Ticker

6/recent/ticker-posts

Biarlah Air Mata Ini Mengalir Kerana Maha Pencipta





Assalammualaikum


Alhamdulilah YA Allah walaupon aku tahu masihkah ada hari esok untukku, tapi aku tetap optimis dan syukur dengan apa yang telah aku lalui hari yang sebelum ini. Dari kecil hingga ku dewasa aku mencari pengertian hidup, aku mencari di manakah letakkan kebahgian dan rasa cinta dalam hidup ini. Kerana aku tak tahu dan jarang merasakannya. Kau hadir ketika aku memerlukanmu, kau mendampingiku ketika aku mencari haluan hidupku dan aku mohon agar dirimu selalu ada bersamaku sehingga hujung nyawaku ya ALLAH.

Ketika ini aku lepaskan egoku, aku lepas segala rasa yang terbuku di hati ini. Biarlah segalanya terlerai ,biarlah gagahku terkulai layu dan aku mengalirkan air mataku Hanya UntutkMU.Aku sedar diriku terlalu terlalu ego untuk melafazkan apa yang aku pendam selami ini, bukan ku benci setiap apa yang aku jalani selamai ini, bukan aku meragui tentang hidupku dan masa depanku. Tapi hanyalah ku tertanya-tanya apakah aku masih lagi berkesempatan untuk merasa semua ini ?

Biarlah air mata ini menjadi saksi bahwa aku perlukan diriMu Ya ALLAH, bahawa hidup ini sebenarnya hanya untukmu. Walaupon ujian itu aku rasakan teramat berat tapi aku tahu bahawa dirimu tak akan uji hambamu ini jika tidak mampu. Semakin aku cuba mengalah dan menjauhkan diriku, kau tetap membantuku, kau tetap berikan aku kekuatan untuk teruskannya. Ketika aku jatuh tanpa ada yang menolong, kau hantarkan mereka yang mampu buat aku tersenyum.

Ketika aku rasa keseorangan, kau hadirkan ilhamku untukku menaip di blog ini, ketika aku rasa kesepian kau datangkan sedikit senyuman melalui rezekimu ya ALLAH. Ketika aku rasa bahagia, kau berikan kebahgian yang aku dambakan selami ini,Kau berikan aku kekuatan bahawa kemiskinan yang selami ini aku rasakan ,kutukan, hinaan dan kejian mereka terhadap aku dan kelaurga itu adalah satu cara agar diriku sedar bahwa aku bukan siapa-siapa , bahawa aku bukan manusia yang mampu menghiburkan mereka semua. Tapi kau sedarkan aku bahawa dengan cara aku, dan apa yang aku jalani selami ini itulah kehidupan aku sebagai penghibur kepada duniaku sediri. 


Terima kasih ya ALLAH, hari ini aku belajar bersyukur dengan apa yang aku alami dan aku jalani dalam hidup ini, kesedihan ,kegembiraan dan kesakitan itu adalah salah cara Dirimu memberikan kehidupan kepada kami. Aku tak akan pernah menyerah, dan berserah kepada takdirku dan hidupku.Kerana aku akan perjuangkan sehingga ke hujung nafasku untuk berbakti kepadamu dengan caraku yang tersendiri. Ya Allah kau kuatkan hati ini, kau berikan ilmu pengetahuan dan hidayahmu agar aku tidak pernah lupa terhadapmu dan ketika aku dalam kesenangan, kesakitan dan kesedihan. 

maaflah mungkin bila kamu membaca entry nie kamu terfikir apa yang sebenar berlaku kepada aku ? sebenarnya bila kita mengalirkan air mata kepada penciptamu, baru kamu semua akan tahu apa yang acik rasa. Luangkan sejenak untuk dirimu dan Tuhanmu...Luahkanlah apa yang kau pendamkan selami ini, mungkin kau puas menceritakan kepada manusia-manusia tapi hanyalah sekadar perkongsian , tapi jika kau luahkan pada peciptamu maka akan ada sedikit pengharapan yang akan di berikan..Findunia wal akhirat. aminn..


Catat Ulasan

4 Ulasan

Unknown berkata…
Salam...done folow sini, dr segmen blogwalking. Semoga sentiasa dlm lindungan Nya.
Unknown berkata…
teruskan senyum (:
Unknown berkata…
iya acik...mengalirkan air mata untuk maha pencipta rasanya sangat berbeza...rasa sesuatu yang tak mampu digambarkan melalui kata2...moga kita jadi hamba yang lebih baik dari hari-hari semalam
Akupenghibur.com berkata…
@cik kaki ketawe u right :) ermmm