Assalamualaikum
Sebentar tadi ada seorang perempuan hantar mesej dengan acik di facebook , dia kata dia sedang sedih sangat sebab tadi ada seorang kawannya yang tegur gambar dia yang tak bertudung siap maki-maki serta keluarkan kata-kata kesat dan kebetulan tu dia juga baru putus cinta dengan boyfriend dia dengan alasan islam tak bagi couple,dia sedih sangat.
Dalam hidup kita,kita memang ada hak
untuk menegur, kita ada hak untuk bercakap, melontarkan idea, berfikir, menaip
dan sebagainya tapi kita kena ingat bahawa hidup ini bukan saje milik kita
sorang .Semestinya kita hidup bermasyarakat.Kita juga kena jaga hati dan
perasaan orang lain , mungkin niat kita tu elok sebab kita nak tegur orang lain
yang di mata kita itu adalah salah lagi-lagi tak menutup aurat tapi ada cara
yang bersesuaian.
3 faktor yang digariskan oleh Islam boleh menjayakan sesuatu teguran itu ialah:
1. Tidak merendahkan ego orang yang ditegur
2. Mencari waktu yang tepat
3. Memahami kedudukan orang yang ditegur
Islam memberi panduan yang jelas dalam kita memberi teguran dan bagaimana sikap kita apabila ditegur. Kita tidak harus melatah apatah lagi terlalu emosional sehingga menyebabkan kita melafazkan kata-kata yang tidak sepatutnya.Mungkin teguran itu boleh di lakukan secara halus dan dengan mengunakan ayat yang lembut juga.Janganlah tegur di tempat umum,sebagai contoh ,kita lihat gambar seorang perempuan tak menutup aurat di facebook jadilah cubalah bagi ayat2 semangat dia berubah bukan maki-maki dan ayat kesat , jika tidak hantarlah mesej dan katakan apa yang awk rasa tapi kawal emosi dan pengguna ayat tu.
Islam tidak hanya mengajar etika
menegur umat seagama tetapi Islam juga mengajar kita bagaimana cara menegur
yang betul kepada umat daripada agama lain. Ia terkandung dalam Al-Quran
melalui perintah Allah kepada Nabi Musa dan Nabi Harun untuk berkata lembut
kepada Firaun seperti mana firman-Nya dalam surah Taha ayat 44 yang bermaksud:
‘‘Berbicaralah kalian berdua kepadanya (Firaun) dengan kata-kata
yang lemah lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut.”
Satu lagi please!!! jangan gunakan
agama sebagai senjata kita untuk menjadikan alasan yang remeh temeh untuk
berpisah .Kita bercinta itu kerana ingin mencari bakal suami/. isteri. Dalam
agama Islam tidak melarang untuk bercinta mahupun berkasih sayang tetapi
haruslah berlandaskan kepada batas-batas dan juga syarak yang telah ditetapkan.
Jadi fikir dan renungan , jangan
jadikan semua nie alasan dan senjata untuk kita. Memang betul niat kita tegur
itu baik tapi kenalah dengan cara dan mediumnya. So jom kita muhasabah diri :)
adios
5 Ulasan