Ticker

6/recent/ticker-posts

Kerana i Phone 5 , Manusia Sanggup lakukan Apa Sahaja Termasuk Korbankan HargaDiri




Asslamualaikum


Hai alhamdulilah , selesai sudah untuk paper yang ke 3, sekarang nie tinggal lgi 2 paper je lagi . lepas tu legalah. Dalam hidup nie, acik dah acik dah lalui apa yang kamu semua dah rasa. Apa yang acik ada bukanlah datang dengan tiba tiba, acik bukan lahir dari keluarga yang kaya, celik mata jer dapat semuanya.kami hidup beserderhana saje, teringat pula  zaman kecik kecik dulu teringin nak basikal, memang tak akan dapat walaupon meraung satu felda, beli robot RM 30 je, tak dapat juga.. Sebab masa acik kecik mak tak mampu sediakan apa yang kami mahukan. 

Bila sekolah menengah, kami adik beradik faham situasi hidup kami, setiap hari kami di bekalkan RM 1 untuk duit belanja sekolah pagi dan sekolah agama. Sikitkan.. Kadang tengok orang lain, teringin nak macam macam tapi pendamkan saje. Sebenarnya dalam hidup acik nak ucapkan terima kasih kepada Mak, abah  dan makweh kerana selami ini beri kekuatan untuk kami teruskan hidup. Sehinggalah perubahan berlaku bila akak acik yang sulung dah ada ijazah dan berkerja sebagai cikgu , dia titik permulaan kami untuk berjaya, seteruskan kakak yang kedua dan sampailah adik-adik acik, alhamdulilah ALLAH permudahkan jalannya. 

Acik bagitahu nie bukan apa, acik sedih tengok budak zaman sekarang nie. Semua keperluan, kemahuan dan kehendak mereka ibu bapa cuba turutkan. Sebut saje dapat. tengok budak zaman sekarang kecik - kecik handphone kalahkan kita nie, dulu kita main gasing jer mereka main angry bird , ipad . Bukan nak salahkan mereka sebab itulah kemajuan teknologi. Tap satu jer acik minta, kesenangan telah sediakan,manfaatkan sebaik mungkin belajarlah rajin rajin ,jaga adab dan tingkah laku kita.

Tadi acik ada marah seorang pelajar tingkatan 2 yang tulis status di facebooknya seperti ini...


Cuba bayangkan tingktan 2 , statusnya ??? MasyaALLAH.... acik masa tingkatan 2 tak pernah terfikir macam gini ,sudahlah guna bahasa yang bukan bukan lepas tu berani tawarkan diri ?? 

So kepada ibu bapa silalah perhatikan gerak geri anak-anak ,apa yang dia post di facebook dan apa yang dia lakukan. Supaya kita dapat memberntuk generasi terbaik dari akhlaknya,pendidikan dan segalanya.

Oklah sampai disini dulu adios :)


Catat Ulasan

6 Ulasan

yayamongekss berkata…
subhanallah..moga tuhan bukak hati budak tu untuk berubah,...=)
bicara mak dara berkata…
masyaallah .. macam manalah perasaan ibunya jika terbaca status anak yg sebegini rupa..
Akupenghibur.com berkata…
itulah ,,, sedihkan :(
Noura Nuriman berkata…
astaghfirullahalazimm... semoga dibuka pintu hatinya..