Assalamualaikum
Hai semua, memang seronok berada di kampung halaman. Bila bangun pagi-pagi ada mak, dan ada ahli keluarga yang lain memang seronok. Semalam ada yang berkata dengan acik, kenapalah dia tak ada jodoh lagi?? kenapalah lambat sangatlah ..so meh acik beritahu beberapa hal kepada kamu.
Jodoh itu rahsia Allah. Sejauh dan sedalam manapun kamu
fikirkan, ia tetap menjadi satu misteri yang tidak mudah diungkapkan.
Kerana sudah ketetapan Allah yang menciptakan manusia dengan akal
fikiran yang amat terbatas.
Namun itu tidak bermakna kamu hanya perlu mendiamkan
diri menanti saat hadirnya jodoh itu. Atas ikhtiar dan kudrat yang
telah Allah kurniakan memandu kamu dalam menemui cinta sejati.
Berusahalah di samping bertawakal kepada Allah kerana sesungguhnya kamu
sebagai makhluk hanya mampu merancang dan Allah yang menentukan
pengakhirannya.
Bukan Allah tidak tahu kesungguhan kamu bangun di tengah
malam untuk mengadu padaNya. Bukan Allah tidak tahu betapa perit dan
derita yang kamu tanggung. Bukan Allah tidak tahu betapa bersungguhnya kamu berusaha mencari yang terbaik.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. Yakinilah bahawa Allah tidak
akan menguji seseorang itu melampaui kemampuan hambanya. Mungkin hari
ini Allah telah menguji anda dengan merasai kekecewaan namun siapa tahu
pada esok hari kebahagiaan yang kekal abadi.
Hanya Allah yang tahu. Bersabar dan bersolat kepada Allah kerana sesungguhnya hanya Allah yang tahu apa yang terbaik untuk sekalian hambanya. Tidak ada apa yang lebih membahagiakan selain mendapat rahmat dari Allah. Apabila tiba saat jodoh itu datang kepadamu, sambutlah dia dengan hati terbuka dan jangan sesekali melepaskan ia pergi.
Tidak mengapa jika sudah banyak kali anda merasai kepedihan dan kekecewaan hidup dalam mencari pasangan hidup. Namun, jangan sesekali berputus harap. Ingatlah bahawa sesungguhnya janji Allah itu benar.
10 Ulasan