Assalamualaikum
Hai semua, hari nie last event di subang dan alhamdulilah rezeki ALLAH berikan pada acik. Tapi sedang acik handle program acik terfikir satu hal yang yang realitinya memang tak masuk akal .Orang dulu memang jaga segala yang ada tapi sekarang nie orang suka membuka aib sendiri tanpa rasa segan dan silu. Bila dah jadi hot isu mulalah kata itu kena hacklah dan sebagainya.. Kena ingat kita hidup ini ALLAH dah tutup aib kita dengan dosa -dosa yang kita buat tapi kita pula nak mendedahkankannya.
Kerana populariti murahan, anda murahkan diri tampil bergaya tanpa maruah diri.
Tidak kiralah samada dalam bentuk gurauan, sarcarsme dan sebagainya. Aib tetap aib. Buka aib sendiri adalah perbuatan tercela dalam Islam.
Tak payah nak jadi femes sangatlah. Firaun pun femes, Qarun pun femes, tapi ke mana akhirnya mereka bila femes dengan kemurkaan Allah? Neraka.

Firman Allah yang bermaksud:
"Allah tidak menyukai ucapan buruk (yang diucapkan) dengan terus terang kecuali oleh orang yang dianiaya . Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (QS Al-Nisa' ayat 148)
Ruj: Tafsir Fi Zilalil Quran Jil.3, ms 120-123
6 Ulasan
btw follow here
jgnlah guna akal yg singkat bdk2 skarang ni..
dunia ohh dunia...