Assalamualaikum
Ketika ini ,saat ini acik rasa benda yang sama , pekara yang sama yang pernah acik lalui 5 tahun yang lepas. Tarikh inilah yang memberi kesan sepanjang hidup acik. Ada kawan acik cakap , pekara lama kenapa nak ingat lagi ??
Sebab pekara inilah yang jadikan acik lelaki yang lebih tabah dan belajar menerima kepahitan dalam hidup.Sebenarnya hari ini adalah tarikh di mana dia tinggalkan acik untuk lelak lain. Kalau ikutkan mulut memang tak mahu kata lagi tentang semua ini , tapi hati ini selalu mengingati saat ini dan ketika ini. Dia memang cinta pertama yang ALLAH berikan pada acik untuk mengenal erti cinta yang manusia cari selami ini. Sepanjang acik kenal dia, dia adalah perempuan yang baik dan acik tak pernah sekali pon sentuh dia dan dia amat menjaga pergaulan.. Tapi ALLAH uji kami dengan munculnya orang ke tiga iaitu kawan baik acik sendiri. Dan dia tinggalkan dengan alasan awak terlalu baik untuk saya.
Mungkin masa itu, acik akan sedih dan rasa kehilangan tapi saat ini, tak lagi sebab acik belajar menerima takdir bahawa dia bukan di takdirkan untuk acik. Sebenarnya hari ini acik taip entry nie bukan untuk mengaibkan dia. tapi acik nak ucapkan ribuan terima kasih kepada kamu hidayahtul aisyah. Kerana kamu telah berikan pengalaman dan pengajaran dalam hidup ini, Suatu ketika dulu acik study hard juga kerana kamu sentiasa bagi semangat pada acik, dan sekarang acik cuba mengejar cita cita tu .
Terima kasih sekarang acik lebih berani untuk jadi diri sendiri, acik mampu terima apa jua dugaan dan perasaan yang acik rasa. Acik lebih menghargai hidup ini dan orang yang ada di sekeliling . Acik menjadi seorang yang tabah dan banyak lagi.
Kalau kamu tak wujud dalam hidup ini mungkin acik tak jadi sekuat ini, yup belajar mengikhlaskan sesuatu itu amat sukar tapi bila benar- benar kita ikhlaskan maka kita akan rasa nikmatnya.
“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami
pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan
jadikanlah kami pemimpin orang-orang bertaqwa” (Al-Furqan 25:74″)
11 Ulasan