Assalamualaikum
Alhamdulilah semua , hari ini sungguh tenang di temani oleh sinaran sang mentari yang begitu indah. Dan apa lagi jom senyumanlah , senyum itu satu sedekah tau dan mampu mengubah hati mereka yang sedang lara.Sebenar acik nak kongsikan sedikit perbualan melalui email antara acik dengan seseorang rakan facebook yang ingin berkongsi cerita dengan kita semua.
Penghantar email : Salam , nie betul ke email pemilik akupenghibur.com ? sebelum tu tahniah tau tercalon untuk Media social Awards, saya dah vote dah.Lupa pula, saya nie fatin salah seorang pembaca blog akupenghibur.
Acik : walaikumusalam, yup saya pemilik blog akupenghibur.com , dah vote alhamdulilah atas sokongan, yer fatin ada apa-apa yang boleh acik bantu ?
Fatin : hureyy acik balas juga, sebenarnya fatin nak kongsikan pengalaman yang fatin lalui dan mahu di jadikan pengajaran kepada pembaca blog aku penghibur.
Acik: silalah kongsikan semoga kita sama-sama mendapat manfaatnye.
Fatin : Macam gini acik, fatin dan azrul sudah 6 tahun kami couple, orang selalu kata kami nie couple of the year .Memang serasi dan kami saling memahami satu sama lain kerana kami couple sejak matrik lagi. Saya sayang sangat pada azrul sebab dia jaga saya dengan baik . Tapi dalam hidup ini, kita tak akan lari dari masalah dan ujian dari ALLAH . Kami belajar di tempat yang sama di UTHM . Satu hari tu kami pergi menonton wayang dan celebrate birthday azrul yang ke 23 tahun. Saya sangat seronok dan teruja dan mahu berikan surprise pada azrul .Saya cuba belajar buat kek untuk dia rasa dan melihat kesungguhan saya untuk dia. Bila tiba hari lahirnya saya berikan kek tersebut dan kami celebrate di sebuah restoran bersama rakan-rakan. Masa kami sedang makan, tiba-tiba ada seorang perempuan datang ke meja kami dan secara langsung datang ke azrul dan memeluk azrul sambil ucapkan selamat hari lahir sayang . Apa yang saya fikirkan itu mungkin kakak dia ,tapi setahu saya dia tak ada kakak selain ada abang, rupanya kantol itu scandal dia. Saya kecewa sangat. apa salah saya ?
Semasa saya couple dengan azrul ,dia selalu minta gambar saya sebelum saya nak tidur dan gambar-gambar yang aksi nakal saya. Saya turutkan kerana yakin bahawa azrul akan menjadi suami saya, Dia belikan baju yang agak seksi dan dia minta saya ambil gambar dan hantar kepadanya. Ada juga gambar kami berdua- dua di ambil dan azrul kata untuk di abadikan sebagai kenangan. Saya tak pernah ragu dengan azrul dan saya percaya dia. Tapi malangnya sejak dari kejadian di restoren itu saya minta putus pada azrul. Dan Azrul merayu dan meminta peluang ke dua kepada saya, tapi hati saya terlalu sakit dan hacur dengan apa yang telah dia lakukan. Setelah beberapa minggu hal ini menjadi semakin teruk apabila azrul cuba ancam saya untuk upload gambar-gambar saya di laman social. Saya anggap itu hanyalah gertak daripada azrul .
Dan paling saya sedih, dia upload semua gambar yang saya berikan pada dia di facebook, gambar saya tak bertudung , gambar saya berpakaian seksi dan macam-macam lagi. Saya sedih sangat ,saya merayu kepada dia agar untuk padamkan gambar tersebut tapi dia makin menjadi menjadi dengan upload semua gambar kami bersama.Ya ALLAH hanya Alllah saje yang tahu perasaan saya , maruah saya umpama di pijak-pijak dan di dedahkan pada satu dunia .
Acik : masyaALLAH , hal ini berat, sebab itu kita kena letakkansedikit rasa tak percaya pada pasangan kita walaupon kita yakin bahawa dia adalah jodoh kita. Allah adalah maha mengetahui segalanya.
"Boleh jadi kamu tidak
menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai
sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu
tidak. ( Al-Baqaroh 216 )"
15 Ulasan
p/s :jgn terlalu percaya dgn pasangan wlupun couple bertahun2 . peringatan utk diri sendiri jg .
sabar dan yakin yang setiap apa yang berlaku ada pengajaran yg tersembunyi.
susah nk cri lelaki yg baik skrang kan ? :)
kisah ni mmg beri kita byk pengajaran..
malunya kalo benda ni terjadi pada kita..
sama2 la kita jaga diri kita kan :)
moga ALLAH sentiasa pelihara kita semua..amin :)