Assalamualaikum
Alhamdulilah masih lagi di berikan
kesempatan untuk terus hidup di muka bumi Allah ini, jom senyum dulu,
semoga senyuman kita mampu menjadi penawar kepada mereka yang sedang
galau dan gundah gelana.Syukur sangat setiap hari ada saje yang berikan semangat dan comment yang positive dari reader blog aku penghibur.
Ramai
yang masih lagi terkejut dan mungkin tak mengetahui bahawa acik adalah
seorang mahasiswa di Uitm yang sedang mengambil Ijazah Dalam Komunikasi
dan Pengajian Media ( Penyiaran). Ahh sekurangnya kamu dah tahu serba sedikit tentang acik.Semalam ada seorang rakan baik acik putus cinta dengan seseorang yang sangat dia cintai dan mereka sudah berkenalan hampir 5 tahun tapi itulah jika dia memang jodohmu maka apa jua halangan dan dugaan yang datang pastinya dia jodohmu dan jika dia bukan milikmu bertahun lama juga pasti dia bukan milikmu.
Hidup ini selalu berputar, tak selamanya kita berada
dibawah dengan semua penderitaan dan tak selamanya kita diatas dengan
segala kesenangan. Allah itu Maha Adil .. Hanya Dia yang tahu apa yang
terbaik untuk hambaNya .. Bukankah ...
"Boleh jadi kamu tidak
menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai
sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu
tidak. ( Al-Baqaroh 216 )"
Sahabatku, kadang bila aku mendengar rintihanmu dan apa yang kau lalui itu memang sangat menyedihkan, sekian lama kau cuba pertahankan hubungan itu untuk membina sebuah kehidupan yang halal bagimu tapi hanyut di tengah jalan. Sekian lama kau pendamkan apa yang kau rasa, deritamu dan sengsaramu .Rupanya Allah izinkan juga kau tempuh jalan itu
Aku percaya, itu suatu "keputusan terakhir" yang terbaik untukmu ...
Sahabatku, Ada hal-hal yang tidak ingin kita lepaskan, orang-orang yang tidak
ingin kita tinggalkan.Tapi ada saatnya dimana kita harus berhenti
mencintai seseorang bukan kerana orang itu berhenti mencintai kita
melainkan kerana kita menyedari bahawa orang itu akan lebih berbahagia
apabila kita melepaskannya.
Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika kebahagiaan kita sangat bergantung pada orang itu.
Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika kita merasa dia itu handsome, cantik, teristimewa dibandingkan degan yang lain.
Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika kita takut tidak dapat menemukan yang seperti dia.
Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika begitu banyak saat-saat indah sentiasa terbayang di benak kita.
Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika hati kita berkata "aku sangat mencintainya".
Ingatlah !!
Melepaskan bukanlah akhir dari dunia melainkan awal dari suatu kehidupan baru...
Kita harus melepaskan seseorang kerana kebahagiaan kita tidak tergantung padanya.
Kita harus melepaskan seseorang kerana kita menyedari yang handsome,yang cantik, yang istimewa belum tentu yang terbaik buat kita.
Kita harus melepaskan seseorang kerana kita tahu jika Allah mengambil sesuatu, Ia telah siap memberi yang lebih baik.
Kita harus melepaskan seseorang ketika saat-saat indah hanyalah tinggal masa lalu.
Kita harus melepaskan seseorang kerana kepala kita berkata "tidak ada lagi yang dapat dipertahankan".
Kegagalan tidak berarti kita tidak mencapai apa-apa... namun kita telah memahami sesuatu...! Segala sesuatu ada waktunya, ada saat mempertahankan, ada saat melepaskan...
Kita harus melepaskan seseorang kerana kita menyedari yang handsome,yang cantik, yang istimewa belum tentu yang terbaik buat kita.
Kita harus melepaskan seseorang kerana kita tahu jika Allah mengambil sesuatu, Ia telah siap memberi yang lebih baik.
Kita harus melepaskan seseorang ketika saat-saat indah hanyalah tinggal masa lalu.
Kita harus melepaskan seseorang kerana kepala kita berkata "tidak ada lagi yang dapat dipertahankan".
Kegagalan tidak berarti kita tidak mencapai apa-apa... namun kita telah memahami sesuatu...! Segala sesuatu ada waktunya, ada saat mempertahankan, ada saat melepaskan...
Doaku untuk sahabat baikku,semoga Allah pertemukan jodoh yang baik untukmu, dan berkekalan di dunia dan di akhirat. Bukan rupa paras yang jadi ukuran tapi pilihlah agamanya ,peribadinya dan budi pekerti, yang harus di pertimbangkan. Allah tahu yang terbaik untuk kita, jangan menyerah kalah dan mencari cinta yang halal :)
7 Ulasan
mcm cammy ngan hubby je..5tahun bercinta..n last kawen jugak..walau mcm2 halangan dtg :-)
suke entry ni...hoho..lepas cinta sy xkesampaian,syukur Allah menyedarkan sy yg cinta bukan segala2nya..mcm yg acik tulis..ada masanya sesuatu itu bukan ditakdirkan utuk kita...dan segala ini mngajar kita menjadi lebih matang kan? so,sekarang...doa sy hari2...moga Allah meletakkan cinta sy kepada bakal pedamping sy saja.hoho..xmau org lain...