Assalamualaikum
Hai semua , sedang khusyuk acik siapkan diri untuk presentation untuk recorded speech nie..rasa gemuruh dan mengigil.Tapi tengah memikirkan masalah tersebut tiba-tiba dapat email dari seseorang yang mahu di kena sebagai aiman. Memang susah lelaki mahu kongsikan cerita tapi apa pon acik cuba jgk balas dan dia minta pendapat acik
Aiman : Assalamualaikum acik, maaf sangat mengangu ,aku sebenar tak tahu nak sharekan pada siapa, nak pada kawan jadi bahan lawak dieorang jer. Aku rasa dengan ko aku percaya...
Acik: Walaikumusalam ,aiman is okey lebih baik luahankan daripada terpendam sebab akan menjadi seperti barah dalam hidup kita,.
Aiman : Macam gini acik, ayah aku kawin 2 , aku tak pernah kenal rasa apa itu kasih sayang seorang ayah, aku dengan dia macam musuh, dari kecik aku memang tak rapat dengan ayah aku sebab dia tak pernah nak amik tahu tentang aku dan adik beradik aku. Aku sayang dia acik tapi , dia tak pernah nak luangkan masa dengan kami adik beradik. dia lebihkan pihak yang sebelah sane saje.. bukan tuduhan melulu tapi ini kenyataannye. Kau tahu acik, aku jelous bila tengok orang lain boleh bergurau senda dengan ayah mereka, boleh main bola bila waktu petang pergi memancing sama-sama.Kalau ikut ego aku ,aku tak kisah semua tu,. tapi paling aku sedih bila adik perempuan tanya pada umi aku, " umi kenapa ayah tak pernah sayang sarah ?? apa salah sarah ?? kalau dia sayang sarah kenapa dia tak pernah nak amik tahu pasal sarah .. umi aku menagis aje acik, aku pernah bergaduh pasal nie dengan ayah aku... tapi yang aku dapatkan hanyalah kehampaan saje..aku kecewa betul acik .. Selama 20 tahun aku hidup aku tak pernah tahu apa itu kasih sayang seorang ayah...terima acik sudi siarkan masalah aku kat blog ko..
Acik: ermm mungkin masalah hidup kita lebih kurang sama.. tapi aiman acik minta satu pekara penting yang aiman kena buat ialah jangan pernah berhenti doakan dalam solat semoga hati ayah di lembutkan dan sedar bahawa yang di buat itu juga melukakan hati anak-anak.. Acik tahu apa yang aiman rasa.. Tapi yakinlah ALLAH tak akan pernah persiakan kita hambanya dan ALLAH itu maha adil...
Tak salah nak poligami, silakanlah!!! Tetapi, tepuk dada tanya iman, tanya kemampuan? Bolehkah berlaku adil? Adil bukan persamaan atau sama rata tetapi yang bertepatan, sesuai dan munasabah. Kalau isteri pertama ada anak lima dan isteri kedua ada anak dua, tak bererti isteri kedua perlu dapat rumah yang punya enam bilik sama seperti isteri pertama. Kalau isteri pertama suka barang kemas dan isteri kedua suka zhulian saja, tak perlulah belikan untuk isteri kedua emas juga sebab dia tak suka. Menunaikan hak-hak tersebut barulah dikira melaksanakan maksud adil.
Antara syarat untuk berkahwin lagi juga adalah perkahwinan yang
bakal berlaku tidak memberikan masalah kepada perkahwinan sedia ada.
Masalah yang ditakrifkan melalui kebanyakan kes permohonan poligami
ialah masalah dari segi kos sara hidup, kasih sayang dan emosi.mampu
bukan sahaja dari segi tenaga batin atau seks ataupun kemampuan harta,
sebaliknya kemampuan anda untuk memberikan sepenuh perhatian dan kasih
sayang kepada para isteri dan anak-anak. Paling penting, MAMPU MENGAWAL
EMOSI ISTERI-ISTERI ANDA.
Dan acik merayu sangat kepada anda semua , fikirkan lah perasaan anak-anak nie, kami juga ada hati dan perasaan , kami perlukan hak kami sebagai seorang anak, jangan abaikan anak-anak ,sokongan dari ibu dan ayah kami perlukan untuk kekuatan kami hidup di dunia ini.. Jadikanlah Rasullulah contoh yang terbaik dalam poligami kerana baginda adalah sebaik-baik contoh. tauladan..Jangan kata poligami itu tak menjamin kebahgiaan ,.., tengok ustaz azhar idrus dan beberapa contoh lain yang berpoligami,.mereka bahagia . Jadi fikir-fikirlahlah lelaki.. Tepuk dada tanya iman..Bukan tanya ego dan nafsu
3 Ulasan
hmmmm... byk faktor kena pk. poligami ni... kita kena pandai. mmg kena tepuk dada tnyalah hati.