginda.
Ianya
hanya datang dari tradisi perubatan orang-orang Melayu, yang mana
kesahihannya bergantung kepada sejauh mana penggunaannya tidak
bercanggah dengan ajaran Al-Quran dan Al-Hadith. Jika bercanggah
hendaklah dijauhkan.
Bagi kes di atas, seseorang itu
dipaksa mandi air bunga kerana kononnya sebagai mendekat jodoh, tetapi
ia enggan berbuat demikian sedangkan ibunya memaksa ia berbuat
demikian. Yang terlibat hendaklah berbuat demikian jika difikirkan
kemudaratan tidak berbuat demikian lebih besar dari kemudaratan ia
mandi air bunga tersebut.
Seeloknya perempuan yang
terlibat perlu membaca setiap hari surah Yusuf dan menunaikan solat
hajat, mudah-mudahan Allah SWT menganugerahkan kepadanya jodoh yang
sesuai dengannya, Insya Allah.
4 Ulasan