Assalamualaikum
Hari nie kepala nie sakit sangat tak tahu kenapa, ishhh rasa nak jalan-jalan pergi taman untuk tenangkan diri. Tadi ada ada rakan di twitter tweet dengan acik, dia kata dia perempuan yang sunyi kerana Tak ada boyfriend .Ya Allah No Bf tak bermakna diri tu dah sunyi. Kadang kita nie memang macam ini , jealous bila tengok kawan jalan-jalan dengan boyfriend di taman sambil pegang-pegang tangan..Padahal Allah dah selamatkan kita dari buat pekara yang di larang, kita jer selalu tak nampak kebaikan benda tu.
Dan ada segelintir perempuan mengatakan bahawa lelaki nie jahat, tak setia , curang ,tak sensitive dan macam-macam lagi . Oleh sebab itu mereka pilih lebih baik hidup single dan sendirian tanpa perlukan seseorang lelaki dalam hidupnya. Kadang pelikkan tengok keadaan sekarang untuk mengubat kesunyian dan tak percaya pada lelaki. dalam dunia tak ada siapa pon yang sempurna sama ada lelaki atau perempuan.
Ada kalanya seseorang memiliki pasangan berparas menarik tapi cakapnya pedas lagi menyinggung.
Ada pasangannya sopan, bahasanya sedap didengar tapi selekeh dan pengotor.
Ada pula pasangannya handsome dan pandai bergaya tapi malas beribadah.
Ada je kan dan macam-macam lagi.
Asam garam dalam mencari jodoh ini pernah diibaratkan dalam satu hadis:
‘Manusia itu seperti unta. Antara 100 ekor unta, sangat sulit kamu menemukan seekor yang sangat baik tunggangannya.’
Pasangan ideal memang sukar diperolehi dalam zaman penuh dugaan.
Ada gadis yang mengeluh kerana sudah penat mencari calon suami yang
berkelayakan, gagah dan lawa, tenang dan lembut serta kuat beribadah.
Ada teruna mengeluh sukar mencari calon isteri yang cantik, sabar,
jimat, suka beribadah dan pandai mengambil hati ibunya.
Nasihat Rasulullah S.A.W berkenaan kekurangan yang ada pada pasangan kita:
‘Hendaknya seorang Mukmin tidak meninggalkan seorang Mukminah. Kalau
dia membenci suatu perangai pada diri isterinya, dia pasti menyenangi
perangai yang lain.’
Pesan Rasulullah sejajar dengan firman Allah
‘Kemudian apabila kamu tidak menyukai mereka, (maka
bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah
menjadikan padanya kebaikan yang banyak.’
(An-Nisaa: 19)
Tapi paling menyedihkan apabila mereka cuba mencari solusi dengan tindakan yang tak masuk di akal ,.seperti gambar di bawah ini yang menjadikan patung sebagai peneman hidup dan kepuasan diri.
Jodoh itu rahsia ALLAH, mati juga rahsia , jika berusaha sedaya upaya kita dan istiqamah setiap apa yang kita lakukan :) insyaALLAH jodoh kita ada Dan kita terima kekurangan seseorang itu sebagai pelengkap hidup kita.
6 Ulasan