Alhamdulilah
syukur kerana hari ini masih lagi ALLAH berikan kesempatan untuk hidup dAssalamualaikum
i dunia
ini, dan kita dapat bernafas dan melihat kehidupan yang begitu indah. Hari ini
acik nak kongsi sesuatu kepada kamu semua, sekurang-kurangnya dapat di jadikan
panduan kepada kamu semua.
Pastinya
seorang lelaki akan mencari perempuan yang solehah dan baik untuk di jadikan
isteri dan ibu kepada anak-anak mereka. Walaupon dirinya belum cukup sempurna
,tapi dia memerlukan pasangan yang baik untuk saling melengkapi kekurangannya.
Begitu juga perempuan , mereka juga perlukan lelaki yang soleh untuk menjadi
imamnya, suami dan ayah untuk anak-anak mereka untuk membimbing mereka menjadi
anak yang soleh dan solehah.
Semua
orang kat dunia nie kalau di buat bancian pastinya semua mahu pasangan yang
baik dan sempurna. InsyaALLAH akan kita dapatkan jika kita jua bersama-sama ke
arah kebaikan. Kita sangat beruntung sebenarnya kerana mempunyai panduan dan contoh terbaik
dalam hidup kita iaitu Rasullulah saw.Jadi mari kita ketahu panduan memilih
jodoh daripada baginda.
Bagi
golongan lelaki, Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Seorang wanita itu dinikahi
kerana empat; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikkannya dan
kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengutamakan yang beragama, nescaya kamu
berbahagia.”. Hadith ini telah direkodkan oleh kedua-kedua Imam Bukhari dan
Imam Muslim di dalam kitab sahih mereka serta imam hadith yang lain.
Secara
terang Rasulullah s.a.w telah mengarahkan agar seorang lelaki memilih wanita
yang beragama sebagai isteri serta menjanjikan kebahagiaan ke atas pilihan yang
berasaskan agama.
Bagi
golongan wanita pula Rasulullah telah mengenakan dua syarat pilihan iaitu hanya
menerima lelaki yang beragama dan berakhlak sebagai suami. Ini menunjukkan
Islam amat menjaga kebajikan wanita.
Rasulullah
s.a.w pernah bersabda, “Apabila orang yang engkau redha agama dan akhlaknya
datang meminang, maka kahwinkanlah dia, jika tidak kamu lakukan demikian akan
berlakulah fitnah di bumi dan kerosakkan yang besar.”
Di
dalam riwayat yang lain, menurut Abu Hatim al-Muzani r.a., selepas Rasulullah
s.a.w bersabda seperti di atas, lalu para sahabat bertanya, “Ya Rasulullah !
Walaupun dia telah mempunyai isteri?” Lalu Rasulullah s.a.w mengulangi,
“Apabila orang yang engkau redha agama dan akhlaknya datang meminang, maka
kahwinkanlah dia!” sebanyak tiga kali.
SubhanaALLAH
sangat hebat dan begitu telus apa yang Rasullulah pesan pada kita. Jodoh itu
memang rahsia ALLAH. Mungkin ada yang katakan sukar sekarang nie ramai orang
berlakon baik tapi sebenarnya perangai teruk.Maka jawapan yang sesuai adalah
berdoalah dan memohon petunjuk ALLAH. Tiada yang tidak di ketahui oleh Allah
,Dia Maha Mengetahui. Jadikan pesanan ini sebagai panduan dan pengajaran dalam
memilih pasangan hidup .Semoga berjaya :)
7 Ulasan