Wow excited tadi baru lepas bertanding untuk SAF (Sukan antara fakutlti) wakil mascom jer hahaha seronok sangat kerana pertama kali masuk bertanding di uitm . Now acik hare something kepada kamu semua.Diam itu lebih baik.. Jadi, acik
mengambil peluang untuk berkongsi serba sedikit tentang cinta dan bagi
acik, andai kita mencintai seseorang maka, diamkan lah..serahkan
segala-galanya kepada ALLAH.
Jika diri mu
jatuh cinta maka diamkanlah,kerana syaitan cuba menyelinap masuk
untuk jadikannya cinta bernafsu.Jika dirinya, bukan untuk mu,
redhailah kerana ALLAH pasti menyediakan seseorang yang lebih beriman
untuk mu. DIAM ITU LEBIH BAIK..
Diam ku...bukan kerana membenci kehadirannya..tetapi ingin menjaga kesuciannya...Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui...
Kita
diam bukan bermakna kita membenci sesuatu, tetapi mungkin kita ingin
menjadikan ia lebih baik. Pernahkah kita terfikir, jika kita hanyut
dalam cinta tanpa ikatan yang sah, ia bakal menjadi satu masalah untuk
kita kerana kita sentiasa bergelumang dengan dosa. Apakah yang akan
berlaku pada rumahtangga kita? Anak-anak kita?
Adakah kalian masih ingat tentang kisah cinta antara Saidina Ali & Saiditina Fatimah Az-Zahra? Kedua-dua mereka menyimpan perasaan antara satu sama lain, tetapi mereka lebih memilih untuk mendiamkan hal ini dari pengetahuan orang lain. Dengan izin, ALLAH s.w.t, mereka berdua telah di satukan dengan ikatan yang sah.
"Dinikahi
wanita itu kerana empat perkara; kerana hartanya, keturunannya,
kecantikkannya dan agamanya. Maka pilihlah dalam hal keagamaannya.
Nescaya beruntunglah kedua-dua tanganmu."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)...
"Wahai
kaum pemuda, siapa saja diantara kamu yang sudah sanggup untuk menikah,
maka menikahlah, sesungguhnya menikah itu memelihara mata, dan
memelihara kemaluan, maka bila diantara kamu belum sanggup untuk
menikah, berpuasalah, karena sesungguhnya puasa tersebut sebagai
penahannya ” (Hadist)
Ramai yang berkata, kalau kita diam,
macam mana si dia nak tahu, tentang perasaan, kita?.Ingat, setiap apa
yang berlaku di dunia ini, semuanya telah di aturkan oleh ALLAH s.w.t.
Jangan risau jika mereka tidak tahu tentang perasaan kalian, tapi
risaulah andai diri mu, tidak berupaya untuk menepis dan mengawal
perasaan tersebut terhadap seseorang yang tidak halal bagi diri mu.
Jika
benar cinta itu karena Allah maka biarkanlah ia mengalir mengikuti
aliran Allah karena hakikatnya ia berhulu dari Allah maka ia pun
berhilir hanya kepada Allah...
Tapi, ingatlah…Cinta ALLAH,
adalah Cinta yang kekal abadi.. Kejarlah cinta ALLAH dahulu kerana kita
pasti tidak akan kecewa andai kita berjaya mencintai ALLAH dengan
sepenuh hati. Bagaimana kita hendak mencintai seseorang andai kita tidak
berusaha untuk kenal dan cintai Sang Penciptanya.
Banyak
lagi tugas kita di dunia ini terhadap agama kita. Jangan di sebabkan
terlalu mengejar cinta manusia, tugas sebagai seorang pendakwah juga
kita tidak peduli. Jangan terlalu asyik dengan kehidupan dunia kerana
itu hanyalah sementara. Utamakan akhirat, kerana ia akan kekal abadi.
Jika betul-betul sudah bersedia maka kahwinlah..
Post ini
adalah untuk peringatan bersama terutamanya untuk diri ini. Semoga kita
semua sentiasa di lindungi oleh ALLAH. Jangan pernah kecewa jika kita
pernah putus cinta tapi jadikan ia sebagai pengajaran dalam hidup kita.
Berusahalah untuk menjadi hamba yang sempurna di pandangan ALLAH bukan
di pandangan manusia.
Untuk Hawa
Apabila, lelaki
mengatakan diri mu, seorang yang sombong, itu lebih baik kerana itu
menandakan diri mu, sukar untuk di dekati dan kamu telah berusaha untuk
menjaga diri mu dan dirinya jua.
Untuk Adam..
Mereka
sombong kerana mereka ingin menjaga pergaulan mereka, dan mereka
berusaha untuk menghindari dirinya serta diri mu, bergelumang dengan
dosa. Bersyukurlah kerana dia, anda terselamat dari melakukan dosa.
Hormatilah keputusan mereka dan jagalah mereka mengikut peraturan yang
telah di tetapkan di dalam ISLAM.
11 Ulasan
Suka ni.
InshaaAllah, sy sedang melakukan jihad hati
entry yg sgt best