Assalamualaikum
Hai semua, alhamdulilah lepas sudah paper pertama, no komen tentang paper nie.sebab tak mahu fikir lebih lebih.So hari ini acik nak mahu share kan sedikit rahsia kepada kamu semua, sebenarnya dalam diam acik minat pada seseorang gadis yang sedap mata memandang nie. Dia bukanlah cantik bagaikan bidadari tapi cukup mata ini dapat lihat dia rasa tenang saje. Tadi masa nak makan nampak dia lagi, masa tu pergi library pon nampak dia jugak.. wahh happy nampak dia ..
Tapi takpelah cukuplah sekadar nampak dia dari jauh saje, cukuplah dapat lihat seketika, suka tengok dia bila tersenyum. Nama dia pon acik tak tahu dan dia amik kos apa acik pon tak tahu. Tapi selalu nampak dia kat library , tu yang terajin selalu nak pergi library. Pada acik biarlah hanya mampu lihat dari jauh ,biarlah hanya mampu lihat dia dari celah celah buku. Kerana setiap kali nampak dia mesti jadi semangat.
Sebab tak mahu ambil risiko, Misalkan kata berkenalan dengan dia dan tiba tiba dapat tahu yang dia dah ada boyfriend , ke tak hancur hati ini. hahahaha dah kali ke 11 kali jumpe dia, nak katakan jodoh itu tak tahulah tapi tak mahu terlalu berharap.
Apa yang acik tahu, bila kita mudah melafazkan sayang dan cinta pada seseorang yang baru kita nak kenal, maka cinta itu akan berkurang dan cinta itu akan di uji sedalamnya untuk membuktikan adakah benar cinta itu seperti apa yang di perkatakan.
Biarlah kita diamkan saje, ALLAH tahu segalanya, Yang penting habiskan belajar dulu dan bahagiakan ibu bapa yang telah berkorban untuk diriku..
Wahai tuhan seadainya hati ini masih kuat menanggung segala apa yang aku rasa biarlah rasa ini terpendam sedalamnya,Biarlah hanya aku dan Dirimu yang tahu tentang perasaanku. Wahai tuhanku, berikan kekuatan untuk aku melafazkan kata kata ini pada orang tepat dan pada saat yang tepat., Dan kuatkan hati ini agar tidak mencintai seseorang itu melebihi cintaku padaMu.
15 Ulasan
insaallah achik... kalau dah jodoh pasti akan berjumpa. Bukankah jodoh itu rahsia Allah kan!. Insaallah...
mselim3
pls: ikan dilaut asam di darat dalam kuali bertemu juga,,,hehe
untuk dia dan diri sendiri, jodoh rahsia ALLAH, bila dah sampai masa takkan terlewat atau tercepat sesaat pun, achik akan jumpa....
gudluck.