Assalamualaikum
Hai semua, sebenarnya sekarang nie acik sedang cari kekuatan untuk diri sendiri.. Yelah nak berhadapan dengan hari-hari yang tidak tahu apa yang akan terjadi..Hanya ALLAh tahu segalanya ..Dan tadi acik ada buka youtube dan dengar ceramah dari seorang uztaz nie tentang cinta ..dan tiba-tiba ustaz nie ada menyentuh tentang Sebab Kenapa Hawa Dicipta Ketika Adam Sedang Tidur. Honestly acik baru tahu dan acik nak kongsikan sedikit kepada kamu semua ^_^
Dikatakan bahawa seorang lelaki jika kesakitan, maka dia akan
membenci. Sebaliknya wanita saat dia kesakitan, maka semakin bertambah
sayang dan cintanya.
Seandainya Hawa diciptakan dari Adam 'alaihissalam saat Adam terjaga,
pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga
dia akan membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia
tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa.Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, dia
melihat kematian ada dihadapannya, akan tetapi semakin bertambah sayang
dan cintanya kepada anak yang dilahirkannya, bahkan dia akan menebusnya
dengan kehidupannya.
Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu (jantung, hati nurani).
Oleh kerana itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Oleh karena itu Hawa
diciptakan dari tempat yang nantinya akan berinteraksi dengannya.
Sementara Adam diciptakan dari tanah, kerana dia akan berinteraksi
dengan tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan
tukang kayu.
Adapun seorang wanita, maka akan berinteraksi dengan perasaan, dengan
hati. Dia akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih, seorang saudari
yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang isteri yang
penurut.
Kedokteran modern telah menetapkan bahawa seandainya bukan kerana tulang
rusuk tersebut pastilah pukulan yang paling ringan yang diberikan
kepada jantung akan menyebabkannya rosak dan menuju kepada kematian.
Maka Allah menciptakan tulang rusuk tersebut untuk menjaga qalbu.
Kemudian Dia menjadikannya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang
kedua. Oleh kerana itu, wajib bagi Hawa untuk berbangga kerana dia
diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok!!
Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok
tersebut, sebagaimana yang dikabarkan oleh Nabi saw, jika seorang
laki-laki berusaha meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta,
maka dia akan mematahkannya.
Yang dimaksud dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada
diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.
Maka wahai Adam, janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu.
4 Ulasan