Assalamualaikum
Wahhh hari nie acik lebih bersemangat untuk berblog sebab alhamdulilah dapat sokongan dari kawan-kawan. Terima kasih sangat kerana sudi membaca di blog acik nie. Rasa nak berguling-guling bila semalam catatan pageview yang paling tinggi sepanjang acik berblog nie ..Okey -okey berbalik kepada cerita yang acik nak sampaikan nie..Hahaaha gambar di atas kemain lagi, itu cari di google saje
Honestly acik kata bahawa, remaja, orang dewasa mahupon kanak-kanak 1 hari akan habis mungkin 5 jam sehari untuk melayari internet mungkin lebih dari itu pon ada. Kadang-kadang macam acik sendiri sudah menjadi habit atau satu hobi yang baru bila bangun tidur saja , first thing yang akan acik lakukan , adalah check blog, facebook dan twitter. Itu mesti.. Hahahaha.Memang hebat betul kan , benda alah nie dapat buat hidup kita tak keluar rumah pon tak pe janji online . Dan kadang melalaikan jugak ..adehhh
Pernah tak kalau online berjam jam di hadapan computer, tak ingat nak makan, tak ingat janji dengan kawan ,kadang tak ingat nak mandi dan macam-macam lagi lah.
Hampeh semalam ada kawan acik post di facebook ,ayat dia lebih kurang macam gini.. Sekarang nie kadar kegemukkan di malaysia semakin berkurangan , kerana semua orang akan melayari internet terutama facebook dan twitter tanpa menghiraukan nak makan , sebab isteri aku pon sibuk berfacebook saje sampai masak untuk aku pon lambat.. so aku yang makin kurus
Hahaha sebenarnya memang pon, bila seseorang dah obses untuk melayari internet macam dah tak ingat dunia, mula-mula acik macam gitu jugak tapi kawal lah perasaan tu , Tapi acik setuju , bila kita online facebook, twitter dan sebagainya, time makan pon tak manage dan segala perkejaan juga mungkin tertangguh.
Ingat bila kita online berlebihan akan dapat side effect yang kita tak ketahui .So berpada-padalah online facebook, twitter, blog tu, lakukan tanggungjawab kamu sebagai seorang student, ibu,isteri , pensyarah dan sebagainya, ada masa barulah online yer... Hahahah yang penting berat acik turun 3 kilo sebab tak makan sangat bila online facebook,twitter dan blog .hahahahha sebabnya acik malas nak makan. Sedang cuti sem macam ginilah gayanya.
12 Ulasan