Ticker

6/recent/ticker-posts

Boleh Nak Menegur Tapi Kena Dengan Caranya Dan Jangan Mengunakan Agama Sebagai Senjata Untuk Kepentingan Peribadi





Assalamualaikum


Sebentar tadi ada seorang perempuan hantar mesej dengan acik di facebook , dia kata dia sedang sedih sangat sebab tadi ada seorang kawannya yang tegur gambar dia yang tak bertudung siap maki-maki serta keluarkan kata-kata kesat dan kebetulan tu dia juga baru putus cinta dengan boyfriend dia dengan alasan islam tak bagi couple,dia sedih sangat.


Dalam hidup kita,kita memang ada hak untuk menegur, kita ada hak untuk bercakap, melontarkan idea, berfikir, menaip dan sebagainya tapi kita kena ingat bahawa hidup ini bukan saje milik kita sorang .Semestinya kita hidup bermasyarakat.Kita juga kena jaga hati dan perasaan orang lain , mungkin niat kita tu elok sebab kita nak tegur orang lain yang di mata kita itu adalah salah lagi-lagi tak menutup aurat tapi ada cara yang bersesuaian.

3 faktor yang digariskan oleh Islam boleh menjayakan sesuatu teguran itu ialah:

1. Tidak merendahkan ego orang yang ditegur

2. Mencari waktu yang tepat

3. Memahami kedudukan orang yang ditegur


Islam memberi panduan yang jelas dalam kita memberi teguran dan bagaimana sikap kita apabila ditegur. Kita tidak harus melatah apatah lagi terlalu emosional sehingga menyebabkan kita melafazkan kata-kata yang tidak sepatutnya.Mungkin teguran itu boleh di lakukan secara halus dan dengan mengunakan ayat yang lembut juga.Janganlah tegur di tempat umum,sebagai contoh ,kita lihat gambar seorang perempuan tak menutup aurat  di facebook jadilah cubalah bagi ayat2 semangat dia berubah bukan maki-maki dan ayat kesat , jika tidak hantarlah mesej dan katakan apa yang awk rasa tapi kawal emosi dan pengguna ayat tu.

Islam tidak hanya mengajar etika menegur umat seagama tetapi Islam juga mengajar kita bagaimana cara menegur yang betul kepada umat daripada agama lain. Ia terkandung dalam Al-Quran melalui perintah Allah kepada Nabi Musa dan Nabi Harun untuk berkata lembut kepada Firaun seperti mana firman-Nya dalam surah Taha ayat 44 yang bermaksud:
‘‘Berbicaralah kalian berdua kepadanya (Firaun) dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut.”
Satu lagi please!!! jangan gunakan agama sebagai senjata kita untuk menjadikan alasan yang remeh temeh untuk berpisah .Kita bercinta itu kerana ingin mencari bakal suami/. isteri. Dalam agama Islam tidak melarang untuk bercinta mahupun berkasih sayang tetapi haruslah berlandaskan kepada batas-batas dan juga syarak yang telah ditetapkan.

Jadi fikir dan renungan , jangan jadikan semua nie alasan dan senjata untuk kita. Memang betul niat kita tegur itu baik tapi kenalah dengan cara dan mediumnya. So jom kita muhasabah diri :) adios 

Catat Ulasan

5 Ulasan

hazwan hairy berkata…
setuju! klo blh cari masa yg sesuai dan ayat2 yg xguris hati..haha
Akupenghibur.com berkata…
yup betul ...baik2 niat kita elok nanti jadi dapat dosa plk bila hati orng terguris
Unknown berkata…
agreed with u acik....Kalau nak tegur kena ada caranya kan.... :)
Akupenghibur.com berkata…
terima kasih sebab setuju :)